Posts

Showing posts from March, 2015

BAZARIA MUTIARA `15 : IQTISODIAH ISLAMIAH, INSPIRASI SUNNAH

Image
        RUMAH PULAU PINANG, HAYYU SABIE’ – 15, 16, 17 & 18 MAC 2015: Belum sempat menghilangkan lelah selepas bersama-sama menjayakan Hari Keluarga (MAX’IS 15), seluruh ahli Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) bersatu tenaga menyiapkan persiapan sempena BAZARIA MUTIARA’15 yang bermula pada 15 Mac 2015 sehingga 18 Mac 2015 yang bertemakan “Iqtisodiah Islamiah, Inspirasi Sunnah” yang dikelolakan oleh saudara Muhammad Hanif Bin Ramli (Pengarah), Saudari Nur Adilah Binti Abdul Halim (Timbalan Pengarah) dan kesemua adhoc pelaksana yang turut bertungkus lumus menjayakan program ini. Bazar yang berlangsung selama empat hari itu menampakkan kemeriahan sesuai dengan konsep “Walimatul ‘Urus” pada tahun ini dan tidak dilupakan kehadiran para pengunjung yang tidak putus-putus dari waktu bermulanya urusniaga sehingga ke malam. YDP, Presiden PMRAM & Penasihat PMRAM Badan Pengurus PMRAM Bakal HEWI PMRAM.       Pelbagai jenis makanan dan m

FUTUR ?? Tunggu dulu..

Image
Futur bererti lemah, malas, berhenti atau terputus setelah dahulunya dia rajin dan konsisten. Di dalam konteks berkebajikan atau amal dakwah, ia adalah sejenis fenomena penyakit yang menimpa seseorang aktivis dalam bentuk rasa malas, menunda, berlambat-lambat dan lebih menyedihkan ialah apabila dia mengambil keputusan untuk berhenti daripada berbuat sesuatu yang baik setelah dia pernah beriltizam dengannya. Kenapa Futur Bahaya? Walaupun futur adalah fenomena yang biasa berlaku di dalam diri seseorang tetapi ia mestilah diuruskan dengan baik agar sejajar dengan sunnah. Jika tidak ia akan menyebabkan kesan-kesan yang buruk. Di antaranya : 1 – Cuai kepada tanggungjawabnya Futur menyebabkan seseorang menjadi lemah dan malas dalam menunaikan amanah dan tanggung-jawab yang dipikulnya. Ini menyebabkan tugasan tersebut tertangguh atau terbengkalai keseluruhannya. 2 – Gugur dari jalan kebaikan Sekiranya futur dibiarkan berpanjangan tanpa rawatan, maka dia aka