Posts

Showing posts from July, 2018

LAPORAN PROGRAM MINGGU THAQAFAH : FACULTY `18 (FIESTA CONFERENCE OF THAQAFI) BADAN KEBAJIKAN PELAJAR PULAU PINANG MESIR

Image
21 Julai 2018, KAHERAH, Program Minggu Thaqafah yang diberi nama FACULTY'18 (Fiesta Conference Of Thaqafi)  bertemakan "Way Of Thinking In Islam" telah melabuhkan tirainya.
Program Minggu Thaqafah pada tahun ini telah berlangsung selama 5 hari, bermula dari17 Julai sehingga 21 Julai 2018 diDewan Soleh Al-Masri. Objektif program ini adalah untuk mendedahkan dan memberikan kesedaran kepada mahasiswa dan mahasiswi Islam akan bahayanya serangan pemikiran, disamping dapat mengukuhkan hubungan yang terjalin antara ahli-ahli BKPPPM, seterusnya menjayakan dua pembawaan Yang Dipertua BKPPPM 17/18 iaitu Thaqafah dan Fikrah.

Pada 17 Julai, FACULTY '18 telah membuka tirainya dengan ucapan pengerusi majlis dan kalam daripada pengarah program, Ustaz Muhammad Syahir Bin Abd Rahman, dan seterusnya FACULTY '18 telah dirasmikan oleh saudara Dr. Muhamad Iman Bin Fadzil selaku penasihat BKPPPM sesi 2017/2018. Majlis diteruskan dengan pengisian yang pertama iaitu wacana yang bertajuk ‘…

LAPORAN JAULAH SINAI DAN DAHAB IKHWAH BKPPPM 2017/2018

Image
JUN 2018 -  Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir seliaan Unit Sambutan dan Rehlah telah menganjurkan jaulah pada 22 hingga 24 Jun 2018. Jaulah ini bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah di kalangan ahli ikhwah BKPPPM dan juga mengambil ibrah daripada sirah-sirah terdahulu. Bilangan peserta yang menyertai jaulah ini adalah seramai 49 orang.
   Alhamdulillah, pada jam 1.00 pagi, bas memulakan perjalanan ke destinasi yang ditetapkan. Rombongan jaulah memulakan perjalanan dengan membaca doa semoga dipermudahkan dan selamat dalam perjalanan pergi. Perjalanan berhenti sebentar  di Nokhtah Hasanah bagi menunaikan solat subuh, setelah selesai menunaikan solat, perjalanan diteruskan ke Kubu Barlief(kubu peninggalan Israel). Bas yang dinaiki menelusuri terowong Ahmad Hamdi sebelum tiba di Kubu Israel. Setelah selesai lawatan di Kubu Barlief, rombongan meneruskan perjalanan ke Mata Air Nabi Musa A.S dan terus ke St Catherine. Peserta melawati Kesan lembu Samiri dan Maqam Nabi Harun A.S …