Posts

Showing posts from July, 2021

LAPORAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILADHA BKPPPM 2021

Image
LAPORAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILADHA BKPPPM 2021 (SAHARA'21) RUMAH PULAU PINANG, HAYYU SABIEK- 18 JULAI hingga 24 JULAI 2021 : Program Sambutan hari raya Aidiladha tahun ini diberi nama SAHARA’21 dengan mengekalkan nama tersebut dari tahun sebelumnya. Namun tidak pada temanya, SAHARA ’21 membawa pembawaan yang lebih menarik dengan bertemakan “Mencari Hikmah Disebalik Ibrah”. SAHARA ’21 telah berlangsung selama 5 hari bermula 18 Julai sehingga 24 Julai 2021. Objektif program ini adalah untuk meribat ikatan ukhuwah di antara ahli BKPPPM, memperingati semangat perjuangan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail Alaihissalam, dan memupuk semangat kerjasama dalam bermasyarakat di kalangan ahli. SAHARA ’21 membuka tirainya pada tanggal 18 Julai iaitu yang dimulakan dengan gotong-royong persiapan di kalangan ahli BKPPPM. Pada keesokan harinya diteruskan dengan gotong-royong persiapan dan  pada sebelah malam telah diadakan malam perutusan Hari Raya Aidiladha yang disampaikan oleh Yang Dipe

MINDA PIMPINAN | PENGORBANAN YANG DIGANJARI

Image
PENGORBANAN YANG DIGANJARI      Pengorbanan adalah merelakan sesuatu yang berharga sama ada harta, tenaga bahkan nyawa untuk diberikan kepada sesuatu yang kita cintai. Bagi orang yang mengaku beriman kepada Allah SWT seharusnya perlu menyelami hakikat sebenar erti pengorbanan. Sikap ingin berkorban itu tidak sepatutnya hanya wujud ketika tiba musim perayaan, sebaliknya perlu berterusan sepanjang masa. Islam menyarankan umatnya melakukan korban bukan sekadar penyembelihan haiwan ketika sambutan Aidiladha tetapi pengorbanan membantu sesama ahli keluarga, rakan-rakan, jiran dari apa jua sudut sekalipun seperti tenaga, harta dan sebagainya. Firman Allah SWT :   قُلۡ إِنَّ رَبِّی یَبۡسُطُ ٱلرِّزۡقَ لِمَن یَشَاۤءُ مِنۡ عِبَادِهِۦ وَیَقۡدِرُ لَهُۥۚ وَمَاۤ أَنفَقۡتُم مِّن شَیۡءࣲ فَهُوَ یُخۡلِفُهُۥۖ  وَهُوَ خَیۡرُ ٱلرَّ ٰ⁠زِقِینَ  Maksudnya : "Katakanlah, sungguh Tuhanku melapangkan rezeki dan membatasinya bagi siapa yg dia kehendaki diantara hamba-hambanya. Dan apa sahaja yg kamu infakkan