Posts

Showing posts from April, 2017

Hamba Tuhan vs Hamba Imtihan

Image
Hamba Tuhan vs Hamba Imtihan السلام عليكم ورحمة الله وبركاته    الحمد الله رب العالمين والصلاة والسلام وعلى أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين، قالوا سبحانك لا علم لنا إلا ما علمتنا إنك أنت العليم الحكيم، رب اشرح لي صدري ويسرلي أمري واحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي. أما بعد  Alhamdulillah bersyukur kepada Allah S.W.T atas limpah dan kurnia-Nya kerana masih memberikan kita untuk merasai pelbagai nikmat dalam hidup kita iaitu nikmat Iman dan nikmat Islam yang berada di jalan-Nya yang benar. (قال تعالى : ( كونوا ربنيين بما كنتم تعلمون الكتاب وبما كنتم تدرسون Maksudnya : Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala dengan ilmu dan amal yang sempurna) kerana kamu sentiasa mengajarkan isi kitab Allah itu dan kerana kamu selalu mempelajarinya. (Surah Al-Imran : 79) Musim imtihan hampir tiba buat pelajar- pelajar Azhar yang menjadi satu ketakutan buat para pelajar di bumi kinanah ini. Seringkali juga kita sering mendengar kalam

STATUS DOA BULAN REJAB, SYA'BAN DAN RAMADHAN

Image
Soalan Apabila memasuki bulan Rejab maka para imam atau ustaz akan selalu berdoa de ngan doa ini. Apakah status doa ini: اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ، وَبَارِكْ (وَبَلِّغْنَا) لَنَا فِي رَمَضَانَ Maksudnya: “Ya Allah, Kau berkatilah kepada kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan Kau berkatikanlah (pertemukan kami dengan bulan Ramadhan) kepada kami pada bulan Ramadhan”. Jawapan : Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW. Berdasarkan persoalan yang diajukan, pertamanya kami akan menyatakan daripada mana sumber doa itu diambil, adakah ia disebut di dalam kitab-kitab hadith ataupun sebaliknya: Takhrij lafaz “doa” tersebut Antara kitab-kitab yang menyebut lafaz doa seperti di atas adalah: Di dalam Musnad Imam Ahmad: Diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA, bahawa Nabi SAW apabila masuknya bul

HUKUM BERBOHONG DALAM BERJENAKA

Image
Soalan  : Apakah hukum seseorang yang berbohong dengan tujuan untuk membuatkan orang ramai ketawa ? Jawapan  : Alhamdulillah, segala puji dan syukur kami ucapkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami panjatkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan ahli keluarga baginda, para sahabat, serta golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat. Imam Ibn Hajar Al-Asqalani Rahimahullah mendefinisikan berbohong seperti berikut: Memberitahu akan sesuatu berbeza dengan keadaan sebenarnya, sama ada dengan sengaja ataupun tersilap. Rujuk  Fath Al-Bari, Ibn Hajar (1/201) . Manakala Imam Al-Nawawi Rahimahullah mengatakan bahawa berbohong adalah: Mengkhabarkan sesuatu berbeza dengan keadaan sebenarnya, sama ada dengan sengaja atau tidak, dan sama ada perkhabaran itu akan perkara yang telah berlalu atau akan datang. Lihat  Syarah Sahih Muslim, Al Nawawi (1/69) . Perbuatan berbohong termasuk di antara himpunan dosa-dosa besar. Ini berdasarka

AIR MATA IDLIB

Image
AIR MATA IDLIB السلام عليكم ورحمة الله وبركاته          الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا وحبيبنا وشفيعنا محمد صلى الله عليه وسلم، وعلى آله وأصحابه ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين، أللهم صل على سيدنا محمد. أما بعد،            Alhamdulillah bersyukur kepada Allah S.W.T atas limpah kurnia dan inayah-Nya kerana masih memberikan kita peluang dan keizinan untuk merasai pelbagai nikmat dan nikmat yang paling terbesar dalam hidup kita iaitu nikmat iman dan nikmat menjadi seorang muslim yang berada di jalan-Nya yang benar.            Posting kali ini membicarakan tentang 'Air Mata Idlib'. Sepertimana yang sedia maklum kejadian serangan yang berlaku di Idlib, utara Syria baru-baru ini telah membuka mata dan hati umat Islam sedunia akan kekejaman dan keganasan yang dilakukan oleh rejim Assad dan Russia dengan serangan yang menggunakan senjata kimia iaitu gas sarin. Gas sarin yang digunakan di dalam serangan ini mempunyai fungsi yang sama dengan racun perosak.

