LAPORAN JAULAH SINAI DAN DAHAB IKHWAH BKPPPM 2017/2018




           
       JUN 2018 -  Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir seliaan Unit Sambutan dan Rehlah telah menganjurkan jaulah pada 22 hingga 24 Jun 2018. Jaulah ini bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah di kalangan ahli ikhwah BKPPPM dan juga mengambil ibrah daripada sirah-sirah terdahulu. Bilangan peserta yang menyertai jaulah ini adalah seramai 49 orang.

   Alhamdulillah, pada jam 1.00 pagi, bas memulakan perjalanan ke destinasi yang ditetapkan. Rombongan jaulah memulakan perjalanan dengan membaca doa semoga dipermudahkan dan selamat dalam perjalanan pergi. Perjalanan berhenti  sebentar  di Nokhtah Hasanah bagi menunaikan solat subuh, setelah selesai menunaikan solat, perjalanan diteruskan ke Kubu Barlief(kubu peninggalan Israel). Bas yang dinaiki menelusuri terowong Ahmad Hamdi sebelum tiba di Kubu Israel.
Setelah selesai lawatan di Kubu Barlief, rombongan meneruskan perjalanan ke Mata Air Nabi Musa A.S dan terus ke St Catherine. Peserta melawati Kesan lembu Samiri dan Maqam Nabi Harun A.S di St Catherine. Setiap tempat yang dilawati akan diadakan sedikit penerangan daripada musyrif penerangan sebagai input ilmu dan thaqafah bagi para peserta dalam mengambil ibrah dan pengajaran diatas setiap perkara yang telah terjadi.


                                                                          




Hari kedua diteruskan dengan pendakian Jabal Nabi Musa A.S, aktiviti mendaki bermula jam 12.00 malam. Sedikit taklimat diberikan sebelum aktiviti mendaki dimulakan. Setelah selesai taklimat, peserta mula mendaki dengan begitu semangat. Perjalanan mengambil masa selama 3 jam untuk sampai ke puncak bukit. Sejurus selepas sampai di puncak, peserta telah menunaikan solat subuh secara berjemaah di sebuah masjid diatas puncak dan menikmati keindahan pagi dengan melihat sinar matahari terbit yang begitu cantik. Setelah selesai menikmati keindahan alam sambil bergambar kenang-kenangan peserta jaulah beransur turun dari Jabal Nabi Musa A.S.



Ketika turun dari puncak bukit tersebut rombongan jaulah melalui kawasan perkampung Nabi Ilyas A.S yang terletak dibelakang Jabal Nabi Musa A.S. Perjalanan turun dari bukit mengambil masa yang singkat disebabkan mengguna jalan pintas. Setelah sampai di kaki bukit, peserta terus pulang ke tempat penginapan untuk mengemas barang bagi menuju ke destinasi seterusnya iaitu Dahab. pada jam 9.00 pagi , rombongan memulakan perjalanan ke Dahab.

         

Ekspedisi jaulah kali ini tiba di Dahab jam 1 petang dan terus ke tempat penginapan untuk check in. Para peserta  mengambil peluang melakukan aktiviti bebas, ada sebahagian daripada perseta menaiki ATV Quard Bike dan ada juga yang membeli cenderamata di kedai-kedai yang berhampiran.  



                                                                                              

Pada hari ketiga, seusai menunaikan solat Subuh, aktiviti diteruskan lagi dengan aktiviti snorkling di Blue Hole sebelum pulang ke Kaherah. peserta dapat melihat keindahan pelbagai jenis kehidupan di dasar laut menyebabkan ramai dikalangan peserta begitu teruja dengan warna warni kehidupan yang terdapat di dasar laut.



Kemudian daripada itu, peserta bersiap-siap untuk pulang ke Kaherah. Rombongan jaulah selamat tiba di perkarangan Mahkamah Hayyu Sabik pada jam 9.00 malam. Semoga pengalaman yang didapati menjadi kenangan yang terindah dalam hidup peserta dan segala sirah dan pengalaman yang diperolehi dapat dijadikan pedoman bagi menghadapi hari yang mendatang.


"Memurnikan pemikiran melestarikan kesatuan "
" Ribat Ukhuwah Teguh Wehdah "
“ Fikrah Thaqafah Biah Wehdah ”

Unit Sambutan Dan Rehlah  17/18
Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963