Posts

Showing posts from June, 2012

تهنئة قلبية خاصة | Sekalung Tahniah Buat Dr. Mursi, Presiden Mesir

Image
  تتقدم الجمعية الملايوية بجمهورية مصر العربية بأحرى التهانى القلبية إلى السيد الرئيس : د. محمد مرسى وذلك بمناسبة فوزه فى الإنتخابات الرئاسية الأولى بعد الثورة 25 يناير رئيسا لــ جمهوريه مصر العربيه أكبر دولة عربية فى الشرق الأوسط .ونسأل الله العظيم رب العرش الكريم لكم دوام التقدم لصالح مصر والأمة العربية والإسلامية جميعا ولها تأثيرا عميقا فى تكوين دول الإسلامية الأخرى فى العالم. ونتمنى لكم التوفيق فى رفع راية الحرية والعدالة وفقكم الله وسدد خطاكم وإلى الأمام دائما -------------------------------------------------------------------------------------------------- Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) mengucapkan sekalung tahniah buat Dr. Muhammad Mursi, yang diumumkan sebagai Presiden baru Mesir di atas kemenangan pilihan raya pertama kali selepas revolusi 25 januari. Kami mendoakan agar Allah SWT mengurniakan kebaikan untuk Mesir dan masyarakat arab serta seluruh dunia Islam. Semoga hasil kemenangan ini memberikan kesan yang besar kepada pembentukan negara-nega

PEMBUNUHAN UMAT ISLAM ROHINGYA DI MYANMAR

Image
Ketegangan Penganut Antara Buddha ke atas Islam. Sejak 3 hb Jun 2012 baru-baru ini 10 orang Muslim di Taunggote , daerah Tongu di bunuh dalam sebuah bas yang sedang pulang dari majlis Tabligh untuk kembali ke Rangoon, oleh sekumpulan pengganas dan kumpulan rasis etnik Rakhine. Mereka diserang setelah seorang wanita Rakhine dikatakan telah dirogol dan dibunuh oleh orang Rohingya. Lanjutan itu kami dimaklumkan puak pengganas Rakhine Buddha telah menyerang semua penduduk Islam di Akyap , ibu negeri Arakan. Manakala kampung  Sara Prang dan Tarang Shong di daerah Rathidong telah di bakar semuanya sehingga tidak ada seorang pun lagi yang tinggal. Akibatnya ketegangan telah tercetus bila orang Islam Rohingya terus dijadi sasaran oleh Buddhis Rakhine termasuk dikawasan kampung lain diseluruh  wilayah Arakan. Setakat ini  pertempuran antara pendudukan etnik Rohingya Muslim dan pihak keselamatan  telah merebak ke beberapa perkampungan lain. Laporan yang diterima

Darah Syria Masih Mengalir

Image
9 JUN 2012 -- Jawatankuasa Kempen Prihatin Syria (KPS) melihat situasi Syria kebelakangan ini dengan penuh kebimbangan dan kekecewaan. Ini kerana pembunuhan yang berlaku sejak tercetusnya revolusi telah melebihi 15, 000 nyawa, namun dunia terus berdiam diri terutama Liga Arab dan Majlis Keselamatan PBB yang 'bisu' apatah lagi 'blok penyokong kuat' Syria iaitu Iran dan Hizbullah yang meneruskan sokongan kepada rejim tanpa henti. Dalam tempoh tidak sampai sebulan telah berlaku dua penyembelihan beramai-ramai iaitu di Haulah pada 25 Mei dan El-Qobair pada 8 Jun yang kedua-duanya mengorbankan lebih 200 nyawa, sebahagiannya kanak-kanak dan wanita. Mereka yang menjadi mangsa kekejaman. Menurut saksi, askar rejim Syria memasuki kampung dan membakar rumah kediaman penduduk menyebabkan sebahagian mangsa meninggal dunia akibat terperangkap dalam kebakaran manakala sebahagian yang lain disembelih menggunakan pisau. Hati dan sanubari umat Islam bagai disiat dan dihiris

ISRA’ MIKRAJ, BAITUL MAQDIS & PERJUANGAN ISLAM

Image
Tahun Kesedihan Peristiwa Isra’ Mikraj ini berlaku pada tahun ke-10 kenabian. Tahun tersebut dikenali sebagai tahun kesedihan ekoran kewafatan bapa saudara Nabi SAW iaitu Abu Talib dan juga kewafataan isteri baginda SAW yang kedua-duanya banyak memberikan bantuan serta pertolongan kepada Nabi SAW dalam menyebarkan dakwah Islam dan memperjuangkan Islam. Tidak hanya dengan kesedihan kewafatan 2 tonggak besar dalam perjuangan baginda SAW, sebelum berlakunya peristiwa Isra’ Mikraj, Nabi SAW disakiti apabila baginda SAW pergi ke Thaif untuk menyebarkan Islam dan dalam usaha mencari markaz baru di luar Mekah. Namun kedatangan baginda SAW ke Thaif disambut dengan batu yang dilontarkan oleh penduduk Thaif. Ekoran cabaran yang begitu hebat diterima, satu demi satu cabaran yang menimpa baginda SAW ditambah lagi dengan halangan yang diterima di Thaif, maka ketika perjalana pulang dari Thaif, Nabi SAW mengadu kepada Allah SWT dengan satu doa yang begitu pilu : “Ya Allah kepada-Mu jua

