Posts

Showing posts from October, 2011

Kedai HEWI PMRAM

Image

Seorang lagi pejuang syahid dan cedera dalam serangan zionis di timur Rafah

Image
RAFAH - Serangan terbaru rejim zionis yang dilaporkan pada petang tadi tertumpu di sebuah kawasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Gaza (tidak beroperasi) mengakibatkan seorang pejuang Palestin syahid dan seorang lagi mengalami kecederaan yang kritikal. Situasi serangan, menurut sumber dari agensi berita SAFA bahawa pesawat pengintip zionis tanpa pemandu melepaskan satu serangan peluru misil ke atas sekumpulan pejuang Palestin, lantas mengakibatkan seorang syahid dan seorang lagi mengalami kecederaan kritikal. Sedemikian itu, krew ambulan membawa mangsa yang syahid ke hospital Abu Yusuf An-Najjar di bandar Rafah, kemudian mangsa yang cedera dibawa ke hospital Eropah Gaza berikutan luka yang kritikal. Menukil dari MEDIA PERANG SARAYA AL-QUDS, pejuang yang syahid dikenali Ahmad Ali Jargun, kordinator Unit Pertahanan kepada KATAIB AL-MUQAWAMAH AL-WATANIAH, sayap tentera JABHAH DEMOKRATIAH LI TAHRIR FALESTIN dan pejuang yang kritikal hanya dikenali komander KATAIB AL-MUQAWAMAH

Ekonomi Sistematik Menjana Kesatuan

Image
Pembawaan TEMA HEWI PMRAM pada sesi ini adalah “Kesatuan Ukhuwah Manifestasi Tarbiyah”.Tema tersebut masih diteruskan berdasarkan kajian yang telah dibuat. Kekuatan ekonomi merupakan tunjang dalam sesebuah persatuan. Hal ini amat bertepatan dengan subtopik tema HEWI PMRAM 'Ekonomi Sistematik Menjana Kesatuan'.Apabila tahap ekonomi mantap akan mudahlah sesebuah persatuan untuk bergerak lebih aktif. Oleh itu, dalam merealisasikan hadaf tersebut Unit Ekonomi HEWI PMRAM telah menyusun beberapa pelan tindakan dalam usaha untuk menjayakannya. Diantaranya mempertingkatkan produk-produk jualan PMRAM, mempromosikan barangan PMRAM melalui website, blog dan cawangan-cawangan PMRAM yang ada. Disamping itu, Unit Ekonomi HEWI PMRAM juga mengambil inisiatif dengan membuka gerai jualan barangan PMRAM di program-program mega PMRAM seperti Program Kutub Sittah Siri ke 3 yang sedang berlangsung pada ketika ini, serta mengambil tender bazar dalam setiap program mega PMRAM d

SENJATA KIMIA REGIM GHADAFY DITEMUI!

Image
TRIPOLI - Dewan Peralihan Nasional (NTC) melaporkan pasukan Libya telah menemui senjata kimia regim Moammar Ghadafy. Demikian tersebut, hulu peledak senjata itu dimatikan oleh beberapa pakar senjata. "Senjata-senjata itu berasal daripada era Ghadafy dan kini dalam penjagaan rapi sehingga diambil alih keseluruhannya," kata seorang wakil NTC dalam pertemuan bersama wakil NATO di Qatar. Penemuan tersebut membuktikan bahawa Ghadafy menolak penyerahan senjata pemusnah massal atau weapons of mass destruction (WMD) sekalipun pernah membuat perjanjian yang dinamakan "Deal In The Desert" dengan Tony Blair pada tahun 2004. Blair mengatakan beliau memaksa Ghadafy supaya menghentikan proses WMD, tetapi beliau meneruskannya disebabkan berlaku pemberontakan. Sebaliknya para pemberontak mulai risau Ghadafi akan menggunakan senjata pemusnah itu terhadap mereka. Beberapa tempat baru penyimpanan WMD ditemukan sejak kejatuhan regim Ghadafy yang mana "mengumpulkan peluru berpandu

