Posts

Showing posts from February, 2019

LAPORAN PROGRAM DESA’19 BKPPPM

Image
18 Februari 2019 KAHERAH, Program Desa’19 BKPPPM, bertemakan “MAI BALIK KAMPUNG MAI, PAKAT BUAT QAMAI" telah melabuhkan tirainya. Program DESA’19 telah berlangsung dengan jayanya selama enam hari bermula dari 12 Februari 2019 sehingga 17 Februari 2019. Objektif program ini adalah untuk mengukuhkan ukhuwwah Islamiyah dalam kalangan ahli BKPPPM yang berada di perlembahan Nil sekaligus menjadikan BKPPPM sebagai satu wadah kesatuan bertepatan dengan pembawaan Yang Dipertua. 12 Februari 2018, jam 6:00 pagi program dimulakan dengan daurah kitab Idaman Penuntut pada membincangkan bab Nikah yang disampaikan oleh Ustaz Abdullah Bin Hussin selaku Fasilitator KPKM 18/19 bertempat di Dewan Soleh Al-Masri. Seterusnya pada jam 7:30 malam telah diadakan Majlis Perasmian Program DESA’19 BKPPPM bertempat di Sutuh  Asrama Pulau Pinang yang dimulai dengan ucapan daripada saudara Muhamad Amer Syafiq Bin Azanuar Yusri selaku Pengarah Desa’19, kemudian diikuti oleh ucapan Yang Dipert

Minda Pimpinan | Ikhtilat Jalan Dosa

Image
السلام عليكم ورحمة الله إِنَّ الْحَمْدَ لِلَّهِ نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ وَنَسْتَغْفِرُهْ وَنَسْتَهْدِيْهِ وَنَعُوذُ بِاللهِ مِنْ شُرُوْرِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا، مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِيَ لَهُ. أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنِ اهْتَدَى بِهُدَاهُ  إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ. Segala puji bagi Allah, kita memuji-Nya dan meminta pertolongan, pengampunan, dan petunjuk-Nya. Kita berlindung kepada Allah dari kejahatan diri kita dan keburukan amal kita. Barang siapa mendapat dari petunjuk Allah maka tidak akan ada yang menyesatkannya, dan barang siapa yang sesat maka tidak ada pemberi petunjuknya baginya. Aku bersaksi bahwa tidak ada Tuhan selain Allah dan bahwa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya. Ya Allah, semoga doa dan keselamatan tercurah pada Muhammad dan kelua

PESTA PONGAL : HUKUM MUSLIM MERAYAKANNYA

Image
APA ITU PESTA PONGAL? Pesta Pongal adalah festival yang diraikan di seluruh India dengan nama yang pelbagai mengikut tempat, sebagai menghormati Dewa Matahari iaitu Surya. Antara nama-nama lain bagi Pesta Pongal adalah: Pongal (Tamil Nadu) Maghi (Lahore) Bihu / Bohaggiyo Bhishu (Assam) Sankrat (Rajasthan) Makara Sankranti (Maharashtra) Uttarayan (Gujarat) Magha Saaji (Shimla) Poush Sankranti (Bengal Barat) Surya adalah Dewa Matahari dalam kepercayaan agama Hindu dan penjaga bagi sudut selatan dan barat. Bapanya adalah Dewa Langit iaitu Dyaus. Terdapat satu mitos menyebut bahawa dia dijadikan daripada mata Purusha iaitu makhluk kosmos. Rambutnya dan kedua-dua lengannya berwarna emas. Dewa Surya menaiki kereta kuda yang dikenderai oleh 4 atau 7 ekor kuda dan ditangannya terdapat bunga teratai dan juga cakera. (Lihat  The Routledge Dictionary of God, Goddesses, Devils & Demons , m. 178) Secara khususnya, Pongal adalah satu festival yang diraikan oleh masya