PROGRAM CAHAYA'14 ( CERIA-CERIA HARI RAYA)


Program  Cahaya 14' ( Ceria-Ceria Hari Raya) BKPPPM telah berlangsung selama tiga hari berturut-turut pada tarikh 27, 28 dan 29 julai 2014 bertempat di Asrama Pulau Pinang. Selepas sahaja solat subuh berjemaah pada 27 Julai 2014, semua ahli BKPPPM bergotong-royong membersihkan seluruh perkarangan Asrama Pulau Pinang termasuklah sutuh dan syaqqah. Pada malam harinya, selepas solat isyak semua ahli BKPPPM melaungkan takbir raya beramai-ramai dengan dihadiri oleh wakil Badan Pengurus PMRAM

     Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan aluan oleh yang Dipertua BKPPPM Ustaz Muhammad Zikri Bin Mohamad Zaki,ucapan oleh Badan Pengurus PMRAM iaitu Ustaz Hafiz Naim Bin Raduan dan seterusnya diakhiri dengan tayangan Video Perutusan Hari Raya yang disampaikan oleh Presiden PMRAM Ustaz Hanifulfuad bin Hussin. Selepas sahaja selesai majlis tersebut, semua ahli dihidangkan dengan jamuan ringan.
    Selepas selesai solat subuh berjemaah pada pagi satu Syawal , diteruskan dengan penyampaian  tazkirah bersempena pagi syawal  oleh Ustaz Zulhafiz Bin Zulkefli dan pada pukul 7.00 pagi,semua ahli bersiap sedia 
menuju ke Masjid Musa untuk menunaikan  Solat Sunat Aidilfitri yang dianjurkan oleh PMRAM sesi 2014.
    Kebiasaannya apabila tiba di perkarangan Asrama Pulau Pinang selepas selesai Solat Sunat Aidilfitri, semua Ikhwah  berkumpul  untuk bergambar dan juga membuat  rakaman video ucapan hari raya. Setelah selesai sesi bergambar, semua ahli sibuk untuk membuat persediaan bagi meraikan Program Cahaya 14' ( Ceria-Ceria Hari Raya) yang julung-julung kali diadakan di Sutuh Asrama Pulau Pinang
    Program Cahaya 14' bermula  pada pukul 10.00 pagi dengan  atucara dewan yang telah disusun oleh ahli jawatan kuasa pelaksana Cahaya '14. Antaranya berbalas pantun raya,silent mood, teka tajuk lagu,  sambung lirik raya,iklan buruk dan banyak lagi aktiviti yang menarik, sambil menjamu selera. Majlis dipengerusikan oleh gandingan yang mantap iaitu Ustaz Nabil Bin Nasir dan Ustazah Musliha Binti Rosli. Setelah selesai, majlis ditangguhkan bagi memberi laluan kepada ahli untuk beristirehat dan melakukan aktiviti masing-masing.
    Program diteruskan pada malam harinya dengan tayangan video antaranya video iklan hari raya, video khas dilakonkan oleh Ikhwah dan tayangan istimewa iaitu Anugerah Tegar Aidilfitri.
    Tidak kurang hebatnya aktiviti-aktiviti  yang telah disusun pada hari raya kedua, antaranya ialah persembahan lakonan dari kumpulan-kumpulan Ikhwah, alunan nasyid dari barisan kepimpinan Ahli Jawatan Kuasa Tadbir BKPPPM dan pertandingan gubahan di sebelah akhawat untuk dipersembahkan. Buat pengetahuan semua, sepanjang program berlangsung pada hari raya kedua ini,majlis di dipengerusikan oleh gandingan yang tak kurang hebatnya  iaitu saudara Idris Fuady dan saudara Iman Bin Fadhil.
   Selepas berakhirnya semua persembahan, majlis penutupan disudahi dengan penyampaian hadiah bagi acara-acara yang dipertandingkan sepanjang Program  Cahaya 14' berlansung seperti: syaqah tercantik, corner syawal, pakaian kreatif dan kad raya kreatif.

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL