Posts

Showing posts from September, 2014

KAEDAH PENENTUAN AIDILADHA DI MALAYSIA DAN PELAKSANAAN PUASA SUNAT SEMPENA HARI ARAFAH

Image
KAEDAH PENENTUAN AIDILADHA DI MALAYSIA DAN PELAKSANAAN PUASA SUNAT SEMPENA HARI ARAFAH 1. Kaedah penentuan Aidiladha di Malaysia pada masa kini adalah berpandukan rukyah dan hisab negara sendiri yang telah diputuskan oleh Majlis Raja-Raja Malaysia dalam mesyuaratnya kali ke-164 pada 3 Februari 1994 setelah mendengar pandangan dan syor Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bermuzakarah pada 22 Ogos 1992. 2. Antara hujah Jawatankuasa Fatwa menyetujui penentuan Aidiladha berpandukan cerapan hilal Zulhijjah sendiri dalam muzakarahnya pada 22 Ogos 1992 dan 23 April 2002 adalah firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 185 mengenai rukyah hilal untuk menentukan awal bulan yang bermaksud: (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar denga

DZULHIJJAH 1435 ( MERAIH KEUTAMAAN BULAN DZULHIJJAH )

Image
KEUTAMAAN 10 HARI PERTAMA BULAN DZULHIJJAH & AMALAN YANG DISYARIATKAN . Dari Ibnu Abbas R.A, Rasulullah S.A.W telah bersabda “Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi ALLAH selain dari hari-hari yang sepuluh ini. Rasulullah S.A.W bersabda : “ Walaupun berjihad di jalan ALLAH, kecuali lelaki yang keluar (berjihad) membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu (syahid).” (HR :AHMAD, AT-TIRMIZI) AMALAN YANG DISYARIATKAN : (1) MENGERJAKAN HAJI & UMRAH Sabda Rasulullah S.A.W : Dari umrah ke umrah adalah tebusan (dosa-dosa yang dikerjakan) di antara keduanya, dan haji yang mabrur balasannya tiada lain adalah Syurga.”. (2) BERPUASA PADA HARI-HARI TERSEBUT ATAU PADA SEBAHAGIANNYA, TERUTAMANYA PADA HARI ARAFAH Dari Abu Qatadah r.a bahawa Nabi S.A.W bersabda :“Berpuasa pada hari Arafah kerana mengharap pahala dari ALLAH akan menghapuskan dosa-dosa setahun sebelum dan selepasnya. ”(HR Muslim) (3) TAKBIR & ZIKIR Ibnu Umar

HARI TAKLIMAT & SILATURRAHIM (HTS `14) BKPPPM - Disini langkah bermula!!

Image
Bergambar bersama mahasiswa USMB `14 seusai HTS Ahad, 14 September, Program Hari Taklimat & Silaturrahim (HTS 14) dibawah Unit Sambutan Mahasiswa/wi Baru USMB telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Program yang bertujuan meraikan kedatangan mahasiswa/wi baru ini telah dirasmikan oleh Badan Pengurus PMRAM iaitu Saudara Mohd Arif bin Hamzah selaku Pengarah USMB Pusat 2014. Selain itu, antara tujuan program ini diadakan termasuklah bagi memperkenalkan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir ( PMRAM ) dan Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir ( BKPPPM ) sebagai persatuan yang menjaga kebajikan mahasiswa/wi Pulau Pinang di Mesir. Program ini telah dijalankan selama dua hari bermula dari petang hari Sabtu sehingga malam hari berikutnya. Segala bentuk pengisian dari segi ilmiah mahupun pengetahuan am telah dimuatkan didalam program ini untuk pengetahuan awal kepada mahasiswa/wi yang baru tiba. Antara pengisian yang dimuatkan termasuklah Forum Mahasiswa, Senat Fakulti, pe

SENARAI DIREKTORI AHLI JAWATANKUASA TADBIR & HEWI BKPPPM 2014-2015

Image