Artikel Terkini :
Home » » DZULHIJJAH 1435 ( MERAIH KEUTAMAAN BULAN DZULHIJJAH )

DZULHIJJAH 1435 ( MERAIH KEUTAMAAN BULAN DZULHIJJAH )


KEUTAMAAN 10 HARI PERTAMA BULAN DZULHIJJAH & AMALAN YANG DISYARIATKAN
.


Dari Ibnu Abbas R.A, Rasulullah S.A.W telah bersabda

“Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi ALLAH selain dari hari-hari yang sepuluh ini.






Rasulullah S.A.W bersabda : “ Walaupun berjihad di jalan ALLAH, kecuali lelaki yang keluar (berjihad) membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu (syahid).” (HR :AHMAD, AT-TIRMIZI)

AMALAN YANG DISYARIATKAN :

(1) MENGERJAKAN HAJI & UMRAH

Sabda Rasulullah S.A.W : Dari umrah ke umrah adalah tebusan (dosa-dosa yang dikerjakan) di antara keduanya, dan haji yang mabrur balasannya tiada lain adalah Syurga.”.

(2) BERPUASA PADA HARI-HARI TERSEBUT ATAU PADA SEBAHAGIANNYA, TERUTAMANYA PADA HARI ARAFAH

Dari Abu Qatadah r.a bahawa Nabi S.A.W bersabda :“Berpuasa pada hari Arafah kerana mengharap pahala dari ALLAH akan menghapuskan dosa-dosa setahun sebelum dan selepasnya. ”(HR Muslim)

(3) TAKBIR & ZIKIR

Ibnu Umar dan Abu Hurairah R.A keluar ke pasar pada 10 hari tersebut sambil mengumandangkan takbir lalu orang-orang pun mengikuti takbirnya.

(4) PERBANYAKKAN AMAL SOLEH

Melakukan pelbagai ibadah sunat seperti solat, sedeqah, membaca Al-Qur’an dan lain-lain kerana amalan pada hari-hari tersebut dilipat gandakan pahalanya.

(5) MELAKUKAN IBADAH KORBAN PADA HARI RAYA EIDULADHA & HARI-HARI TASYRIQ

Dari Aisyah R.A Rasulullah S.A.W bersabda: “Amal yang paling disukai ALLAH pada harI penyembelihan adalah mengalirkan darah haiwan korban, sesungguhnya haiwan yang dikorbankan akan dating (dengan kebaikan untuk yang melakukan korban) di Hari Kiamat kelak dengan tanduk-tanduknya, bulu dan tulang-tulangnya, sesungguhnya (pahala) dari darah haiwan korban telah datang dari ALLAH sebelum jatuh ke bumi, maka lakukanlah kebaikan ini.” (H.R TIRMIZI)

(6) SALING MEMBERI PERINGATAN PENTING KEPADA YANG BAKAL MELAKSANAKAN IBADAH KORBAN

Dari Ummu Salamah R.A bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda :“Jika kamu melihat hilal bulan Dzulhijjah dan salah seorang di antara kamu ingin berkorban, maka hendaklah ia menahan diri dari (memotong) rambut dan kukunya.” (H.R. Muslim)

(7) MENUNAIKAN SOLAT SUNAT EIDULADHA & MENDENGAR KHUTBAHNYA.

DISEDIAKAN OLEH :
BIRO & UNIT DAKWAH BADAN KEBAJIKAN PELAJAR PULAU PINANG MESIR SESI 2014/15
Share this article :

0 comments:

LAMAN RASMI PMRAM

Sejarah BKPPPM

ARTIKEL POPULAR

CHAT BOX

 
LAMAN RASMI : BLOG | FACEBOOK |
Dikuasakan Oleh Blogger
Hakcipta Terpelihara © 1433H / 2012. Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir - All Rights Reserved
Reka Bentuk Blog Oleh Lisanul Hakim I Seliaan Sepenuhnya I Unit Blog Di Bawah Unit Penerangan Dan Penerbitan BKPPPM