KESAL SALAH GUNA LOGO DAN NAMA BKPPPM


PULAU PINANG, 10 Ogos 2013 : Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir hari ini sangat kesal dengan tindakan seorang ahli BKPPPM yang menggunakan logo rasmi dan nama  BKPPPM ke atas surat yang dihantar kepada Y.A.B Ketua Menteri Pulau Pinang, Tuan Lim Guan Eng.

Perkara ini merupakan salah laku penggunaan logo dan nama BKPPPM kepada kerajaan negeri dan boleh mencemar nama baik BKPPPM. Ahli tidak boleh sewenang-wenangnya menggunakan logo rasmi dan nama BKPPPM tanpa kebenaran pihak persatuan. Pihak persatuan juga menafikan sebarang perkaitan berkenaan isi kandungan dalam surat tersebut.

Surat tersebut menyentuh berkenaan permohonan sumbangan duit tiket untuk pulang semula ke Mesir. Berkenaan perkara ini, pihak BKPPPM telah menghantar senarai penuh yang menyertai Evakuasi Sukarela dan mengadakan pertemuan dengan pihak Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) sejurus selepas operasi evakuasi berakhir dan menerima makluman bahawa tiada sumbangan untuk evakuasi pada kali ini.

Dalam pada itu, Yang Dipertua BKPPPM sesi 2012/2013 saudara Azwan Azman juga melahirkan rasa kekesalan di atas tindakan individu tersebut dan beliau meminta seluruh ahli BKPPPM agar tidak membuat sebarang tindakan sendirian tanpa merujuk pihak persatuan.








Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL