Posts

Showing posts from October, 2013

KRONOLOGI SALAH LAKU PENGGUNAAN LOGO DAN NAMA BKPPPM

Image
20 Ogos 2013 : Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mendapat panggilan dari Perdana Menteri supaya memulakan proses evakuasi sukarela melalui penerbangan biasa. 21 Ogos 2013 : Ahli Jawatankuasa Tadbir (AJKT) BKPPPM mengadakan perjumpaan tergempar dan menubuhkan jawatankuasa evakuasi serta bersetuju melantik Saudara Azwan Azman Yang Dipertua BKPPPM sebagai pengerusi jawatankuasa tersebut. 22 Ogos 2013 : Seramai 27 orang mahasiswa/si bertolak ke Asrama Rumah Melayu Abasiyyah (ARMA) untuk menunggu giliran penerbangan tetapi amat malang, mereka terkandas selama dua hari. 25 Ogos 2013 : Penerbangan pertama ahli BKPPPM berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines ( MAS ) pada jam 4.30 petang, seramai 11 orang mahasiswa. Manakala penerbangan kedua menaiki pesawat Egypt Air seramai 16 orang terdiri daripada 7 orang mahasiswa dan 9 orang mahasiswi. 26 Ogos 2013 : YB Dato' Haji Abdul Malik Abul Kassim mengadakan pertem

KESAL SALAH GUNA LOGO DAN NAMA BKPPPM

Image
PULAU PINANG, 10 Ogos 2013 : Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir hari ini sangat kesal dengan tindakan seorang ahli BKPPPM yang menggunakan logo rasmi dan nama  BKPPPM ke atas surat yang dihantar kepada Y.A.B Ketua Menteri Pulau Pinang, Tuan Lim Guan Eng. Perkara ini merupakan salah laku penggunaan logo dan nama BKPPPM kepada kerajaan negeri dan boleh mencemar nama baik BKPPPM. Ahli tidak boleh sewenang-wenangnya menggunakan logo rasmi dan nama BKPPPM tanpa kebenaran pihak persatuan. Pihak persatuan juga menafikan sebarang perkaitan berkenaan isi kandungan dalam surat tersebut. Surat tersebut menyentuh berkenaan permohonan sumbangan duit tiket untuk pulang semula ke Mesir. Berkenaan perkara ini, pihak BKPPPM telah menghantar senarai penuh yang menyertai Evakuasi Sukarela dan mengadakan pertemuan dengan pihak Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) sejurus selepas operasi evakuasi berakhir dan menerima makluman bahawa tiada sumbangan untuk evakuasi pada kali ini.