Posts

Showing posts from June, 2017

Erti sebenar Ramadhan dan Aidil Fitri

Image
Puasa adalah ujian. Bukan sekadar ujian jasmani seperti menahan lapar dan dahaga dan perkara-perkara yang membatalkannya. Ia juga ujian rohani. Bagaimana menahan sabar, bagaimana menahan marah, bagaimana menahan diri untuk perkara-perkara yang amat disukai oleh nafsu seperti mengumpat dan mendengar umpatan, bagaimana mengekalkan rasa syukur dan redha dengan apa yang ada, bagaimana untuk tidak membazir dengan pembelian yang tidak perlu. Apatah lagi pada musim perayaan ini, berbagai-bagai tawaran disediakan. من قام رمضان إيمانا وإحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه ".. Barangsiapa yang membangunkan yakni qiyam pada bulan Ramadan dengan keimanan dan pengharapan ganjaran Allah SWT akan diampunkan dosanya terdahulu.. " Kita sedang berada di penghujung Ramadan pada kali ini. Peluang 10 malam terakhir Ramadan yang memiliki banyak kelebihan dan janji ganjaran habuan yang amat istimewa daripada Allah khasnya satu malamnya terdapat Lailatul Qadar iaitu malam seribu bulan past

Indahnya Malam Lailatul Qadar

Image
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته، بسم الله الرحمن الرحيم، الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبيآء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين، قال رب اشرح لي صدري ويسر لي أمري واحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي.. أما بعد      Hari ini adalah hari ke dua puluh bulan Ramadhan 1438 H. Di mana malam tadi bermulanya sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.      Sahabat dan sahabiah yang dirahmati Allah, kali ini saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang saya dapat serba sedikit berkaitan Indahnya Malam Lailatul Qadar. Semoga bermanfaat dan dapat kita meraihnya demi mengharap redha dan cinta-Nya. Amiin..      Sayangnya, kita banyak disibukkan dengan persiapan lebaran. Saf-saf di masjid pun semakin lama semakin surut kerana segelintir daripada kita berbondong-bondong pergi ke mall , pasar, pusat perbelanjaan, membeli berbagai kelengkapan untuk menyambut hari raya yang bakal tiba tidak lama lagi. Masih ada diantara kita yang terleka dengan dunia "rayanya" walhal mereka lupa denga

SEJARAH PENURUNAN AL-QURAN (NUZUL AL-QURAN)

Image
Menyingkap Sejarah Peristiwa Penurunan Al-Quran (Nuzul Al-Quran)    بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ السلام عليكم ورحمة الله وبركاته       Allah SWT telah menurunkan al-Quran sebagai satu mukjizat terbesar yang membuktikan kerasulan Nabi Muhammad SAW dan kewujudan Allah SWT dengan segala sifat-sifat kesempurnaannya. Membaca al-Quran serta menghayati dan mengamalkannya adalah satu ibadat sunnah. Maka peristiwa Nuzul al-Quran memberi makna terlalu besar kepada umat Islam dan kehidupan Nabi SAW khasnya.         Ayat al-Quran diturunkan Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Malaikat Jibril secara berperingkat-peringkat hingga menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Al-Quran dinukilkan kepada kita secara mutawatir, pasti dan qat’i serta ditulis mashaf yang hari ini lebih dikenali sebagai mashaf ‘Uthmani. Adalah wajar bagi umat Islam mengkaji sejarah al-Quran dan perkara yang berkaitan dengannya.   NUZ

Puasa Ramadhan

Image
Puasa Ramadhan merupakan puasa yang diwajibkan bagi umat muslim di seluruh dunia untuk melaksanakannya. Puasa Ramadhan dalam perjalanan sejarahnya cukup menarik jika dikaji lebih mendalam. Berbagai pertanyaan mungkin saja pernah terlintas di benak anda tentang bilakah ibadah Puasa Ramadhan mula disyariatkan? Bagaimana puasa yang dilakukan umat islam pertama kali? Apa yang membezakan puasa islam dengan agama ahli kitab? Atau mungkin pertanyaan lain yang berkenaan dengan puasa, berikut penjelasannya. Sejarah Puasa Ramadhan pertama kali disyariatkan : Puasa Ramadhan mula disyariatkan pada tanggal 10 Sya`ban tahun kedua Hijrah satu setengah tahun setelah umat islam berhijrah dari Mekah ke Madinah, setelah umat islam diperintahkan untuk memindahkan kiblatnya dari masjid Al- Aqsa ke Masjidil Haram. Perintah puasa ramadhan ini didasari dengan firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 183. Daripada ayat tersebut dapat difahami bahawa puasa telah dilakukan sebelum masa kerasul