Posts

Showing posts from February, 2017

KEPENTINGAN RUU355

Image
Kepentingan RUU355 pada kacamata mahasiswa وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَنْ يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ ۗ وَمَنْ يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا مُبِينًا “Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara (tidaklah harus bagi mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka . Dan sesiapa yang tidak taat  kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang nyata.”  (Surah Ahzab ayat 36)       Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965   atau lebih dikenali sebagai   Akta 355   adalah suatu Akta untuk memberi dan menyeragam bidang kuasa kepada Mahkamah yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang Negeri bagi maksud membicarakan kesalahan di bawah   hukum Syarak . Namun pada 26 Mei 2016,   Datuk Seri Abdul Hadi Awang ,   Ahli Parl

ADAKAH FOTO ULTRASOUND RAHIM ITU AURAT?

Image
ADAKAH FOTO ULTRASOUND RAHIM ITU AURAT? AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 417 (27 OKTOBER 2016 M / 26 MUHARRAM 1438 H) SOALAN: Salam. Selalunya wanita yang mengandung akan scan perut mereka untuk tengok keadaan bayi dikandung. Apakah hukum share gambar scan perut tersebut di media sosial? Jika Allah menyuruh kita menutup aurat hatta bahagian kulit,inikan pula bila kita menyebarkan apa yang berada disebalik kulit kita terutamanya bahagian yang menjadi aurat. Jazakumullah Dr. JAWAPAN: Waalaikumussalam wbt, Kami berpendapat hal demikian tidak elok dilakukan kerana bertentangan dengan asal maksud janin itu sendiri. Janin itu berasal daripada perkataan Bahasa Arab yang membawa maksud ‘perkara yang tersembunyi.’ Justeru, tidak patut ditunjuk-tunjuk kepada orang melainkan ada keperluan seperti urusan perubatan dan pengajaran. Dikhuatiri akan mengundang fitnah seperti aib dan sangkaan-sangkaan manusia. Walaubagaimanapun, gambar foto bukanlah seperti aurat fizikal yang haram dilihat secara lang

LAPORAN FAMILY DAY BKPPPM MADAGASCAR '17

Image
LAPORAN FAMILY DAY BADAN KEBAJIKAN PELAJAR PULAU PINANG MESIR MADAGASCAR '17        16 Februari 2017 , KAHERAH , program Family Day tahun ini yang diberi nama MADAGASCAR ’17 ( May Those Memories Last Forever ) bertemakan “Rehlah Mahabbah, Usrah Saadah” “Semusim Bersama, Seabad Rasanya” telah melabuhkan tirainya. Family Day tahun ini telah berlangsung selama 5 hari bermula 11 sehingga 15 Februari 2017. Objektif program ini adalah untuk menghimpunkan ahli BKPPPM dan mengeratkan hubungan silaturrahim sama ada pengajian islam atau sains perubatan di samping menyemai perasaan kasih sayang dan menghargai usaha generasi terdahulu seterusnya membentuk generasi yang sentiasa menyokong dan mendokong islam. Madagascar’17 membuka tirainya pada 11 Februari iaitu malam perasmian  dengan ucapan daripada saudara Safmeezool Ameer Bin Satar selaku pengarah Madagascar ’17, kemudian diikuti pula dengan ucapan Yang DiPertua Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir saudara Ahmad Far

Kepentingan Hidup Bermasyarakat

Image
Hidup Bermasyarakat Merupakan Tuntutan Islam Islam adalah agama rahmat, yang penuh dengan nilai kasih sayang satu agama yang menjaga nilai-nilai kemanusiaan, individu dan masyarakat pada setiap sudut kehidupan dan setiap tindakan serta waktu di alam ciptaan Allah ini. Hidup bermasyarakat adalah tuntutan yang sangat ditekankan dalam Islam. Jika umat Islam memberikan perhatian dan bersungguh-sungguh menjalankan konsep yang telah diajarkan oleh Rasulullah S.A.W, nescaya akan tercipta kehidupan masyarakat yang tenteram, aman seterusnya membawa kepada Keredhaan Allah SWT. Sayyidina Umar bin Al-Khatthab Radhiallahu Anhu berkata: “ Kita adalah satu kaum yang telah dimuliakan oleh Allah Azza wa Jalla dengan Islam, maka jika kita mencari kemuliaan selain daripada apa yang diajarkan Islam maka Allah akan menghina kita. ”. Setiap manusia adalah  makhluk yang memerlukan antara satu sama lain , seseorang tidak akan terlepas daripada berinteraksi dengan yang lain. Bahkan seringkali d

LAPORAN ANNIVERSARY BKPPPM KAI KE-39

Image
LAPORAN ANNIVERSARY BKPPPM KAI K E-39 28HB JANUARI 2017 -  Sempena ambang Anniversary Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir yang ke- 39 telah diadakan piala YDP dan YDPAH. Awal  jam 8 pagi semua ahli ikhwah seramai 50 orang  berkumpul di perkarangan BKAN Pulau Pinang dan terus bergerak ke tempat futsal iaitu di Wafa' Amal. Satu jam kemudian diikuti oleh ahli akhawat seramai 59 orang  yang turut berkumpul dan terus ke Padang Zahra untuk sukan bola jaring dengan menaiki empat buah tremco. Aktiviti futsal di sebelah ikhwah ternyata mendapat sambutan daripada ahli lama dan baru. Turut diadakan juga jualan ekonomi pada hari tersebut. Aktiviti bola jaring di sebelah akhawat berlangsung dengan jayanya, ditambah pula dengan permainan tuju kasut. Ramai ahli BKPPPM turut hadir untuk memeriahkan lagi Piala YDP dan YDPAH tersebut. Selama dua jam berada di tempat bermain, aktiviti pada pagi itu diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang. Aktiviti bergambar turut  diadakan

PERISTIWA PENTING DALAM BULAN JAMADIL AWWAL

Image
Bulan Jamadil Awwal bererti bulan permulaan musim sejuk. Dari sudut bahasa bererti kering atau beku. Hal ini kerana pada bulan ini orang Arab pada zaman dahulu mengalami kekeringan air atau air menjadi beku. PERISTIWA-PERISTIWA DALAM BULAN JAMADIL AWWAL:- Ramai yang memandang remeh bulan ini kerana tidak mempunyai fadhilah yang banyak di dalamnya namun, terdapat banyak peristiwa – peristiwa penting yang berlaku di dalam bulan ini, antaranya ialah: 1.Peperangan Ajnadain pada 27 Jamadil Awwal. Peperangan ini telah membuka jalan kepada penyempurnaan Islam di bumi Syam. 2.Pembukaan Kota Costantinople oleh Sultan Muhammad Al-Fateh pada 20 Jamadil Awwal. 3.Kelahiran Saidina Ali Bin Abi Thalib pada 8 Jamadil Awwal. Justeru, antara peristiwa terbesar yang berlaku dalam bulan ini ialah kelahiran Saidina Ali Bin Abi Thalib. Beliau merupakan antara sahabat yang paling dicintai oleh Rasulullah S.A.W. Walaupun beliau 32 tahun lebih muda daripada Rasulullah S.A.W. Namun, itu bukan menjad