Seorang lagi pejuang syahid dan cedera dalam serangan zionis di timur Rafah

RAFAH - Serangan terbaru rejim zionis yang dilaporkan pada petang tadi tertumpu di sebuah kawasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Gaza(tidak beroperasi) mengakibatkan seorang pejuang Palestin syahid dan seorang lagi mengalami kecederaan yang kritikal.

Situasi serangan, menurut sumber dari agensi berita SAFA bahawa pesawat pengintip zionis tanpa pemandu melepaskan satu serangan peluru misil ke atas sekumpulan pejuang Palestin, lantas mengakibatkan seorang syahid dan seorang lagi mengalami kecederaan kritikal. Sedemikian itu, krew ambulan membawa mangsa yang syahid ke hospital Abu Yusuf An-Najjar di bandar Rafah, kemudian mangsa yang cedera dibawa ke hospital Eropah Gaza berikutan luka yang kritikal.

Menukil dari MEDIA PERANG SARAYA AL-QUDS, pejuang yang syahid dikenali Ahmad Ali Jargun, kordinator Unit Pertahanan kepada KATAIB AL-MUQAWAMAH AL-WATANIAH, sayap tentera JABHAH DEMOKRATIAH LI TAHRIR FALESTIN dan pejuang yang kritikal hanya dikenali komander KATAIB AL-MUQAWAMAH AL-WATANIAH.

Berikutan serangan zionis di hujung sebelah selatan Semenanjung Gaza ini, jumlah penduduk Palestin yang syahid sejak tengahari semalam meningkat kepada 10 syuhadak. Manakala seramai 7 penduduk Palestin mengalami kecederaan, di antaranya seorang remaja perempuan berusia 15 tahun.

Tambahan dari berita AL-JAZEERAH, serangan dari pesawat pengintip zionis tanpa pemandu yang mengakibatkan seorang syahid dan seorang cedera jelas melanggar gencatan senjata yang telah tercapai antara sayap-sayap tentera Palestin dengan Israel pada pagi tadi, dengan perantaraan pihak Mesir.

Sumber Palestin berkata, sayap-sayap tentera Palestin tidak mahu mengikut adakan gencatan(tenang) dengan Israel, dan Israel yang meminta pihak Mesir menjadi perantaraan agar tercapai gencatan senjata. Maka, pihak Mesir turut meminta bantuan Kerajaan Palestin di Semenanjung Gaza supaya gencatan tercapai antara sayap-sayap tentera dengan Israel.

Sumber : map2street.blogspot.com

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL