Posts

Showing posts from May, 2015

PURE LOVE..!!

Image
“Keyakinan kepada Allah adalah ibarat air kedamaian yang tidak pernah kering menjadikan seseorang muslim tetap tegar disaat orang lain berguguran dan tetap tenang disaat orang lain ketakutan..” Keyakinan dan rasa kasih kepada-Nya merupakan tunjang sesebuah kebahagiaan jua keberkatan yang diperoleh dalam kehidupan. Cintakan Tuhan bermakna mencintai Kekasih yang dikasih dan dirindu, Kekasih yang menyalakan sinar keimanan dan ketaqwaan yang berlayar ke samudera syifak (penawar) dalam hati. Akan tetapi janganlah kerana terlalu mencari kekasih sehingga menduakan cinta-Nya iaitu cinta yang tidak berdasarkan reda-Nya kerana apabila cinta berkuasa, diri menjadi bingung, gundah-gulana, resah melanda. Banyak urusan tergendala. Merebak rasa malas. Membarah rasa segan andai orang mengetahui tindakan yang pernah dilakukan. Maksiat demi maksiat mula meratah iman dan kesedaran.  Dari itu, ke mana perginya ?? Cintakan Tuhan ? Cinta kepada bunga, ia akan LAYU Cinta kepada manusi