Posts

Showing posts from June, 2018

LAPORAN RAYA ANAK PERANTAUAN BKPPPM 2018 ( RANTAU '18 )

Image
                           RUMAH PULAU PINANG , HAYYU SABIK ­_ 15 JUN HINGGA 18 JUN 2018 : Program sambutan hari raya Aidilfitri pada tahun ini diberi nama RANTAU '18 iaitu singkatan daripada Raya Anak Perantauan 2018 dengan bertemakan " Seindah Aidilfitri Hubungkan Silaturrahim " . RANTAU '18 telah berlangsung selama 4 hari bermula dari 14 Jun hingga 18 Jun 2018 . Objektif program ini adalah untuk menjayakan pembawaan YD P BKPPPM sesi 17/18 dibawah item Wehdah serta mempereratkan ahli BKPPPM di perlembahan Nil sempena sambutan hari raya pada tahun ini . Raya Anak Perantauan 2018 dimulakan pada 14 Jun 2018 dengan aktiviti malam perasmian. Majlis tersebut dimulai dengan ucapan saudara Muhamad Nur Aiman bin Mohd Zuki selaku pengarah RANTAU '18 , diikuti dengan ucapan serta perutusan raya 2018 daripada Yang DiPertua Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir, saudara Muhammad Safwan Bin Azzmi dan diteruskan dengan ucapan perasmi program oleh saudar

LAPORAN IHYA TARBAWI RAMADHAN ( IHTIRAM ) 2018

Image
Firman ALLAH S.W.T :   “ Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan kepada kalian berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada orang-orang sebelum kalian agar kalian bertakwa..” [Surah Al-Baqarah: Ayat 183 ] Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) Sesi 2017/2018 telah mengambil kesempatan di atas ruang dan peluang di bulan Ramadhan ini untuk menghidupkannya dengan program yang diadakan saban tahun iaitu Ihya’ Tarbawi Ramadhan (IHTIRAM’18) khusus buat seluruh ahli BKPPPM. IHTIRAM ’18 telah menyusun pelbagai aktiviti bagi menghidupkan bulan Ramadhan di Mesir dengan bertemakan “MENGGAPAI CINTA ILAHI, MENJUNJUNG MANHAJ NABAWI ”. Program yang berlangsung selama sebulan ini berobjektif menjayakan pembawaan YDP sesi 17/18 iaitu Fikrah, Thaqafah, Biah dan Wehdah. Selain daripada itu, untuk memperkukuh tautan ukhuwah sesama ahli BKPPPM disamping menghidupkan Ramadhan anak perantauan di bumi Mesir. Program IHTIRAM ’18 membahagikan sebulan Ramadhan kepada tiga fasa.