LAPORAN SAHARA'19 BKPPPM
LAPORAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILADHA BKPPPM 2019 ( SAHARA '19 ) RUMAH PULAU PINANG, HAYYU SABIEK – 7 OGOS hingga 14 OGOS 2019 : Program Sambutan hari raya Aidiladha tahun ini diberi nama SAHARA ’19 dengan mengekalkan nama tersebut dari tahun sebelumnya. SAHARA ‘19 kali ini bertemakan “membumi pengorbanan, melangit perjuangan”. SAHARA ’19 telah berlangsung selama 8 hari bermula 7 Ogos sehingga 14 Ogos 2019. Objektif program ini adalah untuk mengukuhkan ikatan ukhuwah di antara ahli BKPPPM, memperingati semangat perjuangan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail alaihissalam, menghayati bulan kebesaran Islam dan memupuk semangat kerjasama di kalangan ahli BKPPPM di Mesir. SAHARA ’19 dimulai dengan Gotong Royong Perdana pada 7 0gos 2019 dengan kerjasama Lajnah Perumahan BKPPPM sesi 2018/2019 bagi memastikan kawasan asrama bersih menjelang ketibaan hari raya Aidiladha.SAHARA ‘19 membuka tirainya dengan pengisian menarik iaitu Daurah Kitab Matla’ Badrain (Bab Qurban) yang disa...