Posts

Showing posts from October, 2016

LAPORAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN BKPPPM KALI KE -39

Image
KAHERAH,20 OKTOBER 2016 – Bertempat di Dewan Soleh al-Masry,Hayyu Sabi’, Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) kali ke-39 telah berlansung dengan jayanya. Dengan tema “Suarakan Pandangan, Semarakkan Kesatuan” dengan berkonsepkan kepahlawanan melayu. Majlis perasmian dimulakan pada jam 8.00 malam dengan ucapan pembukaan oleh pengerusi umum iaitu Saudara Muhammad Syamim bin Daud. Seterusnya ucapan Pengarah Program MAT kali ke-39, Ustaz Muhammad Safwan bin Azzmi, Yang Dipertua BKPPPM Dr Muhamad Iman Bin Fadzil dan Majlis diserikan dengan ucapan Perasmi Program Mat kali ke-39 oleh Ustaz Zulfeikry bin Zakaria. Dalam ucapan perasmi beliau ada mengatakan bahawa kewujudan BKPPPM selama 39 tahun ini merupakan kerjasama dan rasa tanggungjawab orang-orang terdahulu dalam menjaga  kebajikan pelajar-pelajar Pulau Pinang yang menuntut ilmu di Mesir. Selain itu, keberlansungan BKPPPM selama 39 tahun ini memerlukan sokongan daripa

SYURA DALAM ISLAM

Image
Dalam ketatanegaraan Islam dikenal istilah ‘ahli syura’. Posisinya yang sangat penting membuat keberadaannya tidak mungkin dipisahkan dengan struktur ketatanegaraan. Kerana bagaimanapun bagusnya seorang pemimpin, ia tetap tidak akan pernah lepas dari kelemahan, kelalaian, atau ketidaktahuan dalam beberapa hal. Sehinggakan Nabi Muhammad s.a.w pun diperintahkan untuk melakukan syura. Apatah lagi orang lain. Asy-Syaikh Abdurrahman As-Sa’di r.h. mengatakan: “Jika Allah mengatakan kepada Rasul-Nya -padahal baginda adalah orang yang paling sempurna akalnya, paling banyak ilmunya, dan paling elok akhlaknya- ‘Maka bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu’, maka bagaimana orang lain yang selain beliau?” (Taisir Al-Karimirrahman, hal. 154) Kata asy-syura (الشُوْرَى) adalah ungkapan lain dari kata musyawarah (مُشَاوَرَةٌ) atau masyurah (مَشُوْرَةٌ) yang dalam bahasa kita juga dikenali dengan musyawarah, sehingga ahli syura

SELAMI MAKNA HIJRAH

Image
Tidak dinafikan bahawa hijrah mengandungi hikmah yang terlalu besar. Tidak akan habis untuk diselongkar rahsianya dan tidak akan susut untuk digali perbendaharaannya. Penulisan ini cuba untuk mencedok hanya sekelumit daripada hikmah yang terkandung di sebalik peristiwa bersejarah itu. Hijrah berasal daripada kata kerja hajara (هجر) bermaksud meninggalkan, memutuskan atau keluar dari sebuah negeri ke negeri yang lain. Sebelum Fathu Makkah, hijrah ke Madinah, tempat terlaksananya kedaulatan Islam, diwajibkan ke atas seluruh Muslimin kecuali mereka yang mempunyai keuzuran tertentu. Selepas Makkah berjaya dikembalikan ke tangan umat Islam, manusia memasuki agama Allah berbondong-bondong dan mereka telah bebas melaksanakan Islam serta mendirikan syiarnya di mana jua, maka tiada lagi keperluan untuk berhijrah ke Madinah. Baginda telah bersabda (maksudnya): “Tiada hijrah selepas al-Fath (Pembukaan Makkah), tetapi jihad dan niat. Dan apabila kamu dikerah untuk pergi berjuang, maka segeralah

LAPORAN JAULAH KAHERAH IKHWAH & AKHAWAT

Image
LAPORAN JAULAH KAHERAH IKHWAH & AKHAWAT Kaherah, 2 Oktober 2016 – Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir di bawah Unit Sambutan dan Rehlah dengan kerjasama Urusetia Sambutan Mahasiswa Baru (USMB) telah menganjurkan Jaulah Kaherah Akhawat yang melibatkan mahasiswi baru seramai 19 orang pada 24 Seprember 2016 dan Jaulah Kaherah Ikhwah yang melibatkan mahasiswa baru ikhwah seramai  32 orang pada 1 Oktober 2016.  Perjalanan bermula pada jam 8.00 pagi dari perkarangan asrama rumah Pulau Pinang dan tiba di Giza pada jam 8.45 pagi. Di Giza ini terdapat tinggalan sejarah iaitu piramid yang merupakan salah satu daripada tujuh keajaiban dunia. Firaun mengarahkan rakyatnya membina piramid sebagai makamnya. Destinasi seterusnya ke Masjid Amru al-Asr. Masjid tersebut merupakan merupakan masjid yang kedua terbesar dan bersejarah selepas Masjid al-Azhar. Usai solat dan makan, peserta jaulah diberi penerangn berkaitan sejarah masjid ini.  Destinasi yang kedua ialah Citadel