Posts

Showing posts with the label LAPORAN

LAPORAN HARI KELUARGA BKPPPM | OLYMPIC '20

Image
LAPORAN HARI KELUARGA 2020 BKPPPM (OLYMPIC`20)   16 FEBUARI 2020, KAHERAH –  Program Hari Keluarga yang diberi nama Our Lovely Family in Precious Moments (OLYMPIC’20) telah berlangsung dengan jayanya selama enam hari bermula daripada 11 Februari 2020 sehingga 16 Februari 2020 dengan bertemakan When there is UNITY, There is always VICTORY bertempat di Asrama Pulau Pinang, Hayyu Sabiek, Kaherah.    Objektif program ini adalah untuk menghimpunkan seluruh ahli BKPPPM di Mesir, mengeratkan hubungan silaturrahim dan ukhwah antara ahli pengajian Islam dan sains perubatan serta membina kasih kekeluargaan dalam kalangan ahli BKPPPM.        OLYMPIC`20 telah membuka tirainya dengan pengisian menarik iaitu daurah Kitab Makhzan Al-Jawahir Fi Solatil Musafir yang disampaikan oleh Ustaz Abdullah Bin Hussin, Fasilitator Keluarga Pelajar-Pelajar Kelantan Mesir (KPKM) 2019/2020. Daurah ini berlansung selama tiga hari bermula dari 11 F...

LAPORAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN BKPPPM KALI KE-42

Image
LAPORAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN BKPPPM KALI KE- 42  - OKTOBER 22, 2019 KAHERAH, 17 OKTOBER 2019 – Bertempat di Sutuh Asrama Pelajar Pulau Pinang, Mesir, Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir ( BKPPPM ) kali ke - 42 telah berlangsung dengan jayanya bertemakan “ Musyawarah Perintis Kesatuan Ummah. “  Majlis perasmian bermula pada jam 8.00 malam dengan ucapan pembukaan oleh pengerusi umum iaitu saudara Muhammad Amirul Uzair Bin Mohd Khairi. Seterusnya, majlis diserikan dengan bacaan ayat suci Al-Quran daripada wakil ahli keluarga Pelajar – Pelajar Kelantan Mesir ( KPKM ) saudara Nik Muhammad Ikhwan Bin Nik Muhamed Amin. Majlis diteruskan dengan ucapan Pengarah Program MAT BKPPPM kali ke - 42, Ustaz Muhamad Syamim Bin Daud, seterusnya ucapan Yang Dipertua BKPPPM Ustaz Muhammad Hafizuddin Bin Mat Nasir dan majlis dirasmikan dengan ucapan Perasmi Program MAT BKPPPM kali ke - 42 oleh Ustaz Faqrurrozi Bin Abdullah,Penasiha...

LAPORAN MINGGU THAQAFAH FIESTA CONFERENCE OF THAQAFI 2019 (FACULTY'19) BKPPPM

LAPORAN MINGGU THAQAFAH FIESTA CONFERENCE OF THAQAFI 2019 (FACULTY`19) BKPPPM 21 September 2019 , KAHERAH – Program Fiesta Conference of Thaqafi 2019 (FACULTY `19) telah pun melabuhkan tirainya. Minggu thaqafah Fiesta Conference of Thaqafi 2019 (FACULTY `19) dengan bertemakan “Empowering Islamic Knowledge & Thinking” telah berlangsung jayanya selama 11 hari bermula daripada 11 September sehingga 21 Setember 2019 bertempat di Asrama Pulau Pinang, Hayyu Sabiek, Kaherah. Objektif program ini adalah untuk melahirkan mahasiswa/i yang menitikberatkan perkembangan ketamadunan Islam dan fitnah akhir zaman serta mengeratkan ukhuwah sesama ahli BKPPPM di Perlembahan Nil seterusnya menjayakan pembawaan Yang Dipertua yang ketiga iaitu Fikrah dan Thaqafah Islamiah. 11 September 2019, jam 7:30 malam program dimulakan dengan malam perasmian bertempat di Dewan Soleh Al-Masri, Asrama Pulau Pinang yang dimulai dengan ucapan ustaz Muhammad Amirul Uzair bin Mohd Khairi selaku Pengarah FACUL...

