Posts

Showing posts from November, 2020

ARTIKEL BIAH SOLEHAH | PEMBENTUKAN FIKRAH DAN SAHSIAH

Image
  ARTIKEL UNIT BIAH SOLEHAH  PEMBENTUKAN FIKRAH DAN SAHSIAH Tajuk : Kefahaman Fikrah Dan Sahsiah Imam Hassan Al-Banna telah menegaskan : "Pembentukan suatu ummah, pendidikan suatu bangsa, pencapaian cita-cita dan pendukungan prinsip memerlukan kekuatan jiwa yang besar dari ummah atau bangsa yang ingin mencapai cita-citanya itu. Kekuatan jiwa yang terjelma dalam kemahuan yang kuat dan tak mengenal lemah, kesetiaan yang terpadu, tak mudah terpengaruh, dan tak kenal uzur; memiliki pengorbanan yang tinggi yang tak terhalang oleh perasaan tamak; mengenal serta mengimani dan memandang tinggi terhadap prinsip perjuangan sehingga seseorang dapat memelihara diri dari penyelewengan atau terpedaya oleh prinsip-prinsip lain". Beliau menjelaskan bahawa pembinaan sahsiah dan fikrah ini adalah merupakan titik permulaan dalam dakwah seterusnya yang menjadi batu-bata dalam pembinaan masyarakat umat islam. Itulah matlamat kita selaku hamba yang mengucapkan dua kalimah syahadah. Oleh kerana itu

KEBANGKITAN EMPAYAR ISLAM SETELAH KEWAFATAN RASULULLAH S.A.W.

Image
    KEBANGKITAN EMPAYAR ISLAM SETELAH KEWAFATAN RASULULLAH S.A.W.        Madinah merupakan negara Islam pertama yang didirikan oleh Rasulullah s.a.w serta para sahabat dari Muhajirin dan Ansar. Rasulullah s.a.w telah berjaya mewujudkan tamadun yang terbaik dan aman damai dalam sejarah manusia. Atas kepimpinan Rasulullah s.a.w dan juga para sahabat, negara tersebut kian kuat dan semakin digeruni oleh anasir-anasir yang cuba mengancam umat Islam terutamanya daripada golongan Musyrikin.       Setelah kewafatan Rasulullah s.a.w, berlaku kekecohan mengenai pelantikan pemimpin selepas Baginda wafat di Bani Saadah. Hal ini menimbulkan perselisihan diantara mereka. Akhirnya setelah disepakati, sahabat Baginda iaitu Saidina Abu Bakar Al Siddiq dilantik menjadi khalifah yang pertama.       Selepas itu, bermulalah episod perjuangan para sahabat Nabi s.a.w dalam mempertahankan Islam serta memerangi dua kuasa besar iaitu Rom dan Parsi. Saidina Abu Bakar Al Siddiq juga memerangi golongan murtad

ARTIKEL UNIT BIAH SOLEHAH | MEMBUDAYAKAN ETIKA PERGAULAN SYARIE ( SIRI 2 )

Image
  ARTIKEL UNIT BIAH SOLEHAH  MEMBUDAYAKAN ETIKA PERGAULAN SYARIE  ( SIRI 2 )  Tajuk : Kesan Negatif Berikhtilat Pergaulan di antara lelaki dan perempuan yang tidak terkawal akan mendatangkan banyak kesan buruk kepada masyarakat. Contoh yang jelas dapat dilihat dalam masyarakat barat yang rata-rata mengamalkan pergaulan bebas. Sungguhpun dari aspek kebendaan mereka agak terkehadapan, namun dari aspek kerohanian dan akhlak mereka jauh ketinggalan di belakang.  Antara kesan buruk daripada pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan ialah:  1) Keruntuhan akhlak Salah seorang Presiden Amerika Syarikat pernah mengeluarkan kenyataan akhbar pada tahun 1962 yang menyatakan bahawa para pemuda di negaranya telah rosak, tenggelam dalam kerosakan. Di antara tujuh orang pemuda yang ingin menyertai tentera, terdapat enam orang yang tidak layak disebabkan mereka leka dalam keseronokan seks.   Sabda Rasulullah SAW :  إنما بعثت لأتمم مكارم الأخلاق “Sesungguhya Aku (Rasulullah) diutuskan untuk menyem