Posts

Showing posts from February, 2020

LAPORAN HARI KELUARGA BKPPPM | OLYMPIC '20

Image
LAPORAN HARI KELUARGA 2020 BKPPPM (OLYMPIC`20)   16 FEBUARI 2020, KAHERAH –  Program Hari Keluarga yang diberi nama Our Lovely Family in Precious Moments (OLYMPIC’20) telah berlangsung dengan jayanya selama enam hari bermula daripada 11 Februari 2020 sehingga 16 Februari 2020 dengan bertemakan When there is UNITY, There is always VICTORY bertempat di Asrama Pulau Pinang, Hayyu Sabiek, Kaherah.    Objektif program ini adalah untuk menghimpunkan seluruh ahli BKPPPM di Mesir, mengeratkan hubungan silaturrahim dan ukhwah antara ahli pengajian Islam dan sains perubatan serta membina kasih kekeluargaan dalam kalangan ahli BKPPPM.        OLYMPIC`20 telah membuka tirainya dengan pengisian menarik iaitu daurah Kitab Makhzan Al-Jawahir Fi Solatil Musafir yang disampaikan oleh Ustaz Abdullah Bin Hussin, Fasilitator Keluarga Pelajar-Pelajar Kelantan Mesir (KPKM) 2019/2020. Daurah ini berlansung selama tiga hari bermula dari 11 Februari sehingga 13 Februari 2020. Sete

MINDA PIMPINAN | VALENTINE'S DAY BUKAN BUDAYA ISLAM

Image
بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته  الْحَمْدُ لله رَبِّ الْعَالَمِيْنَ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ الْأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى أله وَأَصْحَابِهِ, وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ، أَمَّا بَعْدُ Segala puji bagi Allah, doa dan keselamatan semoga terlimpah keatas nabi dan rasul , juga  atas keluarga dan para sahabat, serta kepada yang mengikuti mereka dalam kebenaran sampai hari kiamat. Firman Allah SWT : وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا ۖ إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا Dan janganlah kamu mendekati zina ,(zina) itu sungguh suatu perbuatan keji, dan suatu jalan yang buruk.  [Al-Isra' : 32] Darsawarsa ini kita lihat, budaya menyambut Hari Kekasih atau lebih dikenali sebagai  Valentine's Day  ini kebiasaannya disambut pada tarikh  14 Februari  semakin rancak dinormalisasikan dalam masyarakat kita khususnya kepada golongan belia. Restoran-restoran dan pusat-pusat membeli belah

Isu Semasa | THE DEAL OF THE CENTURY (TATKALA PENJAJAH MEMBULI DAN UMMAH MENYEPI)

Image
1. LATAR BELAKANG The Deal of The Century adalah ‘pelan damai’ yang bercita-cita menyelesaikan isu Palestin – Israel di Timur Tengah. Ia diusahakan oleh Jared Kushner, menantu dan penasihat Trump; David Friedman, duta US ke Israel dan Jason Greenblatt sebagai ketua perunding. Desas-desus tentangnya telah lama kedengaran, tetapi inti patinya dirahsiakan sehinggalah juzuk daripadanya didedahkan pada tahun lepas apabila Kushner membentangkan aspek ekonomi dalam pelan ini, dalam bengkel yang disebut sebagai Bahrain Workshop di Bahrain. Pihak Palestin, walaupun merupakan pemegang taruh terbesar, tidak pernah diajak berbincang mengenai pelan ini, malah tidak dilibatkan dalam sebarang pengumuman samada di Bahrain tahun lepas, atau pembentangan oleh Trump di Rumah Putih semalam. 2. MENGAPA SEKARANG? Walaupun telah direncana sekian lama, US mempunyai beberapa sebab pelan ini diumumkan semalam. Pertamanya pihak Israel dalam perpecahan dalaman yang berlaku, gagal membentuk kerajaan b