KEPENTINGAN RUU355


Kepentingan RUU355 pada kacamata mahasiswa

وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَنْ يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ ۗ وَمَنْ يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا مُبِينًا
“Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara (tidaklah harus bagi mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka . Dan sesiapa yang tidak taat  kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang nyata.” 
(Surah Ahzab ayat 36)

      Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau lebih dikenali sebagai Akta 355 adalah suatu Akta untuk memberi dan menyeragam bidang kuasa kepada Mahkamah yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang Negeri bagi maksud membicarakan kesalahan di bawah hukum Syarak. Namun pada 26 Mei 2016, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ahli Parlimen Marang telah membentangkan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Ahli Persendirian dalam Dewan Rakyat. Pindaan RUU 355 itu bertujuan bagi memperkasakan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang selama ini menghadkan Mahkamah Syariah supaya hanya boleh mengenakan hukuman maksimum penjara tiga tahun, denda maksimum RM 5000 dan enam sebatan rotan sahaja. Apa yang dicadangkan adalah meningkatkan hukuman maksimum kepada hukuman yang selaras dengan hukum syarak selain hukuman mati.

   Agenda menaik taraf sistem hukuman mahkamah syariah adalah satu agenda yang perlu dititik berat oleh semua pihak khususnya penganut agama islam. Hal ini kerana sistem hukuman mahkamah syariah yang telah dipinda pada tahun 1965 adalah tidak releven mengikut pengedaran zaman kini disamping sistem hukuman lain yang sedia ada juga tidak mampu mencegah kadar jenayah di dalam negara kita. Perkara ini amat membimbangkan masa depan negara jika tiada tindakan yang diambil.
    
        Kepentingan meminda akta ini adalah untuk menjaga umat sejagat terutama pada  menjaga dan memelihara kesucian agama islam. Sebagai penganut agama islam kita mempercayai dan yakin bahawa agama islam adalah yang paling tinggi dan tiada agama yang lebih tinggi daripadanya.

Sabda Nabi S.A.W :

ﺍﻹِﺳْﻼَمُ ﻳَﻌْﻠُﻮْ ﻭَﻻَ ﻳُﻌْﻠَﻰ  

“Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi darinya.”
Hadits hasan riwayat ar-Rawiyani, ad- Daruquthni, al-Baihaqi, adh-Dhiya’

Firman Allah Taala :

إِنَّ الدِّينَ عِندَ اللَّهِ الإِسْلامُ

Sesungguhnya agama (yang diredhai) disisi Allah hanyalah Islam

(Surah Ali Imran 19)

 

وَمَن يَبْتَغِ غَيْرَ الإِسْلامِ دِينًا فَلَن يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ

(Surah Ali Imran 85)


“Dan sesiapa yang mencari agama selain agama islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak daripada orang-orang yang rugi”


Oleh itu, langkah dalam memertabatkan lagi sistem kehakiman syariah agar syariat islam dapat dijalankan dinegara kita bersesuaian dengan perlembagaan bahawa agama islam sebagai agama rasmi Malaysia.

 

      Selain daripada itu, pindaan ini adalah sebagai jaminan untuk menjaga akal dan kewarasan fikiran daripada dirosakkan kerana akal adalah anugerah istemewa yang dikurniakan kepada manusia. Seperti meminum-minuman yang memabukkan akan menghilang kewibaan dan kewarasan seterusnya akan merosakkan akal fikiran yang boleh menjerumus kepada kejatuhan moral atau lebih membimbangkan menyumbang kepada jenayah.

Firman Allah :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا

“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari azab neraka”

         Antara kepentingan yang lain juga adalah untuk menjaga kehormatan, maruah, dan keturunan. Perkara ini juga berkait dalam menjaga dan memelihara golongan wanita daripada penindasan.

Firman Allah :

وَلَهُنَّ مِثْلُ الَّذِي عَلَيْهِنَّ بِالْمَعْرُوفِ وَلِلرِّجَالِ عَلَيْهِنَّ دَرَجَةٌ وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
“Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajibannya menurut cara yang ma’ruf. Akan tetapi laki-laki, mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (QS. Al Baqarah [2]: 228)

Ibnu Katsir berkata, “Maksud ayat ini adalah bahwa wanita memiliki hak atas lelaki, sebagaimana lelaki atas mereka. Maka, hendaknya masing-masing dari keduanya menunaikan hak yang lainnya dengan cara yang makruf.”

 

 Mutakhir ini, indeks gejala sosial meningkat terutama pada golongan pemuda. Hal seperti ini amat meruncingkan kerana pemuda-pemuda ini akan mentadbir negara pada masa hadapan. Gejala seperti seks bebas, penzinaan dan lain-lain sekiranya tidak dibendung dengan kadar segera akan mengakibatkan ketamadunan manusia dan nilai-nilai akhlak hilang dalam sebuah negara. Jika harga diri seseorang itu menjadi murah, bagaimana pula dengan harga sesebuah negara?.

          Semua pihak perlu cakna akan isu semasa yang berlaku dalm negara kita seperti masalah sosial, ekonomi, kelemahan politik dan lain-lain dan menanganinya dengan inisiatif yang telah islam gariskan dengan lebih konsisten untuk menjaga kemaslahatan negara.


Oleh itu, menjadi kewajipan setiap orang terutama individu muslim untuk menjayakan usaha murni ini tanpa mengira latar belakang demi menjamin masa depan negara yang cerah dalam mengutamakan urusan agama melebihi duniawi.


"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"
"Ribat Ukhuwah Teguh Wehdah"
"Rabbani Thaqafi Khairi"


Disediakan Oleh :
Ustaz Safmeezool Ameer bin Satar
Timbalan Setiusaha Agung BKPPPM sesi 2016/2017





Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL