Posts

Showing posts from July, 2019

Kemerdekaan Yang Hakiki

Image
Saban tahun Malaysia tidak pernah gagal memperingati bulan ke­merdekaannya. Tarikh 31hb Ogos 1957 dianggap sebagai tarikh keramat dan menjadi hari kebesaran negara kerana ia mengingatkan detik ke­merdekaan tanah air setelah lebih 400 tahun dijajah oleh pelbagai bangsa dan yang terakhirnya adalah British. Walaupun ramai yang mendakwa bahawa negara telah mencapai kemerdekaan, tetapi apakah kita mencapai erti merdeka yang sebenarnya? Di Sebalik Perhambaan Definisi merdeka ialah bebas daripada penjajahan, kurungan, naungan dan lain-lain. Merdeka juga membawa maksud tidak bergantung pada yang lain iaitu berdiri dengan sendiri. [1]   Kemerdekaan bagi sesebuah negara pula bermaksud ia bebas daripada penjajahan fizikal dan kawalan kuasa lain. Negara yang merdeka adalah negara yang bebas mem­buat keputusan dan menentukan hala tuju samada dari aspek struktur pemerintahan, ekonomi, pendidikan dan sosial budaya. Kemerdekaan bagi seseorang individu pula bermaksud dirinya tidak dikuasa

LAPORAN RELAX'S 19 (REHLAH SOIFIYAH)

Image
LAPORAN RELAX’S 19(REHLAH SOIFIYAH) JULAI 2019 - Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir di bawah Unit Sambutan dan Rehlah telah menganjurkan jaulah yang diberi nama RELAX’S 19 (Rehlah Soifiyah Matrouh dan Siwa). Akhawat pada tarikh 11 Julai hingga 14 Julai 2019, dan ikhwah pada tarikh 17 Julai hingga 20 Julai 2019. Jaulah ini dianjurkan bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah dikalangan ahli BKPPPM. Selain, ahli-ahli dapat mengambil ibrah daripada sejarah yang terdahulu. RELAX’S 19 (akhawat) telah disertai oleh 53 akhawat BKPPPM, 7 musyrif dan diiringi satu pasangan mutazawwijin bersama 4 orang cahaya mata. RELAX’S 19 (ikhwah) telah disertai oleh 66 ikhwah peserta termasuk musyrif. RELAX’S 19 bermula sekitar jam 2.45 pagi bertarikh 12 Julai 2019 (akhawat) dan 17 Julai 2019 (Ikhwah). Seusai peserta-peserta menaiki bas, doa menaiki kenderaan dibaca oleh Ustaz. Sekitar jam 4.45 pagi, Peserta RELAX’S 19 berhenti di perhentian untuk memberi laluan kepada peserta menunaikan solat su

Minda Pimpinan | Biah Solehah Membentuk Peribadi Muslim Sejati

Image
بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته الْحَمْدُ لله رَبِّ الْعَالَمِيْنَ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ الْأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى أله وَأَصْحَابِهِ، وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ، أَمَّا بَعْدُ Segala puji bagi Allah, doa dan keselamatan semoga terlimpah keatas nabi dan rasul , juga  atas keluarga dan para sahabat, serta kepada yang mengikuti mereka dalam kebenaran sampai hari kiamat. Firman Allah S.W.T : وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ ۚ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ Maksudnya : "Hendaklah ada dikalangan kamu satu umat yang menyeru kepada kebaikan, yang menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada kemungkaran dan itulah orang-orang yang berjaya." (Surah Ali-Imran : 104) Sesungguhnya amalan yang amat mulia adalah beramal soleh, saling berpesan-pesan kepada kebaikan dan kesabaran, itulah gol

LAPORAN LAWATAN USMB 19’ KE SEKITAR KAHERAH

Image
LAPORAN LAWATAN USMB 19’ KE SEKITAR KAHERAH Mafhum Firman Allah S.W.T: “Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan, maka berjalanlah merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah rezeki yang dikurniakan Allah, dan kepada Allah jualah (kamu) dibangkitkan hidup semula (15).” (Surah Al-Mulk : 15) Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) telah menganjurkan Jaulah (lawatan) sekitar Kaherah khusus buat Mahasiswa/wi baru yang dikelola oleh Unit Sambutan dan Rehlah (USR) dengan kerjasama Unit Sambutan Mahasiswa/wi Baru (USMB 19’) BKPPPM. Lawatan tersebut berlaku pada hari Sabtu, 22 Mei 2019 siswa dan siswi pada 29 Mei 2019 dengan bilangan peserta disebelah mahasiswi seramai 26 orang  bersama 6 orang pengiring perempuan. Manakala, peserta mahasiswa seramai 42 orang berserta 2 orang pengiring lelaki. Perjalanan lawatan bermula seawal jam 8.00 pagi dengan menaiki sebuah van dan  3 buah coaster. Rombongan peserta dibawa menziarahi dan melawat beberapa tempat

Islam Dan Muzik : Apa Kata Ulama'?

Image
Mukadimah Islam merupakan sebuah agama pertengahan yang amat menekankan aspek spiritualiti dan pembangunan rohani, tapi pada masa sama turut membenarkan penganutnya berhibur dan berseronok, selagi mana ia tidak melampaui batas-batas syarak. Keinginan untuk berhibur dan kecintaan kepada kecantikan serta keindahan merupakan fitrah insani yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. kepada hamba-hambaNya. Terdapat satu hadith berkenaan salah seorang sahabat Rasulullah S.A.W. bernama Hanzalah R.A. yang merasa takut dirinya telah menjadi munafiq, kerana beliau merasa lalai daripada mengingati Allah S.W.T. dengan berhibur bersama keluarga beliau, setelah sebelumnya bermuhasabah dalam majlis bersama Nabi S.A.W. Baginda bersabda: يَا حَنْظَلَةُ سَاعَةً وَسَاعَةً وَلَوْ كَانَتْ تَكُونُ قُلُوبُكُمْ كَمَا تَكُونُ عِنْدَ الذِّكْرِ لَصَافَحَتْكُمُ الْمَلاَئِكَةُ حَتَّى تُسَلِّمَ عَلَيْكُمْ فِي الطُّرُقِ Maksudnya :  Wahai Hanzalah! Ada masa untuk urusan keduniaan, ada masa untuk beribadah.