Posts

Showing posts from July, 2017

Peristiwa di bulan Zulkaedah

Image
Alhamdulillah bersyukur kita kepada Allah S.W.T kerana kita masih lagi dipanjangkan umur  dan masih berada dalam nikmat yang terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam. Setelah Syawal meninggalkan kita dengan sejuta keberkatan daripada Allah S.W.T, kini kita telah berada di dalam bulan Zulkaedah. Setiap bulan Islam tentu ada rahsia yang perlu dicungkilkan untuk tatapan umatnya supaya setiap sejarah dan sorotan peristiwa menjadi pedoman dan iktibar untuk perjalanan hidup terutama pada masa kini. PENGENALAN : Zu ertinya "yang empunya". Qa'adah ertinya "duduk". Ini membawa erti bahawa bulan Zulkaedah ialah bulan untuk berehat-rehat. Sejak dari dahulu lagi, sebelum kedatangan Islam, masyarakat Arab telah mengiktiraf bahawa Zulkaedah adalah satu bulan daripada empat bulan yang mulia dan diharamkan berperang.  Maka masyarakat Arab jahiliah tidak keluar berperang pada bulan ini. Selain Zulkaedah, bulan Zulhijjah, Muharram dan Rejab juga adalah bulan haram (

Report on The Thaqafah Week, FACULTY’17 in BKPPPM

Image
Report on The Thaqafah Week, Fiesta Conference Of Thaqafi (FACULTY’17) in BKPPPM قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لا يَعْلَمُونَ “ Say, Are those who know equal to those who do not know? ” (Az-Zumar verse 9)   Thaqafah Week was an opportunity for students to gain knowledge. In BKPPPM, the thaqafah week was carried out from 16 July until 20 July 2017. The programme was organized by Lajnah Pendidikan session 2016/2017. With the theme “Empowering Muslim Youth Through Science Islamic Education”, this programme was aimed to encourage students to explore science through Al Quran and Sunnah and to use English Language  as a medium of interaction to encourage them to speak in English. Various activities were arranged during the week and opened to all students. The activities were carried out from 5.00 a.m until 10.00 p.m.    The event kicked off on Sunday, 16 July 2017, with standard assembly in the Soleh Al-Masry Hall. President of PERUBATAN,

Krisis diplomatik Qatar 2017

Image
Krisis diplomatik Qatar 2017 bermula pada 5 Jun 2017 apabila beberapa negara secara tiba-tiba menamatkan hubungan diplomatik dengan Qatar. Pada awalnya, negara-negara yang terlibat adalah Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Bahrain, Mesir, dan Maldives. Penamatan ini juga merangkumi sekatan perdagangan dan perjalanan. Arab Saudi dan beberapa negara lain telah mengkritik Al Jazeera dan hubungan Qatar dengan Iran, dan menuduh Qatar membiayai pertubuhan pengganas. Qatar menafikan bahawa ia menyokong keganasan, dan mendakwa ia telah membantu Amerika Syarikat dalam Perang Menentang Keganasan dan campur tangan ketenteraan melawan ISIL yang masih berlangsung. Tindakan diplomatik Arab Saudi secara lisannya telah disokong oleh Presiden Amerika  Syarikat, Donald Trump. Banyak negara di wilayah ini termasuk Turki, Rusia dan Iran, meminta agar krisis ini diselesaikan melalui rundingan damai. Antara 5 dan 6 Jun 2017, Arab Saudi, UAE, Yemen, Mesir, Maldives, dan Bahrain secara berasingan me