[ MINDA PIMPINAN | ADAB MENDAHULUI ILMU ]

[ ADAB MENDAHULUI ILMU ]

بسم الله الرحمن الرحيم، صَلَّى الله عليك والسلم يا رسول الله في كل لمحة ونفس عدد ما وسعه علم الله

Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini terdapat pelbagai jenis ilmu yang telah dibentangkan kepada masyarakat umum, ini membuktikan bahawasanya kita dalam usaha melahirkan generasi yang berilmu, tetapi alangkah sempurnanya jika disebalik sosok tubuh yang berilmu itu dilengkapi dengan adab dan tatasusila yang tinggi.

Seperti kalam fuqaha yang berbunyi
“Bahawasanya insan yang beradab darjatnya adalah lebih tinggi daripada yang banyak ilmunya”. Hal ini membuktikan bahawa sesiapa yang menjaga adabnya maka ia akan ditinggikan darjatnya kerana apabila seseorang inginkan satu ilmu maka ia mampu untuk “membelinya” tetapi tidak pula dengan adab yang harus dipupuk dari dalam jiwa seseorang insan itu tersendiri.

Selain itu,kita juga boleh mengambil ikhtibar dari tingkah laku baginda S.A.W yang sangat mengutamakan adabnya setiap kali bermuamalah sesama insan walaupun bersama dengan orang kafir. Setiap kali beliau berdakwah, kesopanan dan kemuliaannya sering dipaparkan kepada insan sekeliling sehingga dengan adabnya yang tinggi ini mampu melembutkan hati yang keras dan benci terhadap agama, menjadi yang paling menyanjungi agama Islam. Hal ini terbukti bahawasanya, Rasulullah s.a.w tidaklah terus menyampaikan ilmu kepada masyarakat malah beliau mendahului dengan adab yang murni lagi tulus. 

Sahabat yang diredhai Allah sekalian,

Renungkanlah sejenak, betapa besarnya impak apabila seseorang itu menjaga adabnya bersama insan sekeliling, dan semakin kita menjaga adab sesama insan maka semakin tersebarlah ketenangan dan kemakmuran malah kita juga kearah melahirkan warganegara yang berjaya.

Imam Al-Tirmizi dan Ahmad ada meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
                                 وخالق الناس بخلق حسن  

Maksudnya:
“Dan bergaullah dengan manusia dengan akhlak yang baik.”

Islam adalah agama yang sempurna. Islam mengatur tatacara hubungan antara manusia agar manusia dapat hidup sejahtera. Antara aspek yang diberi
perhatian oleh Islam adalah pergaulan yang baik sebagaimana mafhum hadis yang lalu. Dalam pergaulan kita, hendaklah sentiasa bersikap rendah diri, jauhkan sikap sombong, takbur serta suka menunjuk-nunjuk. Bergaullah sesama insan sekeliling dengan lemah lembut dan saling menjaga hati dengan tidak melakukan perbuatan yang menyakiti dan menyinggung perasaan seperti memalingkan muka apabila bertemu atau melihat dengan pandangan yang sindir serta berburuk sangka terhadap insan sekeliling.

Sahabat sekalian, ketahuilah apabila kita menjaga adab dan perilaku, maka secara tidak langsung, kehidupan seharian kita akan menjadi lebih tenang dan teratur, hal ini adalah asbab keberkatan sikap mulia yang diamalkan, Allah permudahkan juga lancarkan segala urusan kita bahkan insan sekeliling juga lebih tenang jika bersama dengan kita.

Oleh itu,saya menyeru sahabat sekalian,kita seharusnya menjadi penerus risalah baginda s.a.w dengan berusaha untuk mengikuti jejak langkah beliau dengan meninggikan martabat adab itu tersendiri kerana ianya juga merupakan inti dari ajaran islam,serta adab itu juga merupakan sebaik baik perhiasan bagi setiap individu.

Akhir kalam, perhalusilah adabmu disamping memperluaskan ilmu dalam diri.

‎بارك الله فيكم
………………………………………………………...........
A'liah binti Abdul Karim
(Timbalan Lajnah Pendidikan BKPPPM sesi 2022/2023) 
 
“Memurnikan Pemikiran, Melestarikan Kesatuan” 
“Ukhuwah Dipateri, Thaqafah Diamati” 
 
#BKPPPM_KeluargaKita 
#Bersama_Bersatu

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL