Posts

Showing posts from April, 2013

TINGKAT THAQAFAH NUQABA`

Image
KAHERAH, 16 April 2013 - Bagi memantapkan lagi thaqafah para nuqaba' diperingkat Pmram Cawangan Pulau Pinang, maka telah diadakan pengisian khusus untuk semua naqib dan naqibah dibawah seliaan saudara Mohammad Hafiz bin Abdul Aziz selaku pengarah Jabatan Nuqaba' sesi 2012/2013.  Pengisian pertama berkaitan Feqh Dakwah, yang mana ia merangkumi rukun jemaah, peringkat-peringkat dakwah dan rukun dakwah. Seterusnya pengisian kedua berkisar tajuk dalil perjuangan dengan mengupas ayat Al-Quran daripada surah yusof ayat 108. Kedua-dua pengisian ini telah disampaikan oleh wakil Jabatan Nuqaba' Pusat saudara Muhammad Yahya Bin Samsul.  Kehadiran para nuqaba' sekitar 21 orang ikhwah termasuk juga akhawat. Kesemuanya memberikan kerjasama dan tumpuan yang amat baik. Setelah selesai pengisian untuk para nuqaba', diadakan sedikit pertemuan bagi membincangkan segala permasalahan berkaitan perjalanan usrah dan muhasabah.  Pertemuan ini diakhiri pada jam 1

BAZARIA MUTIARA 13: SAMBUTAN MEMBERANGSANGKAN

Image
KAHERAH, 1 April 2013:  Tidak sempat melepaskan lelah selepas sama-sama menjayakan LESTARY’13, seluruh ahli Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) bersatu tenaga menyiapkan persiapan sempena Bazaria Mutiara yang bermula pada 26 Mac 2013. Bazar yang telah berlangsung selama tiga hari itu tampak meriah dengan kehadiran pengunjung yang tidak putus-putus dari pagi sehingga ke malam hari. Pelbagai jenis makanan dan minuman yang mewarnai Bazaria Mutiara’13 pada kali ini. Antaranya nasi kandar, bihun sup, char koey teow, yong tau fu, laksa penang, aneka jenis nasi berlauk dan banyak lagi. Keterlibatan taakhi BKPPPM dari Kelantan turut menjadi keistimewaan Bazaria Mutiara’13 pada kali ini apabila menu Pantai Timur turut menjadi pilihan pengunjung seperti nasi kerabu, sagupal dan lain-lain. Tidak ketinggalan juga taakhi dari DPM Shoubra dengan resepi tradisi, pasembor mereka. Gerai air Abang Tanjung juga tidak menang tangan dalam menyediakan minuman istemewa pada kali ini

THE BEST FROM LEGACY OF FAMILY BKPPPM.

Image
KAHERAH, 1 April 2013: Bermula pada hari Jumaat, 22 Mac 2013 yang lalu, Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) telah membuka tirai program mega tahunan dengan mengadakan majlis perasmian Sambutan Hari Keluarga, LESTARY’13 (Legacy Of Family). Majlis tersebut yang telah dirasmikan oleh penasihat BKPPPM sendiri iaitu Saudara Faqrurrozi bin Abdullah diakhiri dengan diskusi kitab sebagai pengisian usrah gabungan pada malam tersebut. Keesokan harinya, LESTARY’13 diteruskan lagi dengan acara permainan outdoor bagi semua ikhwah dan akhawat di dua lokasi yang berbeza. Pelbagai permainan yang menarik dan mencuit hati telah dijayakan melibatkan kumpulan-kumpulan yang telah dibahagikan. Konsep retro yang dipilih oleh barisan jawatankuasa pelaksana pada kali ini menjadikan suasana dan keadaan Sambutan Hari Keluarga pada kali ini tampak lebih meriah. Antara kumpulan yang sengit bertanding di peringkat ikhwah adalah Laksamana Do Re Mi, Labu Labi, Bujang Lapok dan 3Abdul mana