LAPORAN SAHARA'19 BKPPPM

Image
LAPORAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILADHA BKPPPM 2019 ( SAHARA '19 ) RUMAH PULAU PINANG, HAYYU SABIEK – 7 OGOS hingga 14 OGOS 2019 :  Program Sambutan hari raya Aidiladha tahun ini diberi nama SAHARA ’19 dengan mengekalkan nama tersebut dari tahun sebelumnya. SAHARA ‘19 kali ini bertemakan “membumi pengorbanan, melangit perjuangan”. SAHARA ’19 telah berlangsung selama 8 hari bermula 7 Ogos  sehingga 14 Ogos 2019. Objektif program ini adalah untuk mengukuhkan ikatan ukhuwah di antara ahli BKPPPM, memperingati semangat perjuangan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail alaihissalam, menghayati bulan kebesaran Islam dan memupuk semangat kerjasama di kalangan ahli BKPPPM di Mesir. SAHARA ’19 dimulai dengan Gotong Royong Perdana pada 7 0gos 2019 dengan kerjasama Lajnah Perumahan BKPPPM sesi 2018/2019 bagi memastikan kawasan asrama bersih menjelang ketibaan hari raya Aidiladha.SAHARA ‘19 membuka tirainya dengan pengisian menarik iaitu Daurah Kitab Matla’ Badrain (Bab Qurban) yang disa...

LAPORAN RELAX'S 19 (REHLAH SOIFIYAH)

Image
LAPORAN RELAX’S 19(REHLAH SOIFIYAH) JULAI 2019 - Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir di bawah Unit Sambutan dan Rehlah telah menganjurkan jaulah yang diberi nama RELAX’S 19 (Rehlah Soifiyah Matrouh dan Siwa). Akhawat pada tarikh 11 Julai hingga 14 Julai 2019, dan ikhwah pada tarikh 17 Julai hingga 20 Julai 2019. Jaulah ini dianjurkan bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah dikalangan ahli BKPPPM. Selain, ahli-ahli dapat mengambil ibrah daripada sejarah yang terdahulu. RELAX’S 19 (akhawat) telah disertai oleh 53 akhawat BKPPPM, 7 musyrif dan diiringi satu pasangan mutazawwijin bersama 4 orang cahaya mata. RELAX’S 19 (ikhwah) telah disertai oleh 66 ikhwah peserta termasuk musyrif. RELAX’S 19 bermula sekitar jam 2.45 pagi bertarikh 12 Julai 2019 (akhawat) dan 17 Julai 2019 (Ikhwah). Seusai peserta-peserta menaiki bas, doa menaiki kenderaan dibaca oleh Ustaz. Sekitar jam 4.45 pagi, Peserta RELAX’S 19 berhenti di perhentian untuk memberi laluan kepada peserta menunaikan solat su...

LAPORAN LAWATAN USMB 19’ KE SEKITAR KAHERAH

Image
LAPORAN LAWATAN USMB 19’ KE SEKITAR KAHERAH Mafhum Firman Allah S.W.T: “Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan, maka berjalanlah merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah rezeki yang dikurniakan Allah, dan kepada Allah jualah (kamu) dibangkitkan hidup semula (15).” (Surah Al-Mulk : 15) Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) telah menganjurkan Jaulah (lawatan) sekitar Kaherah khusus buat Mahasiswa/wi baru yang dikelola oleh Unit Sambutan dan Rehlah (USR) dengan kerjasama Unit Sambutan Mahasiswa/wi Baru (USMB 19’) BKPPPM. Lawatan tersebut berlaku pada hari Sabtu, 22 Mei 2019 siswa dan siswi pada 29 Mei 2019 dengan bilangan peserta disebelah mahasiswi seramai 26 orang  bersama 6 orang pengiring perempuan. Manakala, peserta mahasiswa seramai 42 orang berserta 2 orang pengiring lelaki. Perjalanan lawatan bermula seawal jam 8.00 pagi dengan menaiki sebuah van dan  3 buah coaster. Rombongan peserta dibawa menziarahi dan melawat bebera...

