Posts

Showing posts from July, 2013

PERISTIWA NUZUL AL-QURAN

Image
NUZUL QURAN  Peristiwa Nuzul Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi S.A.W hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab Al-Quran yang ada pada hari ini. BILA DAN BAGAIMANA AL-QURAN DITURUNKAN Peristiwa Nuzul Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. Dan peristiwa ini terjadi ketika Nabi S.A.W sedang bertahannus (menyendiri) di Gua Hira’. Dalam sejarah kehidupan Nabi S.A.W ayat Al-Quran yang pertama di turunkan Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W melalui perantaraan Malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq maksudnya:  “ Bacalah( wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan,Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya . “ (Al-‘Alaq:1-5) APAKAH KAITANNYA MALAM LAILATU