Posts

Showing posts with the label DAKWAH

Tinggalan Azhari : Bahagia Itu Berjaya

Image
BAHAGIA ITU BERJAYA Setiap dari jiwa manusia tidak pernah lari daripada meminta nafas bahagia. Suatu perasaan semulajadi atau fitrah bagi semua lapisan umur dalam setiap abad bagi menentukan kualiti hidup dengan membina bahagia, dan tidak kurang juga dalam menyebarkannya. Perasaan ini tentunya ingin dimiliki bagi mereka yang berfikiran normal dan tidak mudah berputus asa dalam rentak kehidupan dunia, akan tetapi apakah kebahagiaan sebenar yang berjaya digapai oleh seorang yang bergelar AZHARI? Kalimat Bahagia itu sendiri sudah menggambarkan satu ungkapan yang tenang dan harmoni dalam ruang fikiran dan jiwa manusia. Bahagia mempunyai definisi tersendiri iaitu suasana senang dan aman serta gembira. Bahagia juga membawa maksud beruntung, kesenangan hidup, kemujuran dan kelestarian. Kebahagian yang dikecapi oleh seseorang manusia adalah bermula sejak dari kecil, alam dewasa seterusnya hingga ke usia tua kehidupan seseorang individu. Justeru, antara rahsia sesebuah kebahagiaa...

JAUHI SIFAT GHURUR

Image
JAUHI SIFAT GHURUR (TERPEDAYA) الَّذِينَ يَجْتَنِبُونَ كَبَائِرَ الْإِثْمِ وَالْفَوَاحِشَ إِلَّا اللَّمَمَ ۚ إِنَّ رَبَّكَ وَاسِعُ الْمَغْفِرَةِ ۚ هُوَ أَعْلَمُ بِكُمْ إِذْ أَنْشَأَكُمْ مِنَ الْأَرْضِ وَإِذْ أَنْتُمْ أَجِنَّةٌ فِي بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ ۖ فَلَا تُزَكُّوا أَنْفُسَكُمْ ۖ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنِ اتَّقَىٰ   (Yaitu orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan keji yang selaian dari kesalahan kecil. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah luas ampunan-Nya. Dan dia lebih mengetahui keadaanmu, saat Dia menjadikan engkau dari tanah dan saat engkau masih janin dalam perut ibumu, maka tidak bolehlah engkau mengatakan dirimu suci. Dialah yang maha mengetahui keadaan orang yang bertaqwa. (Qs. An-Najm[53]: 32) Jangan kita merasa paling benar dan paling sunah sehingga di luar golongan kita sebut akli bid'ah . Janganlah kita menganggap diri kita suci, membersihkan dan paling benar, kerena hakikat diri kita berada dalam ilmu Allah SWT.  Janganlah kita ...

Minda Pimpinan | Biah Solehah Membentuk Peribadi Muslim Sejati

Image
بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته الْحَمْدُ لله رَبِّ الْعَالَمِيْنَ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ الْأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى أله وَأَصْحَابِهِ، وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ، أَمَّا بَعْدُ Segala puji bagi Allah, doa dan keselamatan semoga terlimpah keatas nabi dan rasul , juga  atas keluarga dan para sahabat, serta kepada yang mengikuti mereka dalam kebenaran sampai hari kiamat. Firman Allah S.W.T : وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ ۚ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ Maksudnya : "Hendaklah ada dikalangan kamu satu umat yang menyeru kepada kebaikan, yang menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada kemungkaran dan itulah orang-orang yang berjaya." (Surah Ali-Imran : 104) Sesungguhnya amalan yang amat mulia adalah beramal soleh, saling berpesan-pesan kepada kebaikan dan kesabaran, itulah gol...

Islam Dan Muzik : Apa Kata Ulama'?

Image
Mukadimah Islam merupakan sebuah agama pertengahan yang amat menekankan aspek spiritualiti dan pembangunan rohani, tapi pada masa sama turut membenarkan penganutnya berhibur dan berseronok, selagi mana ia tidak melampaui batas-batas syarak. Keinginan untuk berhibur dan kecintaan kepada kecantikan serta keindahan merupakan fitrah insani yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. kepada hamba-hambaNya. Terdapat satu hadith berkenaan salah seorang sahabat Rasulullah S.A.W. bernama Hanzalah R.A. yang merasa takut dirinya telah menjadi munafiq, kerana beliau merasa lalai daripada mengingati Allah S.W.T. dengan berhibur bersama keluarga beliau, setelah sebelumnya bermuhasabah dalam majlis bersama Nabi S.A.W. Baginda bersabda: يَا حَنْظَلَةُ سَاعَةً وَسَاعَةً وَلَوْ كَانَتْ تَكُونُ قُلُوبُكُمْ كَمَا تَكُونُ عِنْدَ الذِّكْرِ لَصَافَحَتْكُمُ الْمَلاَئِكَةُ حَتَّى تُسَلِّمَ عَلَيْكُمْ فِي الطُّرُقِ Maksudnya :  Wahai Hanzalah! Ada masa untuk urusan keduniaan, ada masa untuk beriba...