LAPORAN JAULAH SINAI DAN DAHAB AKHAWAT 2018

Image
        17 OGOS 2018 -   Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir di bawah Unit Sambutan dan Rehlah telah menganjurkan satu jaulah pada 9 hingga 12 Julai 2018.   Jaulah ini bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah di kalangan ahli akhawat   BKPPPM dan juga mengambil ibrah daripada sirah-sirah terdahulu . Bilangan peserta yang menyertai jaulah ini adalah seramai 37 orang beserta enam orang musyrif dan sepasang mutazawwijin dari Selangor.    Alhamdulillah, pada jam 1.00 pagi, bas memulakan perjalanan ke destinasi yang ditetapkan. Kami memulakan perjalanan dengan membaca doa semoga dipermudahkan dan selamat dalam perjalanan pergi. Perjalanan berhenti   sebentar  di Nokhtah Hasanah bagi menunaikan solat subuh, setelah selesai menunaikan solat kami meneruskan perjalanan ke Kubu Barlief(kubu peninggalan Israel). Kami menelusuri terowong Ahmad Hamdi sebelum tiba di Kubu Israel. Setelah selesai lawatan di Kubu Barlief, kami...

LAPORAN PROGRAM MINGGU THAQAFAH : FACULTY `18 (FIESTA CONFERENCE OF THAQAFI) BADAN KEBAJIKAN PELAJAR PULAU PINANG MESIR

Image
                     21 Julai 2018, KAHERAH, Program Minggu Thaqafah yang diberi nama FACULTY'18 (Fiesta Conference Of Thaqafi)  bertemakan "Way Of Thinking In Islam" telah melabuhkan tirainya. Program Minggu Thaqafah pada tahun ini telah berlangsung selama 5 hari, bermula dari   17 Julai sehingga 21 Julai 2018 di   Dewan Soleh Al-Masri. Objektif program ini adalah untuk mendedahkan dan memberikan kesedaran kepada mahasiswa dan mahasiswi Islam akan bahayanya serangan pemikiran, disamping dapat mengukuhkan hubungan yang terjalin antara ahli-ahli BKPPPM, seterusnya menjayakan dua pembawaan Yang Dipertua BKPPPM 17/18 iaitu Thaqafah dan Fikrah. Wacana : Asal Usul Ideologi Pada 17 Julai, FACULTY '18 telah membuka tirainya dengan ucapan pengerusi majlis dan kalam daripada pengarah program, Ustaz Muhammad Syahir Bin Abd Rahman, dan seterusnya FACULTY '18 telah dirasmikan oleh saudara Dr. Muhamad Iman Bi...

LAPORAN JAULAH SINAI DAN DAHAB IKHWAH BKPPPM 2017/2018

Image
                   JUN 2018 -  Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir seliaan Unit Sambutan dan Rehlah telah menganjurkan jaulah pada 22 hingga 24 Jun 2018. Jaulah ini bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah di kalangan ahli ikhwah BKPPPM dan juga mengambil ibrah daripada sirah-sirah terdahulu . Bilangan peserta yang menyertai jaulah ini adalah seramai 49 orang.    Alhamdulillah, pada jam 1.00 pagi, bas memulakan perjalanan ke destinasi yang ditetapkan. Rombongan jaulah memulakan perjalanan dengan membaca doa semoga dipermudahkan dan selamat dalam perjalanan pergi. Perjalanan berhenti   sebentar  di Nokhtah Hasanah bagi menunaikan solat subuh, setelah selesai menunaikan solat, perjalanan diteruskan ke Kubu Barlief(kubu peninggalan Israel). Bas yang dinaiki menelusuri terowong Ahmad Hamdi sebelum tiba di Kubu Israel. Setelah selesai lawatan di Kubu Barlief, rombongan meneruskan perjalanan ke Mata...

