Posts

Showing posts from November, 2014

TIPS MEMBUAT KEPUTUSAN..

Image
Roda waktu tak pernah menunggu, ia akan pergi dan terus berlalu. Tiada apa yang ada pada usia melainkan hanyalah detik-detik kehidupan yang semakin berkurang. Pertambahan umur membuatkan manusia semakin matang secara teorinya. Namun adakah perkara itu merupakan suatu realiti secara praktikal? Manusia. Mereka dikurniakan akal. Namun sejauh mana mereka memanfaatkannya? Sejauh mana akal itu digunakan berbanding emosi yang menjadi pilihan? Berbicaranya daku bukan kerana apa, kerana penyakit dalam masyarakat kita semakin melata. Sukar untuk membuat keputusan. Tidak tahu, mana yang benar atau sebaliknya. Segalanya seakan sama. Kebenaran itu kabur, kebatilan pula kelam. Ada bezakah? Membuat keputusan, rumitkan? Banyak perkara yang perlu kita fikirkan. Suatu perkara yang akan jadi penentu. Sama ada matlamat kita untuk membuat sesuatu perkara itu tercapai atau tidak. Perkara yang sangat penting 1. Pastikan bahawa minda anda berada dalam keadaan baik. Perkara pertama

MISI MENCARI CINTA ALLAH : CORETAN BAHNASA

Image
BAHNASA , 8 NOVEMBER 2014(SABTU)- “ Katakanlah: Mengembaralah kamu di muka bumi , serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya; kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat)dalam bentuk kejadian yang baharu . Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu .” (Surah Al-Ankabut). Ayat ini menyeru kepada kita supaya berjalan di atas muka bumi Allah dan memikirkan kejadianNya. Sehubungan dengan itu Unit Sambutan Dan Rehlah (USR) Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) 2014/15 bersama Urusetia Sambutan Mahasiswa Baru(USMB) telah menganjurkan rehlah ke Bahnasa . Rehlah ini bertujuan untuk mengenali dan mengambil ibrah dari perjuangan para shuhada yang berperang di jalan Allah .Berdasarkan catatan sejarah bumi Bahnasa ini adlah tempat bersemadinya 5000 para pejuang yang syahid di jalanNya. Rehlah ini telah disertai oleh 27 orang peserta bersama seorang mushrif. Para peserta terlebih dahulu dibawa

KEMBARA MENELUSURI SEJARAH ANBIYA` & AULIYA` DI KOTA ISKANDARIAH

Image
Firman Allah S.W.T: ( سنريهم اياتنا في الافاق وفي أنفسهم حتى يتبين لهم أنه الحق ) Maksudnya: " Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) kami di segala wilayah bumi dan pada diri mereka sendiri, hingga jelas bagi mereka bahawa Al-Quran itu adalah benar. (Surah Fussilat,ayat 53) Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) dibawah kelolaan Unit Sambutan dan Rehlah (USR) dengan kerjasama Unit Sambutan Mahasiswa/wi Baru (USMB) telah menganjurkan jaulah Iskandariah khusus untuk Mahasiswa/wi baru dan terbuka kepada ahli BKPPPM yang lain. Jaulah ke Iskandariah telah diadakan pada 18 Oktober bagi Ikhwah dan 25 oktober bagi akhawat, seramai 19 orang peserta ikhwah dan 21 peserta akhawat dan diiringi oleh beberapa orang musyrif. Jaulah dimulakan seawal 6.30 pagi bertolak ke Iskandariah dan dibawa oleh musyrif ke destinasi yang masyhur iaitu Mumtazah, Qal'ah dan seterusnya menziarahi maqam para Ulama' dan Auliya' yang terdapat