Informasi Keadaan Mesir : Bukti Kepercayaan Media Pada PMRAM

Image
KAHERAH, 5 Jun 2012 -- Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) mengucapkan ribuan terima kasih kepada stesen penyiaran televisyen swasta di Malaysia terutamanya TV3 dan TV Al-Hijrah di atas kepercayaan yang telah diberikan kepada PMRAM dalam menjelaskan situasi terkini berhubung keadaan politik Mesir.  Terbaru PMRAM telah dihubungi oleh pihak TV3 bagi mengadakan lintas langsung menerusi rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) yang berlansung pada jam 1.10 pagi tadi (waktu Mesir) atau jam 7.10 pagi (waktu Malaysia). Lintas lansung tersebut diadakan bagi menjelaskan situasi sebenar yang berlaku di Mesir terutama yang melibatkan demonstrasi dan tunjuk perasaan rakyat Mesir. Demonstrasi yang berlaku adalah bagi memprotes keputusan mahkamah yang dikenakan kepada bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak yang dianggap sebagai tidak adil. PMRAM yang diwakili oleh Saudara Abdul Aziz Bin Ali selaku Presiden PMRAM 2012 di dalam lintas lansung tersebut turut menyatakan harapan agar kerjasama a

Hukum Solat Dengan Keadaan Berkasut

Image
Berkasut Solat dalam keadaan berkasut bukan merupakan satu adat kebiasaan bagi umat Islam di Malaysia. Namun, adat kebiasaan sepatutnya tidak dijadikan sebagai hujah untuk kita memutuskan bahawa memakai kasut sambil bersolat tidak disyariatkan oleh Islam. Segala dalil yang berkaitan terutamanya daripada Al-Quran dan As-Sunnah perlu diteliti terlebih dahulu sebelum kita mengambil sebarang keputusan berkaitan perkara ini. Hukumnya sah berdasarkan dalil dari Sahih Muslim pada bab (Rasulullah SAW membenarkan solat berkasut): Rasulullah SAW membenarkan solat dalam keadaan berkasut dan bersandal selama mana ianya tidak bernajis. Dalil yang berkaitan dengan bab ini ialah : 1) Diriwayatkan oleh Adam Bin Abi Iyas berkata dari Syu`bah berkata daripada Abu Maslamah Said Bin Yazid Al-Azyid RA katanya: “Aku pernah bertanya Anas bin Malik adakah Rasulullah SAW pernah bersolat dengan memakai kasut?” Anas menjawab “Ya!” (Hadis riwayat Sahih Bukhari no. 386, Sahih Muslim no. 555 dan

Keunggulan Islam Untuk Kehidupan Masyarakat

Image
Dewasa ini Islam semakin hari semakin diterima dalam kehidupan masyarakat. Ini merupakan satu petanda yang positif bagi pendokong Islam agar meningkatkan lagi kualiti amalan dan penyampaian dakwah agar manusia terus meyakini hanya dengan Islam manusia beroleh gaya hidup terbaik dan sempurna. Pengiktirafan Islam telah dirakamkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran sekaligus memberikan gambaran awal untuk mengaplikasikan Islam dalam seluruh aspek kehidupan seharian. Keunggulan Islam dapat dilihat dengan pelbagai keadaan dan pelaksanaan Islam yang bersifat adil tanpa mengira darjat dan latar belakang kedudukan. Contohnya ibadah solat yang telah diwajibkan kepada kita sama ada di kalangan Muslim di desa dan kota, lelaki mahupun perempuan, kaya ataupun miskin semua wajib melaksanakannya. Kualiti keunggulan Islam memberikan impak besar dalam konteks masyarakat ialah "Amar maaruf nahi mungkar" kerana dengan melaksanakannya bakal menatijahkan kesempurnaan hidup dan dijanji

Berita Gembira Buat Seluruh Mahasiswa Pusat Bahasa Al-Azhar 2011/12

Image
KAHERAH, 29 MEI 2012 -- Kerisauan yang melanda akhirnya terlerai juga. Pengarah Education Malaysia Egypt, Prof. Madya Dr. Hj Su’aidi B. Dato’ Hj Safei telah menyerahkan cek yuran pengajian mahasiswa Malaysia yang mengikuti Kelas Tamhidi Bahasa Arab (Markaz Lughah) di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Cek yuran ini telah diserahkan kepada wakil Markaz tersebut, Ustaz Tuni lebih kurang jam 11 pagi tadi (waktu tempatan) di Pejabat Pentadbiran Pusat Bahasa Universiti Al-Azhar, Hayyu Sadis, Kaherah. Mahasiswa dan mahasiswi yang tidak berjaya dalam Peperiksaan Kelayakan (Imtihan Qabul) ke Universiti Al-Azhar pada sesi 2011/2012 diwajibkan mengikuti Kelas Tamhidi Bahasa Arab selama setahun yang dikendalikan oleh Pusat Bahasa Universiti Al-Azhar , Kaherah. Yuran pengajian perlu dibayar bagi membolehkan para pelajar menduduki peperiksaan yang bakal dijalankan pada bulan Jun hadapan. Beban yuran pengajian yang agak tinggi pada sesi kali ini yang dikenakan oleh pihak pentadbiran Pusat B