Posts

Showing posts with the label ISU SEMASA

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Image
Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden Oleh : Nurhannani Husna Binti Shaidan         Menurut Kamus Dewan Edisi Empat teknologi merujuk kepada aktiviti atau kajian yang menggunakan sains untuk tujuan praktis dalam industri, pertanian, perubatan, perniagaan, sains gunaan dan sebagainya. Dalam pada itu, teknologi ini juga membawa maksud kaedah atau proses menangani sesuatu permasalahan elektronik yang berkaitan dengan pemerolehan, penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran maklumat telekomunikasi misalnya teknologi komputer dan komunikasi yang berasaskan kajian saintifik termaju seperti peralatan elektronik yang canggih. Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak kemajuan teknologi seiring pembangunan yang gah di persada dunia. Namun demikian, kita acap kali tersentak dengan permasalahan sosial yang dicetuskan oleh rakyat kita sendiri yang tidak bertanggungjawab dalam penyalahgunaan teknologi. Oleh itu, kebaikan dan keburukan yang menjadi fokus perbinc...

Kepentingan Ilmu Eskatologi Terhadap Mahasiswa/wi

Image
Kepentingan Ilmu Eskatologi Terhadap Mahasiswa/wi Oleh : Muhammad Al Haziq Bin Azhar                  Umum mengetahui bahawa ilmu eskatologi tidak lagi asing dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi dalam era yang serba canggih ini. Eskatologi berasal dari Bahasa Yunani iaitu echatos yang memberi makna pengakhiran. Hal ini tidak janggal dalam setiap agama kerana setiap agama mempercayai dan mengakui tentang ada dan wujudnya satu hari yang dinamakan hari pengakhiran bagi umat manusia. Terdapat banyak kepentingan yang perlu diambil cakna oleh mahasiswa terhadap ilmu eskatologi ini. Ayuh kita kupaskan hingga ke akar umbi.       Antara kepentingan ilmu eskatologi terhadap mahasiswa ialah dapat menghindarkan diri daripada terjerumus dalam tipu daya musuh. Hal yang demikian kerana, ilmu ini memberi pendedahan tentang aspek-aspek atau cabang-cabang  tipu daya yang direka dan diolah oleh musuh Islam. Sebagai contoh ...

Biografi Mufti-Mufti Pulau Pinang ( Siri 2 ) MUFTI KEDUA

Image
MUFTI KEDUA Tuan Guru Haji Abdullah bin Ismail (Tahun 1961 – 1964) Nama                        : Haji Abdullah bin Ismail                ( Nama gelarannya Abdullah Sanap) Tarikh Lahir             : Tahun 1883 Tarikh Kematian   : Tahun 1968 (berusia 85 tahun) Isteri                         : Puan Sofiah binti Ismail (1908-1995) Bilangan anak         : 6 orang Latar Belakang Pendidikan ·             Mendapat pendidikan awal di Pondok Padang Lalang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. ·             Beliau te...

FAHISYAH DALAM ISLAM

Image
Maraknya isu lesbian, gay, biseksual, dan transgender (LGBT) belakangan ini mengharuskan kita semua belajar lagi dan mengambil hikmah dari kisah Nabi Luth AS dan kaumnya yang dikenal dengan perilaku yang menyimpang, iaitu kaum homoseksual (liwat). Pembelajaran tersebut agar hikmah yang dipetik dari kisah kaum Nabi Luth AS itu benar-benar menjadi pelajaran bagi masa depan bangsa dan umat manusia. Setidak-tidaknya ada tujuh kategori perilaku yang disematkan Al-Quran kepada kaum Nabi Luth AS. Pertama, perbuatan homoseksual (lelaki atau perempuan menyukai sesama jenis) disebut fahisyah. “Dan (ingatlah) ketika Luth berkata kepada kaumnya, ‘Kamu benar-benar melakukan perbuatan yang sangat keji (homoseksual) yang belum pernah dilakukan oleh seorang pun dari umat-umat sebelum kamu’.” (QS Al-‘Ankabut 29: 28) . Menurut Muhammad Al-Hijazi dalam At-Tafsir Al-Wadhih , definisi fahisyah itu adalah perbuatan yang sangat keji, buruk, menjijikkan dan sangat membahayakan. ...

PESTA PONGAL : HUKUM MUSLIM MERAYAKANNYA

Image
APA ITU PESTA PONGAL? Pesta Pongal adalah festival yang diraikan di seluruh India dengan nama yang pelbagai mengikut tempat, sebagai menghormati Dewa Matahari iaitu Surya. Antara nama-nama lain bagi Pesta Pongal adalah: Pongal (Tamil Nadu) Maghi (Lahore) Bihu / Bohaggiyo Bhishu (Assam) Sankrat (Rajasthan) Makara Sankranti (Maharashtra) Uttarayan (Gujarat) Magha Saaji (Shimla) Poush Sankranti (Bengal Barat) Surya adalah Dewa Matahari dalam kepercayaan agama Hindu dan penjaga bagi sudut selatan dan barat. Bapanya adalah Dewa Langit iaitu Dyaus. Terdapat satu mitos menyebut bahawa dia dijadikan daripada mata Purusha iaitu makhluk kosmos. Rambutnya dan kedua-dua lengannya berwarna emas. Dewa Surya menaiki kereta kuda yang dikenderai oleh 4 atau 7 ekor kuda dan ditangannya terdapat bunga teratai dan juga cakera. (Lihat  The Routledge Dictionary of God, Goddesses, Devils & Demons , m. 178) Secara khususnya, Pongal adalah satu festival yang diraikan oleh m...

UIGHUR, KAMI TAK BUTA!

Image
Pada 15 Oktober lalu, dilaporkan bahawa kerajaan membebaskan 11 etnik Uighur yang ditahan di negara ini kerana tidak melanggar sebarang undang-undang Malaysia. Mereka ditahan dan didakwa memasuki Malaysia secara haram April lalu, selepas berjaya melarikan dari penjara di Thailand pada November 2017.                             Sebelum ini, China didakwa mencabul hak asasi etnik Uighur di Xinjiang, tetapi Beijing menafikannya. Antara dakwaan penindasan ke atas   Uighur ialah golongan wanita dipaksa membuka hijab, remaja dilarang memasuki masjid, penjawat awam beragama Islam tidak dibenarkan berpuasa dan generasi muda dilarang mendapat pendidikan agama.                              Pada 13 Disember ini, Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Ma...

Apakah tidak jelas lagi, ICERD ini wajib dibantah?

Image
BANTAHAN ICERD Definisi ICERD adalah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum ( International Convention On The Elimination Of All Forms Of Racial Discrimination) yang merangkumi 3 bahagian dan 25 artikel. Konvensyen ini dibuka untuk ditandatangani dan disahkan mulai 21 Disember 1965 dan mula berkuatkuasa pada 4 Januari 1969, hingga hari ini Malaysia tidak mengesahkannya. Sebanyak 15 buah negara tidak mengesahkan Konvensyen tersebut termasuk Malaysia, Brunei dan Israel. Apakah yang diperuntukkan oleh ICERD? Antaranya takrifan "diskriminasi kaum" yang bermaksud "sebarang   perbezaan", pengecualian, sekatan, atau keutamaan berdasarkan bangsa, warna, dan keturunan. Secara ringkasnya, ia memberi kepada sesuatu kumpulan berdasarkan kaum adalah diskriminasi. Selain itu, konvensyen ini memperuntukkan juga diskriminasi antara warganegara dan bukan warganegara dibenarkan. Perkara 153 tidak akan terkecuali kerana ia bukan ...