Posts

Showing posts from August, 2014

MUFTI’14 (Mufakkir Of Islam)

Image
OGOS :  Biro dan Unit Pendidikan-Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir(BKPPPM) telah menganjurkan program Minggu Thaqafah yang diberi nama“MUFTI’14(Mufakkir Of Islam)”. Objektif program ini adalah untuk memberi kefahaman yang jelas berkenaan Fiqh Mua’sarah yang timbul, melahirkan modal insan yang cemerlang dunia & akhirat, serta mengukuhkan hubungan yang terjalin bersama ahli BKPPPM. Maka dengan ini selaras dengan tema yang kami bawakan pada kali ini “THE POWER OF KNOWLEDGE, FOR A BETTER UMMAH”. Program ini berlangsung selama 3 hari bermula 19-21 Ogos 2014. Pada hari yang pertama, majlis dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Tim. Presiden Ustaz Muhammad Syazwan Bin Hamzah dan diteruskan dengan pengisian yang menarik diantaranya forum: “TEGAS(Tegakkan Syariat Islam)” yang menampilkan dua orang ahli panel Ustaz Mohamad Naqib Bin Bakhudin serta Ustazah Siti Aisyah Binti Ismail, seterusnya disebelah petang pula diadakan game Roda Mufakkir untuk semua ahli ikhwah dan akhawat, d

PROGRAM CAHAYA'14 ( CERIA-CERIA HARI RAYA)

Image
Program  Cahaya 14' ( Ceria-Ceria Hari Raya) BKPPPM telah berlangsung selama tiga hari berturut-turut pada tarikh 27, 28 dan 29 julai 2014 bertempat di Asrama Pulau Pinang. Selepas sahaja solat subuh berjemaah pada 27 Julai 2014, semua ahli BKPPPM bergotong-royong membersihkan seluruh perkarangan Asrama Pulau Pinang termasuklah sutuh dan syaqqah. Pada malam harinya, selepas solat isyak semua ahli BKPPPM melaungkan takbir raya beramai-ramai dengan dihadiri oleh wakil Badan Pengurus PMRAM      Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan aluan oleh yang Dipertua BKPPPM Ustaz Muhammad Zikri Bin Mohamad Zaki,ucapan oleh Badan Pengurus PMRAM iaitu Ustaz Hafiz Naim Bin Raduan dan seterusnya diakhiri dengan tayangan Video Perutusan Hari Raya yang disampaikan oleh Presiden PMRAM Ustaz Hanifulfuad bin Hussin. Selepas sahaja selesai majlis tersebut, semua ahli dihidangkan dengan jamuan ringan.     Selepas selesai solat subuh berjemaah pada pagi satu Syawal , diteruskan dengan

Antara Sunah Rasulullah Di Bulan Syawal (Tazkirah Syawal)

Image
Allah telah memberkati kamu dengan dua hari yang lebih baik iaitu Aidul Fitri dan Aidul Adha. Kedua hari ini adalah untuk makan-makan dan minum-minum,bergembira bersama dan mengingati Allah. Ramadhan berlalu sudah, Syawal pula menjelang tiba sebagai tanda berakhirnya ibadat puasa yang merupakan rukun Islam yang ke empat. Moga setiap amalan yang dikerjakan di bulan Ramadhan berterusan dilaksanakan sehingga bertemu yang seterusnya,insyaAllah. Syawal merupakan bulan kemenangan bagi seluruh umat Islam setelah berjaya menahan nafsu amarah, dari lapar,dahaga serta mengawal anggota badan daripada melakukan perkara yang dilarang. Namun tidak bermakna berakhirnya Ramadhan di situlah juga penamat kepada segala amalan yang dilakukan bahkan seharusnya ia menjadi pemangkin diri bagi setiap individu muslim untuk terus berada dalam nikmat ketenangan yang telah dirasai semasa Ramadhan dengan meneruskan dan meningkatkan lagi amal ibadat. -Antara penerusan amalan yang boleh dilaks