TOLAK MENOLAK DALAM MENJADI IMAM

Image
TOLAK MENOLAK DALAM MENJADI IMAM?? Soalan: Apakah status hadith ini? مِنْ عَلامَةِ السَّاعَةِ التَّدَافُعُ عَنِ الإِمَامَةِ Maksudnya: “Antara tanda Kiamat adalah saling tolak-menolak untuk menjadi imam”. Jawapan : Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW. Berdasarkan hadith di atas, kami tidak menemui hadith yang matannya seperti di atas di dalam kitab-kitab hadith yang muktabar seperti kutub sittah. Walaubagaimanapun, kami menemui hadith tersebut di dalam kitab-kitab yang menghimpunkan hadith-hadith palsu. Antara ulama’ yang menghukum hadith ini ialah: • Syeikh Mulla Ali al-Qari mengatakan ia bukanlah hadith. [Lihat: al-Masnu’ Fi Ma’rifah al-Hadith al-Maudhu’, 196] • Syeikh al-Qauqaji menghukum hadith di atas bukanlah hadith. [Lihat: al-Lu’lu’ al-Marshu’, 203] Setelah melihat dan meneliti pendapat para ulama’ mak

ISU KOSMETIK MESRA WUDUK

Image
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga baginda SAW, para sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW. Perhiasan dan Galakkan Terhadapnya Perhiasaan dan kecantikan adalah merupakan fitrah semulajadi bagi setiap wanita. Seperti yang dimaklumi bahawa wanita teramat suka kepada kecantikan dan ianya juga tidak dapat dipisahkan daripada sifat kewanitaan semenjak penciptaannya lagi. Firman Allah SWT: وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ۖ وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ ۖ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّ

Peristiwa Sejarah di Bulan Rejab

Image
Bulan Rejab Bulan Rejab adalah salah satu daripada empat bulan suci (haram) yang telah Allah tetapkan sejak diciptakannya langit dan bumi. Hal ini memberikan keistimewaan tersendiri bagi bulan Rejab. Selain itu, kedatangan bulan Rejab juga sering dipandang sebagai semakin dekatnya Ramadhan, penghulu segala bulan. Kaum muslimin menyambutnya dengan doa atau mengisinya dengan persiapan menyambut bulan puasa. Mereka yang mempunyai hutang puasa di tahun sebelumnya akan bersegera mengganti puasa tersebut di bulan ini. Meskipun tidak ada ibadah khusus yang disyariatkan pada bulan Rejab, namun bulan ini dipandang istimewa oleh kaum muslimin kerana adanya peristiwa Isra’ dan Mi’raj . Peristiwa bersejarah itu menjadi istimewa kerana sejak saat itulah kaum muslimin diwajibkan melaksanakan solat lima waktu. Ibadah solat ini menjadi tunjang utama agama islam dan menjadi nilaian amal kebaikan seseorang di mata Allah S.W.T. Peristiwa Bersejarah dalam Islam di Bulan Rejab Bulan Rej

KONGRES BADAN KEBAJIKAN ANAK NEGERI

Image
KONGRES BADAN KEBAJIKAN ANAK NEGERI : SATU SEJARAH TERCIPTA! MERCU KESATUAN TEGUH TERBINA KHAMIS, 30 Mac 2017 – Satu program yang dinamakan Kongres Badan Kebajikan Anak Negeri anjuran Majlis Gabungan Badan Kebajikan Anak Negeri (MG BKAN) telah diadakan buat julung-julung kalinya di Mesir. Kongres BKAN ini diadakan di Dewan American Future Language School. Program yang bertemakan “Bersatu Hati, Teguh Berdiri” ini telah berjaya menghimpunkan seramai 1261 orang mahasiswa dan mah asiswi Malaysia di Mesir. Program ini dimulai dengan majlis perasmian yang disempurnakan oleh Ustaz Muhamad Nazif bin Shaari, Yang DiPertua Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sebagai wakil barisan Yang DiPertua. Seterusnya program diteruskan dengan slot pembentangan dan perbahasan isu mahasiswa Malaysia di Mesir yang dikendalikan oleh wakil YDP BKAN. Slot ini membincangkan empat topik utama iaitu isu hisbah yang dibentangkan oleh Ustaz Muhammad Arif bin Hamzah (YDP BKPJM), isu hak mahasiswa o