LAPORAN RAYA ANAK PERANTAUAN BKPPPM 2018 ( RANTAU '18 )

Image
                           RUMAH PULAU PINANG , HAYYU SABIK ­_ 15 JUN HINGGA 18 JUN 2018 : Program sambutan hari raya Aidilfitri pada tahun ini diberi nama RANTAU '18 iaitu singkatan daripada Raya Anak Perantauan 2018 dengan bertemakan " Seindah Aidilfitri Hubungkan Silaturrahim " . RANTAU '18 telah berlangsung selama 4 hari bermula dari 14 Jun hingga 18 Jun 2018 . Objektif program ini adalah untuk menjayakan pembawaan YD P BKPPPM sesi 17/18 dibawah item Wehdah serta mempereratkan ahli BKPPPM di perlembahan Nil sempena sambutan hari raya pada tahun ini . Raya Anak Perantauan 2018 dimulakan pada 14 Jun 2018 dengan aktiviti malam perasmian. Majlis tersebut dimulai dengan ucapan saudara Muhamad Nur Aiman bin Mohd Zuki selaku pengarah RANTAU '18 , diikuti dengan ucapan serta perutusan raya 2018 daripada Yang DiPertua Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir, saudara Muhammad Safwan Bin Azzmi dan diter...

LAPORAN IHYA TARBAWI RAMADHAN ( IHTIRAM ) 2018

Image
Firman ALLAH S.W.T :   “ Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan kepada kalian berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada orang-orang sebelum kalian agar kalian bertakwa..” [Surah Al-Baqarah: Ayat 183 ] Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) Sesi 2017/2018 telah mengambil kesempatan di atas ruang dan peluang di bulan Ramadhan ini untuk menghidupkannya dengan program yang diadakan saban tahun iaitu Ihya’ Tarbawi Ramadhan (IHTIRAM’18) khusus buat seluruh ahli BKPPPM. IHTIRAM ’18 telah menyusun pelbagai aktiviti bagi menghidupkan bulan Ramadhan di Mesir dengan bertemakan “MENGGAPAI CINTA ILAHI, MENJUNJUNG MANHAJ NABAWI ”. Program yang berlangsung selama sebulan ini berobjektif menjayakan pembawaan YDP sesi 17/18 iaitu Fikrah, Thaqafah, Biah dan Wehdah. Selain daripada itu, untuk memperkukuh tautan ukhuwah sesama ahli BKPPPM disamping menghidupkan Ramadhan anak perantauan di bumi Mesir. Program IHTIRAM ’18 membahagikan sebulan Ramadhan kepada tiga f...

LAPORAN KURSUS SEHARI KE AL-AZHAR (KUSARA 2018)

Image
LAPORAN KURSUS SEHARI KE AL-AZHAR ( KUSARA ) 2018   KEPALA BATAS : Seramai 66 orang mahasiswa yang akan ke Mesir, telah menyertai Kursus Sehari Ke Al-Azhar (KUSARA) 2018. Kursus yang dianjurkan bersama Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) Pulau Pinang dan Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) itu telah diadakan selama 2 hari pada tarikh 31 Mac dan 1 April 2018 bertempat di Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas.     Kursus tersebut diadakan bertujuan memberi pendedahan awal kepada mahasiwa mahasiswi yang bakal melanjutkan pelajaran ke Al-Azhar, Mesir. Antara pengisian menarik yang telah disampaikan dalam kursus tersebut adalah Diskusi Kehidupan Di Alam Mahasiswa, Taklimat Keselamatan Dan Kesihatan Di Mesir, Kenali Mesir Dan Al-Azhar, Cabaran Dalam Kampus, Ceramah Motivasi Ke Alam Mahasiswa, Kenali BKPPPM, dan pengenalan Pusat Bahasa Arab.   Bermula pada hari pertama, jam 8 pagi sesi...