Artikel Terkini :
Home » , , , » Anak-Anak Remaja Bermasalah, Salah Siapa ???

Anak-Anak Remaja Bermasalah, Salah Siapa ???


Anak-Anak Remaja Bermasalah, Salah Siapa ???

Fenomena dalam kehidupan hari ini tidak lekang daripada menceritakan tentang isu remaja yang bersikap sangat liar. Remaja kini dihimpit dengan pelbagai gejala negatif. Gejala negatif yang wujud dalam diri para remaja semakin hari semakin liar bagaikan ketiadaan ketamadunan dalam diri. Bila bercakap mengenai isu kerosakkan moral remaja,banyak pihak saling tunding-menunding salah-menyalah antara satu sama lain. Persoalannya sekarang, siapakah yang patut dipersalahkan secara total ?

Gejala sosial merupakan satu amalan tidak sihat yang sering dikaitkan dengan remaja pada masa kini. Gejala atau masalah yang ketara yang dapat kita lihat dalam masyarakat kita pada hari ini adalah seperti masalah atau gejala samseng atau gangsterisme, seks bebas, pembuangan bayi, merempit atau lumba haram, penyalahgunaan dadah, minum arak dan ponteng sekolah. 

Gejala-gejala seperti ini dapat mendorong seseorang remaja terjebak ke lembah yang boleh merugikan diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Seringkali kita dengar berbagai-bagai berita buruk yang sering disiarkan dikaca televisyen, di corong-corong radio mengenai masalah ini terutamanya kes pembuangan bayi, kes gangster (buli), dadah, ponteng sekolah dan lain-lain lagi. 

Zaman remaja merupakan zaman yang sangat menyeronokkan bagi setiap individu. Pada zaman remaja, seseorang individu sudah semestinya ingin mencuba pelbagai benda dalam kehidupan mereka. 

Kehidupan zaman remaja seolah-olah memberikan kebebasan yang sepenuhnya untuk melakukan pelbagai perkara tanpa berfikir panjang terlebih dahulu. Oleh sebab itu, tidak mustahil seseorang remaja boleh terjebak ke lembah gejala sosial yang tidak sihat ini. 
    
Secara kesimpulannya, kita semua haruslah bertindak dengan lebih pantas dan tuntas dalam menangani masalah gejala sosial ini agar tidak terus merebak menjadi lebih parah lagi. Pelbagai langkah boleh diambil dan dilaksanakan, tetapi apa yang lebih penting ibu bapa mestilah memainkan peranan dan tanggungjawab dalam mengatasi masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja. 

Dengan kata lain, walauapapun langkah yang diambil oleh mana-mana pihak, tanpa kerjasama daripada ibu bapa, nescaya gejala ini sukar diatasi. Seseorang individu (remaja) mestilah memikirkan terlebih dahulu apa yang hendak dilakukan dan kesan yang bakal mereka hadapi agar tidak menyesal dikemudian hari. 

Masalah sosial haruslah dipandang serius oleh semua pihak kerana para remaja merupakan aset yang penting untuk pembangunan negara pada masa yang akan datang. Justeru, semua pihak mestilah memainkan peranan dan bertanggungjawab untuk menangani masalah sosial supaya para remaja tidak terjerumus dalam gejala sosial tersebut. 

Sekirannya negara bebas daripada segala gejala sosial ini maka, negara dapat melahirkan generasi yang bersih daripada segala masalah dan generasi yang dilahirkan ini dapat menerajui negara kita ke arah yang bertepatan dengan syarak serta dapat membentuk sebuah negara yang aman, damai dan harmoni. 

Selain itu, kehidupan seharian dapat dijalankan tanpa ada sedikit perasaan risau atau bimbang dengan masalah-masalah yang akan berlaku. Oleh itu, semua pihak perlu berganding bahu tanpa menunding jari kepada satu pihak sahaja untuk menangani masalah gejala sosial ini. Muafakat bersama akhirnya akan membawa berkat dalam kehidupan kita.


"Adalah tugas kita untuk membina generasi muda, karena masa depan kita akan di urus oleh mereka"

Akhir kata, jangan biarkan remaja hari ini dicorakkan dengan selain acuan Islam kerana yang demikian tidak lain hanyalah akan membina sebuah generasi yang akan memusuhi Islam seterusnya menguntungkan pihak musuh yang sentiasa berhati busuk dengan Islam.

Firman Allah SWT :

(وَاتَّقُوا فِتْنَةً لَا تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْكُمْ خَاصَّةً ۖ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ)
Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya. [Surat Al-Anfal 25]  


Disediakan Oleh :
Nur Syaziela Anis binti Muhamad Fauzi
Timbalan Lajnah Ekonomi BKPPPM sesi 2016/2017



"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"
"Ribat Ukhuwah Teguh Wehdah"
"Rabbani Thaqafi Khairi"

Share this article :

0 comments:

LAMAN RASMI PMRAM

Sejarah BKPPPM

ARTIKEL POPULAR

CHAT BOX

 
LAMAN RASMI : BLOG | FACEBOOK |
Dikuasakan Oleh Blogger
Hakcipta Terpelihara © 1433H / 2012. Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir - All Rights Reserved
Reka Bentuk Blog Oleh Lisanul Hakim I Seliaan Sepenuhnya I Unit Blog Di Bawah Unit Penerangan Dan Penerbitan BKPPPM