Posts

Showing posts from August, 2023

[ MINDA PIMPINAN | HAKIKAT KEMERDEKAAN DALAM ISLAM ]

Image
[ MINDA PIMPINAN | HAKIKAT KEMERDEKAAN DALAM ISLAM ]                            بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على اشرف الانبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين.  Saban tahun, pada tanggal 31 Ogos, hari kemerdekaan negara pasti akan diingati dan dirai seluruh rakyat Malaysia berbilang kaum dan agama. Namun, disebabkan oleh pandemik Covid-19 yang masih belum menghentikan amukannya, kemeriahannya tidak seperti tahun-tahun sebelum ini. Pun demikian, ia tidak bermakna semangat patriotisme dan sambutannya tidak boleh diteruskan. Ia masih boleh dilakukan, dengan syarat sesuai dengan norma baharu kini. Definisi merdeka secara asasnya bermaksud bebas daripada penjajahan, kurungan, naungan dan sebagainya. Menurut seorang tokoh Islam, Syed Muhammad Naquib al-Attas, dalam konteks Islam, kebebasan merujuk kepada ikhtiyar dan bukan hurriyyah. Ikhtiyar adalah memilih sesuatu untuk yang lebih baik dan menurut tuntutan sifat atau dasar yang benar, selari denga

[ MINDA PIMPINAN | KEBERKATAN BERJEMAAH ]

Image
[ MINDA PIMPINAN | KEBERKATAN BERJEMAAH ]                       أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ وَاعْتَصِمُوْا  بِحَبْلِ  اللّٰهِ  جَمِيْعًا  وَّلَا  تَفَرَّقُوْا   ۖ وَا ذْكُرُوْا  نِعْمَتَ  اللّٰهِ  عَلَيْكُمْ  اِذْ  كُنْتُمْ  اَعْدَآءً  فَاَ لَّفَ  بَيْنَ  قُلُوْبِكُمْ  فَاَصْبَحْتُمْ  بِنِعْمَتِهٖۤ  اِخْوَا نًا   ۚ وَكُنْتُمْ  عَلٰى  شَفَا  حُفْرَةٍ  مِّنَ  النَّارِ  فَاَنْقَذَكُمْ  مِّنْهَا   ۗ كَذٰلِكَ يُبَيِّنُ  اللّٰهُ  لَـكُمْ  اٰيٰتِهٖ  لَعَلَّكُمْ  تَهْتَدُوْنَ “Dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai, dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliah) bermusuhan, lalu Allah mempersatukan hatimu, sehingga dengan karunia-Nya kamu menjadi bersaudara, sedangkan (ketika itu) kamu berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari sana. Demikianlah, Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk.” (QS. Ali ‘Imran 3: Ayat 103) Pada ayat ini, Al

[ MINDA PIMPINAN | ADAB MENDAHULUI ILMU ]

Image
[ ADAB MENDAHULUI ILMU ] بسم الله الرحمن الرحيم، صَلَّى الله عليك والسلم يا رسول الله في كل لمحة ونفس عدد ما وسعه علم الله Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini terdapat pelbagai jenis ilmu yang telah dibentangkan kepada masyarakat umum, ini membuktikan bahawasanya kita dalam usaha melahirkan generasi yang berilmu, tetapi alangkah sempurnanya jika disebalik sosok tubuh yang berilmu itu dilengkapi dengan adab dan tatasusila yang tinggi. Seperti kalam fuqaha yang berbunyi “Bahawasanya insan yang beradab darjatnya adalah lebih tinggi daripada yang banyak ilmunya”. Hal ini membuktikan bahawa sesiapa yang menjaga adabnya maka ia akan ditinggikan darjatnya kerana apabila seseorang inginkan satu ilmu maka ia mampu untuk “membelinya” tetapi tidak pula dengan adab yang harus dipupuk dari dalam jiwa seseorang insan itu tersendiri. Selain itu,kita juga boleh mengambil ikhtibar dari tingkah laku baginda S.A.W yang sangat mengutamakan adabnya setiap kali bermua