Posts

Showing posts from October, 2017

LAPORAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN BKPPPM KALI KE-40

Image
LAPORAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN BKPPPM KALI KE-40 KAHERAH, 19 OKTOBER 2017 - Bertempat di Dewan Soleh al-Masri, Hayyu Sabi’e, Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) kali ke-40 telah berlangsung dengan jayanya bertemakan “Syura Diaplikasi Kepimpinan Dirahmati”. Majlis perasmian bermula pada jam 8.00 malam dengan ucapan pembukaan oleh pengerusi umum iaitu Saudara Muhammad Arif Bin Muazmmil. Seterusnya, majlis diserikan dengan bacaan ayat suci al-Quran daripada pelajar pengajian Maahad Qiraat Shoubro saudara Muhammad Nor Saleh Bin M F Rahimi . Majlis diteruskan dengan ucapan Pengarah Program MAT BKPPPM kali ke-40, Ustaz Muhammad Hafizuddin Bin Mat Nasir, Yang Dipertua BKPPPM Ustaz Ahmad Fariz Bin Mohd Zaini dan majlis dirasmikan dengan ucapan Perasmi Program Mat kali ke-40 oleh Dr. Muhamad Iman Bin Fadzil. Dalam ucapan perasmi beliau ada mengatakan bahawa keberlangsungan BKPPPM selama 40 tahun ini memerlukan sokongan daripad

Anak-Anak Remaja Bermasalah, Salah Siapa ???

Image
Anak-Anak Remaja Bermasalah, Salah Siapa ??? Fenomena dalam kehidupan hari ini tidak lekang daripada menceritakan tentang isu remaja yang bersikap sangat liar. Remaja kini dihimpit dengan pelbagai gejala negatif. Gejala negatif yang wujud dalam diri para remaja semakin hari semakin liar bagaikan ketiadaan ketamadunan dalam diri. Bila bercakap mengenai isu kerosakkan moral remaja,banyak pihak saling tunding-menunding salah-menyalah antara satu sama lain. Persoalannya sekarang, siapakah yang patut dipersalahkan secara total ? Gejala sosial merupakan satu amalan tidak sihat yang sering dikaitkan dengan remaja pada masa kini. Gejala atau masalah yang ketara yang dapat kita lihat dalam masyarakat kita pada hari ini adalah seperti masalah atau gejala samseng atau gangsterisme, seks bebas, pembuangan bayi, merempit atau lumba haram, penyalahgunaan dadah, minum arak dan ponteng sekolah.  Gejala-gejala seperti ini dapat mendorong seseorang remaja terjebak ke lembah yang boleh mer

Untuk Mu Islam Yang Ku Cintai

Image
Untuk Mu Islam Yang Ku Cintai Daripada Ali Bin Abi Talib r.a berkata, telah bersabda Rasulullah SAW : "Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya dan tidak tinggal lagi daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid tersergam indah tetapi ia kosong dari Hidayah.Ulama-ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah naungan langit. Daripada mereka berpuncanya fitnah dan kepada mereka fitnah ini akan kembali “. Hadis Riwayat Al Baihaqi Dunia semakin tenat, saban hari ada sahaja cerita tentang bencana alam, pembunuhan, pepecahan daripada peperangan dan maksiat yang makin bermaharaja lela.Dunia semakin tenat dan tidak mampu untuk menanggung akan segala derita. Fitnah semakin menjadi-jadi, kekejaman semakin berleluasa dan segala-galanya menjadi semakin tenat Bila difikir kenapa perkara ini berlaku? Kerana kita memang sudah di akhir zaman... Manusia yang bergelar islam semakin