Posts

Showing posts from July, 2016

LAPORAN HARI TAKLIMAT & SILATURRAHIM 2016 (HTS 16)

Image
HTS’16 - Hari Taklimat & Silaturrahim 2016 (HTS’16) merupakan salah satu program di bawah Unit Sambutan Mahasiswa Baru (USMB) yang telah diadakan selama 2 hari iaitu pada 25 dan 26 Julai 2016. Tujuan program ini diadakan adalah untuk meraikan mahasiswa/wi baru ke bumi Mesir di samping memperkenalkan BKPPPM kepada mahasiswa/wi baru. Selain itu juga, membentuk kerjasama serta menyemai ukhuwah dalam kalangan mahasiswa/wi baru dengan mahasiswa/wi lama. Hari Taklimat & SIlaturrahim 2016 (HTS’16) telah disertai oleh 52 orang peserta khususnya mahasiswa/wi baru BKPPPM dengan bertemakan “Towards A Better Generation (Ke Arah Generasi Yang Lebih Baik)”. Pelbagai pengisian yang menarik telah diadakan, antaranya ialah Forum Mahasiswa, Diskusi Kitab, Sejarah BKPPPM, Senat Fakulti, Penerangan UBM, Hisbah, Kesihatan dan Keselamatan, Explorace, Gerak Kerja Berkumpulan (GKB) dan diakhiri dengan Persembahan Malam Kebudayaan. Semoga peserta-peserta yang telah menyertai Hari Takl

LAPORAN PROGRAM RIUH’16 (RIANG RIA HARI RAYA)

Image
LAPORAN PROGRAM RIUH’16 (RIANG RIA HARI RAYA) Saban tahun Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) telah menganjurkan program Hari Raya Aidifitri di bumi Mesir . Program tersebut diteruskan lagi pada tahun ini dengan diberi nama “Riang Ria Hari Raya” (Riuh’16) dan bertemakan “Download Lebaran, Share Kebahagiaan”. Program ini telah berlangsung di Dewan Soleh Al-Masri, Asrama Pulau Pinang pada 5, 6, 7 & 9 Julai 2016 selama empat hari. Persiapan program telah diadakan sehari sebelum iaitu pada hari Isnin 4 Julai 2016. Antara objektif program raya pada tahun ini adalah untuk menghimpunkan seluruh ahli BKPPPM dan menghubungkan silaturrahim serta mengeratkan ukhuwah islamiyah di kalangan ahli. Isnin 4 Julai jam 4.00 petang diadakan acara gotong-royong di perkarangan asrama bagi ikhwah manakala di sebelah akhawat di syaqqah masing-masing. Selasa 5 Julai, program diteruskan dengan acara gotong-royong menyiapkan persiapan dewan. Malam hari tersebut, selepas solat Is