Posts

Showing posts from September, 2020

ARTIKEL UNIT BIAH SOLEHAH | MEMANFAATKAN MEDIA ELEKTRONIK (SIRI 1)

Image
ARTIKEL UNIT BIAH SOLEHAH : MEMANFAATKAN MEDIA ELEKTRONIK ( SIRI 1 ) Tajuk : Memanfaatkan Media Mengikut Syariat Islam Dalam kehidupan seharian manusia, pasti tidak dapat lari daripada penggunaan media eletronik.   •  Apakah itu media elektronik?   Media elektronik adalah alat yang digunakan dalam menyampaikan pesanan- pesanan dari suatu sumber kepada khalayak ramai melalui alat-alat komunikasi seperti komputer, radio, telefon dan televisyen. Segala informasi, maklumat dan berita yang berlaku di dunia ini akan disampaikan melalui media massa. Golongan yang tidak bergelumang dengan media massa ibarat “ katak di bawah tempurung ” kerana tidak mengetahui perkara yang berlaku di sekeliling mereka. Pada zaman ‘dunia di hujung jari’ ini, konsep media massa semakin meluas kerana segala maklumat boleh didapati melalui internet. Penggunaan internet ibarat makanan ruji penduduk dunia pada hari ini. Oleh sebab itu, tidak pelik, semakin hari,semakin banyak program-program aplikasi yang diwujudkan