Posts

Showing posts from August, 2015

FACULTY `15 :- MENAMBAH THAQAFAH AHLI BKPPPM..

Image
Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir ,BKPPPM pada sesi ini telah menjayakan satu program iaitu minggu thaqafah. Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan thaqafah dalam kalangan ahli serta mengeratkan hubungan silaturrahim. Firman Allah SWT dalam kitab-Nya yg mulia.. “Dan berpeganglah kamu dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah…” (Surah Ali Imran : 103). Sesuai dengan firman Allah SWT, minggu thaqafah pada kali ini diberi nama FACULTY’15, Fiesta Conference Of Thaqofi yang bertemakan akidah ahli sunnah wal jamaah telah berlangsung dengan jayanya selama 5 hari bermula 16 ogos 2015 sehingga 20 ogos 2015 di Dewan Soleh Al-Masri BKPPPM. Program bermula pada 16 Ogos 2015 selepas isya’ dengan sesi pendaftaran dan dirasmikan oleh Penasihat Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir, ustaz Muhammad Zikri bin Mohamad Zaki. Banyak pengisian ilmiah telah disusun oleh pihak pelaksana, antaranya pada hari kedua 17 ogos diadakan kuliah haraki selepas sub

HARI TAKLIMAT & SILATURRAHIM (HTS`15) : INI LANGKAHKU..!!

Image
  Ahad & Isnin, 2 & 3 Ogos, Program Hari Taklimat & Silaturrahim (HTS 15) di bawah Unit Sambutan Mahasiswa/wi Baru USMB telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Program yang bertujuan meraikan kedatangan mahasiswa/wi baru ini telah dirasmikan oleh saudara Muhammad Zikri Bin Mohamad Zaki selaku penasihat BKPPPM 14/15. Selain itu, antara tujuan program ini diadakan termasuklah bagi memperkenalkan Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir ( BKPPPM ) sebagai persatuan yang menjaga kebajikan mahasiswa/wi Pulau Pinang di Mesir. Program ini telah dijalankan selama dua hari bermula dari petang hari Ahad sehingga malam hari berikutnya. Segala bentuk pengisian dari segi ilmiah mahupun pengetahuan am telah dimuatkan didalam program ini untuk pengetahuan awal kepada mahasiswa/wi yang baru tiba. Antara pengisian yang dimuatkan termasuklah Forum Mahasiswa, Senat Fakulti, Diskusi Kutaib Daurul As-Shabab Fi Hamli Risalah Islam dan penerangan ringkas Bait Muslim dan HISBAH.

DATANG DENGAN HARAPAN PULANG DENGAN KEJAYAAN..!!

Image
AHLAN WASAHLAN KE ARDIL KINANAH.. 23 JULAI 2015: Unit Sambutan Mahasiswa Baru (USMB) 2015 Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) telah menerima seramai 44 orang mahasiswa baru Pulau Pinang yang terdiri daripada 30 orang ikhwah serta 14 orang akhawat. Mereka selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah pada jam 9.30 pagi dengan diiringi oleh Ustaz Rosli Bin Othman (Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang(JAIPP)), Dr Haji Azman Bin Abdul Samat (Pengurus Besar Zakat Pulau Pinang(ZPP)) serta Ustaz Khairul Aman Bin Bustaman (Pegawai Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang(JAIPP)) . Kedatangan mereka disambut meriah oleh wakil dari BKPPPM.         Juga diadakan majlis ramah mesra bersama delegasi dan rumah terbuka kepada ahli Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) pada tarikh 24 Julai 2015. Pada majlis tersebut segala pertanyaan dan kemusykilan di jawab oleh pihak berkenaan.Majlis ramah