Posts

Showing posts from April, 2018

LAPORAN URUS SETIA SAMBUTAN MAHASISWA BARU 2018 : GENERASI ILMUWAN PEMANGKIN KESATUAN

Image
LAPORAN URUS SETIA SAMBUTAN MAHASISWA BARU 2018 : GENERASI ILMUWAN PEMANGKIN KESATUAN                     9 APRIL 2018, KAHERAH, Ketibaan mahasiswa/wi baru di Mesir telah disambut oleh Urus Setia Sambutan Mahasiswa Baru`18. Kehadiran mahasiswa/wi baru tersebut diiringi oleh dua wakil delegasi daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Pulau Pinang(JHEAIPP) iaitu Ustaz Haji Rosli Bin Haji Othman(Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JHEAIPP) dan Ustaz Khairul Aman Bin Bistaman(Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JHEAIPP) disambut oleh beberapa wakil Ahli Jawatan Kuasa Tadbir Dan HEWI Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir(BKPPPM) 17/18 di International Cairo Airport. Semua mahasiswa/wi dan wakil delegasi telah selamat tiba di premis   BKAN BKPPPM dengan menaiki dua buah bas.              16 APRIL 2108, KAHERAH,   Hari Taklimat Dan Silaturrahim`18 telah diadakan dengan jayanya. Program itu yang berlangsung selama 3 hari bermula pada 16 April 2018 sehingg

HAMBA PEPERIKSAAN

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Alhamdulillah, Pertamanya, marilah kita panjatkan puji syukur kehadrat ilahi   yang telah memberikan kita beribu-ribu kenikmatan, baik nikmat iman   dan islam ataupun nikmat sihat, yang mana sehingga pada   hari ini kita dapat bernafas tanpa ada sebarangan halangan. Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad   S.A.W, penutup bagi segala para Nabi dan Rasul. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, peperiksaan membawa maksud ujian untuk menentukan kebolehan dan kepandaian seseorang. Dalam sistem pendidikan Mesir yang berorientasikan peperiksaan, peperiksaan bukanlah sesuatu yang baru. Peperiksaan telah pun wujud sejak Zaman Jahiliyah lagi dan merupakan kayu ukur untuk menentukan kedudukan seseorang. Kini, semua institusi pendidikan termasuklah sekolah rendah, sekolah menengah, maktab rendah, madrasah dan juga universiti telah mewajibkan peperiksaan  bagi menentukan kelayakan ke peringkat seterusnya. Peperiksaan merupakan kriteria bagi menent

ANCAMAN LIBERAL TERHADAP ISLAM

Image
   Di era globalisasi ini, seringkali kita mendengar isu-isu berbangkit   mengenai sekularisma,modernisma,liberalisma dan sebagainya.Namun,sejauh mana anda faham tentangnya? Jadi,kita akan mengupas sebanyak sedikit mengenai liberal. APA ITU LIBERAL ? Liberalisme ialah falsafah yang meletakkan kebebasan individu sebagai nilai politik tertinggi. Seseorang yang menerima fahaman liberalisme dipanggil seorang liberal. Golongan ini menggunakan rasional akal dalam menafsir agama dengan alasan membuka ruang dimensi berfikir . TUNTUTAN LIBERAL 1. Mereka menganut fahaman pluralisme Iaitu fahaman yang menyatakan bahawa semua agama adalah sama. Orang Islam tidak boleh meyakini bahawa hanya agama Islam sahaja yang benar. Sebaliknya mereka hendaklah mengiktiraf agama lain juga benar dan betul. 2. Mendesak agar diberikan hak kebebasan murtad untuk penganut Islam di Malaysia. 3.Ay at-ayat al-Quran perlu ditafsir semula agar selari dengan peredaran zaman. Menurut

LAPORAN KURSUS SEHARI KE AL-AZHAR (KUSARA 2018)

Image
LAPORAN KURSUS SEHARI KE AL-AZHAR ( KUSARA ) 2018   KEPALA BATAS : Seramai 66 orang mahasiswa yang akan ke Mesir, telah menyertai Kursus Sehari Ke Al-Azhar (KUSARA) 2018. Kursus yang dianjurkan bersama Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) Pulau Pinang dan Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) itu telah diadakan selama 2 hari pada tarikh 31 Mac dan 1 April 2018 bertempat di Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas.     Kursus tersebut diadakan bertujuan memberi pendedahan awal kepada mahasiwa mahasiswi yang bakal melanjutkan pelajaran ke Al-Azhar, Mesir. Antara pengisian menarik yang telah disampaikan dalam kursus tersebut adalah Diskusi Kehidupan Di Alam Mahasiswa, Taklimat Keselamatan Dan Kesihatan Di Mesir, Kenali Mesir Dan Al-Azhar, Cabaran Dalam Kampus, Ceramah Motivasi Ke Alam Mahasiswa, Kenali BKPPPM, dan pengenalan Pusat Bahasa Arab.   Bermula pada hari pertama, jam 8 pagi sesi pendaftaran pesert