LIBYA : 267 MAYAT PENGIKUT GHADAFY DITEMUI DI SIRTE

Image
MOSKWA - Menurut Fox News, sebanyak 267 mayat ditemui di perkuburan Massal, Sirte, kota kelahiran dan benteng terakhir bekas presiden Libya, Moammar Ghadafy. Sebahagian besar daripada mereka adalah pengikut setia Ghadafi. Mengikut Fox News daripada sumber Palang merah, temu bual bersama surat khabar online Libya melaporkan, "Dewan Peralihan Nasional (NTC) berjanji untuk menyelidik punca kematian dan menghukum pesalahnya". Perkuburan Massal, Sirte, dan sekitarnya ditemukan sehari selepas Ghadafy dan puteranya, Mutassim dikebumikan di tempat rahsia sekitar gurun Libya. Ghadafy, pemerintah Libya selama 42 tahun, mati setelah ditangkap para pejuang NTC berdekatan pekan Sirte. Pejabat Pembelaan Hak Asasi Manusia PBB, Rusia, dan Amerika Syarikat meminta agar dilakukan penyiasatan terhadap kematian pemimpin Libya yang digulingkan tersebut. Sebelum ini, Ghadafi dikatakan ditangkap ketika masih hidup, kemudiannya mendapat tembakan dari tentera bersenjata yang menyebabkan kematian keti

TAHNIAH DAN TERUSKAN PERJUANGAN

Image
KAHERAH, 29 Okt - Keputusan imtihan qobul bagi mahasiswa baru telah diumumkan beberapa hari yang lalu di Kuliah Ulum Islami setelah hampir tiga minggu berlalunya peperiksaan. Pada tahun ini al-Azhar telah membuat perubahan yang baru dari sudut sistem dan ianya berbeza dari tahun-tahun yang sebelumnya di mana sistem pengurusan pendaftaran yang bersistematik dan keputusan peperiksaan yang dibuat mengikut peringkat. “Semoga mahasiswa baru pada tahun ini diberi semangat dalam mencapai matlamat yang ingin dikecapi dan sentiasa redha dengan ketentuan yang telah ditetapkan. Jadikan kejayaan dan kegagalan sebagai ujian dan cabaran untuk terus maju ke hadapan, ” ujar ketua Unit Pendidikan Dan Komunikasi Bahasa HEWI PMRAM saudari Shazazierra Sharif. Barisan kepimpinan Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) PMRAM 2011 mengucapkan tahniah dan syabas kepada mahasiswa baru yang telah berjaya dalam mtihan qobul baru-baru ini dan kami mengharapkan agar mahasiswa yang masih lagi tidak diberikan peluang pada tah

Majlis Apresiasi Kecemerlangan : Lebih 300 Penyertaan

KAHERAH ,28 Okt - Lebih 300 orang graduan dan mahasiswa cemerlang bakal diraikan pada Majlis Apresiasi Kecemerlangan pada 2 November ini . Penyertaan daripada setiap graduan dan mahasiswa cemerlang daripada pelbagai fakulti pengajian yang berbeza begitu memberangsangkan . Majlis yang berprestij ini adalah untuk menghargai kejayaan mahasiswa Islam sekaligus membuktikan bahawa mahasiswa Mesir juga mampu berdiri setanding dengan mahasiswa tempatan . Oleh kerana demikian , PMRAM mengharapkan kerjasama daripada semua pihak dalam menjayakan program ini yang akan berlangsung selepas Majlis Pembacaan Hadis Kutub Sittah Siri 3. " Bertepatan dengan ucapan dasar Presiden PMRAM ' Kebajikan Akademik ' memberikan gambaran kepada mahasiswa bahawa PMRAM komited dalam menghargai kejayaan mahasiswa sebagai pendorong dan ikon kepada generasi akan datang " ujar Saudara Firdauz bin Noh selaku Pema

Isu Akidah Dan Hudud : Resolusi SMATT

Solidariti Mahasiswa Timur Tengah ( SMATT ) telah mengadakan satu perbincangan khusus ekoran isu semasa yang hangat diperbincangkan di Malaysia iaitu berkaitan isu akidah dan hukum hudud. Hal ini berikutan , isu berkaitan yang diperbincangkan dilihat dari sudut agama bukan dari sudut politik . Justeru , SMATT merasa terpanggil untuk sama-sama berbincang dalam membawa suara Mahasiswa di Timur Tengah berkenaan dengan isu-isu yang berlaku . Secara jelasnya , SMATT yang membawa suara Mahasiswa di Timur Tengah merasa amat bimbang dengan kajian yang dilaporkan berikutan Mahkamah Syariah menerima 863 kes permohonan menukar status agama Islam dari tahun 2000 sehingga 2010. Ia menunjukkan betapa rapuhnya akidah masyarakat Islam di Malaysia apabila kes yang dilaporkan begitu banyak . Selain itu , berkaitan isu hudud , SMATT meminta agar semua pihak tidak menjadikan isu hudud dari sudut politik bahkan ia