Kemerdekaan Yang Hakiki




Saban tahun Malaysia tidak pernah gagal memperingati bulan ke­merdekaannya. Tarikh 31hb Ogos 1957 dianggap sebagai tarikh keramat dan menjadi hari kebesaran negara kerana ia mengingatkan detik ke­merdekaan tanah air setelah lebih 400 tahun dijajah oleh pelbagai bangsa dan yang terakhirnya adalah British. Walaupun ramai yang mendakwa bahawa negara telah mencapai kemerdekaan, tetapi apakah kita mencapai erti merdeka yang sebenarnya?

Di Sebalik Perhambaan

Definisi merdeka ialah bebas daripada penjajahan, kurungan, naungan dan lain-lain. Merdeka juga membawa maksud tidak bergantung pada yang lain iaitu berdiri dengan sendiri. [1]
 
Kemerdekaan bagi sesebuah negara pula bermaksud ia bebas daripada penjajahan fizikal dan kawalan kuasa lain. Negara yang merdeka adalah negara yang bebas mem­buat keputusan dan menentukan hala tuju samada dari aspek struktur pemerintahan, ekonomi, pendidikan dan sosial budaya. Kemerdekaan bagi seseorang individu pula bermaksud dirinya tidak dikuasai dan dimiliki oleh sesiapa dan bebas daripada sebarang bentuk belenggu per­hambaan serta bebas membuat keputusan sendiri di dalam menentukan hala tuju hidupnya. Walaupun diberi hak kebebasan, namun sebahagian besar masih tidak menyedari bahawa mereka masih dikongkong dan dibelenggu ketaasuban kepada manusia lain dan doktrin asing yang menyebabkan seseorang itu tidak sedar hala tuju hidupnya telah dipengaruhi dan ditentukan oleh pihak lain. Hal ini sebagaimana firman Allah SWT:

اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ وَالْمَسِيحَ ابْنَ مَرْيَمَ وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا إِلَٰهًا وَاحِدًا ۖ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۚ سُبْحَانَهُ عَمَّا يُشْرِكُونَ

Referensi: https://tafsirweb.com/3047-surat-at-taubah-ayat-31.html
اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ وَالْمَسِيحَ ابْنَ مَرْيَمَ وَمَا أُمِرُوا إِلا لِيَعْبُدُوا إِلَهًا وَاحِدًا لَا إِلَهَ إِلا هُوَ سُبْحَانَهُ عَمَّا يُشْرِكُونَ

اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ وَالْمَسِيحَ ابْنَ مَرْيَمَ وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا إِلَٰهًا وَاحِدًا ۖ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۚ سُبْحَانَهُ عَمَّا يُشْرِكُونَ

Referensi: https://tafsirweb.com/3047-surat-at-taubah-ayat-31.html
“Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah dan (juga mereka mempertuhankan) Al Masih putera Maryam, padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan yang Esa, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Maha suci Allah dari apa yang mereka persekutukan”.

(Surah At-Taubah : 31)


Ayat ini dijelaskan oleh Rasulullah S.A.W. dalam sebuah hadis:

“Dari ‘Adi bin Hatim R.A, dia berkata: “Aku mendatangi Nabi S.A.W, sedangkan pada leherku terdapat (kalung) salib yang diperbuat daripada emas. ‘Adi bin Hâtim juga berkata: “Dan aku mendengar beliau membaca (ayat Al-Quran, yang ertinya), “Mereka (orang-orang Yahudi dan Nasrani) menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai rabb-rabb (tuhan-tuhan) selain Allah”. ‘Adi bin Hatim berkata, ‘Wahai Rasulullah, sesungguhnya mereka itu (para pengikut) tidaklah beribadah kepada mereka (orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka)”. Nabi SA..W. bersabda, “Ya, akan tetapi mereka (orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka) menghalalkan apa yang Allah haramkan, lalu merekapun menganggapnya halal. Dan mereka (orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka) mengharamkan apa yang Allah halalkan, lalu merekapun menganggapnya haram. Itulah peribadahan mereka (para pengikut) kepada mereka (para pendeta)” (HR. Al-Baihaqi di dalam Sunan Al-Kubra, 1/166) [2]

Inilah bentuk ‘perhambaan’ yang jarang disedari oleh ke­banyakan orang iaitu para pengikut akan menuruti sahaja para pemimpin mereka iaitu dengan melakukan apa sahaja yang diperintahkan dan menghindari apa sahaja yang dilarang oleh pemimpin mereka, sekalipun perintah dan larangan tersebut bertentangan dengan perintah dan larangan Allah S.W.T.
 

Demokrasi ialah sebuah sistem pemerintahan yang berasas­kan akidah sekularisme iaitu dengan memisahkan antara agama dan kehidupan(fashludeen ‘anil hayah). Fahaman ini menjadikan akal sebagai satu-satunya neraca/standard di dalam mengatur kehidupan individu dan bernegara. Sekiranya akal memandu jauh ke hadapan daripada agama, maka halal dan haram dalam sebuah negara diketepikan. Malah tiada ruang untuk perintah dan larangan Allah S.W.T.

Inilah bentuk penyembahan sesama manusia yang di­maksudkan oleh Rasulullah S.A.W. dalam hadis di atas. Perbuatan menetapkan apa yang halal dan apa yang haram tidak lagi dilakukan oleh para rahib di zaman moden ini, tetapi tugas ini diambil alih oleh para penggubal undang-undang. Mereka beralasan bahawa ia berlandaskan hak asasi dan kebebasan manusia. Namun hakikatnya, ia merupa­kan hukum atau undang-undang yang hanya berasal daripada akal dan nafsu dengan mengetepikan tuntutan syarak. Akibat daripada penerapan sistem ‘penyembahan’ sesama manusia inilah muncul pelbagai masalah di dunia hari ini yang semakin kronik. Masalah keruntuhan akhlak yang semakin parah, masalah jenayah yang berleluasa sehingga krisis ekonomi dan kewangan seperti kos sara hidup yang tinggi serta beban hutang yang meningkat yang membelenggu rakyat dan negara.

Kemerdekaan Hakiki

Oleh sebab itulah Islam datang untuk mengeluarkan manusia daripada pelbagai bentuk penderitaan akibat belenggu perhambaan sesama manusia menuju kepada pengabdian kepada Allah S.W.T. semata-mata. Inilah erti sebuah kemerdekaan hakiki menerusi kaca mata Islam. Misi mewujudkan kemerdekaan hakiki untuk seluruh umat manusia itu juga terungkap dalam dialog di antara Jeneral Rustum (Parsi) dengan Rab’iy bin ‘Amir (utusan Panglima Saad bin Abi Waqash) pada Perang Qadisiyah untuk membebas­kan Parsi. Jeneral Rustum bertanya kepada Rab’iy bin ‘Amir, “Apa yang kalian bawa?” Rab’iy bin menjawab: “Allah telah mengutus kami. Demi Allah, Allah telah mendatangkan kami agar kami mengeluarkan siapa saja daripada penghambaan kepada hamba (manusia) menuju penghambaan hanya kepada Allah, daripada kesempitan dunia menuju kelapangannya dan daripada kezaliman agama-agama (selain Islam) menuju keadilan Islam….”. (Ibnu Jarir Ath-Thabari,ârîkh Al-Umam wa Al-Muluk, ii/401, Dar Al-Kutub Al-‘Ilmiyah, Beirut)

Islam datang untuk menghapuskan semua bentuk penyembahan dalam bentuk berhala, pemikiran mahupun dalam bentuk sistem seperti demokrasi, komunisme, sosialisme atau kapitalisme. Kita wajib menggantikan bentuk-bentuk penyembahan tersebut kepada penyembahan kepada Allah S.W.T. melalui penerapan hukum syariah secara keseluruhan dan hanya diambil daripada sumber wahyu iaitu Al-Quran, As-Sunnah, Ijmak dan Qiyas. Penerapan syariah pula tidak akan mungkin berhasil dengan sistem pemerintahan yang lain kecuali dalam bentuk yang telah digariskan oleh Rasulullah S.A.W. iaitu sistem pemerintahan Khilafah Islamiyyah. Melalui Khilafah inilah kaum Muslimin telah memerdekakan manusia sepanjang sejarahnya dari Timur hingga ke Barat. 


Kesimpulannya, kemerdekaan yang hakiki akan membebaskan jiwanya daripada dunia yang sempit kepada akhirat yang maha luas kerana Islam membebaskan manusia daripada perhambaan yang berbentuk kekayaan, pangkat, kemajuan dan sebagainya. Oleh itu, kita perlu menerapkan sistem Islam secara kaffah dalam diri mahupun negara agar mencapai makna hakiki kemerdekaan sebagai 'بلدة طيبة ورب غفور '. Semoga Allah jaga kemerdekaan ini dan pelihara umat ini dalam agamamu yang benar. Wallahualam.


Rujukan :

[1] Kamus Pelajar Edisi Kedua, Dewan Bahasa Dan Pustaka
[2] Tafsir Ibnu Kathir, Jilid 3/337

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL