Posts

Showing posts from December, 2018

LAPORAN JAULAH AKHAWAT USMB 2018/2019 KE SUNGAI NIL

Image
KAHERAH, 26 Disember - Gambar sekitar Jaulah Santai ke Sungai Nil yang disertai oleh seramai 21 orang Mahasiswi Baru Akhawat 2018/2019, 4 orang pengiring beserta 3 orang musyrif. Tujuan utama jaulah ini adalah untuk mengambil 'ibrah sejarah Sungai Nil. Sebagaimana Firman ALLAH S.W.T. dalam surah Ar-Rum, ayat 9 : "Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, serta memerhatikan Bagaimana kesudahan orang sebelum mereka (yang mendustakan rasul)? Orang-orang itu lebih kuat daripada mereka (sendiri), dan orang-orang itu telah meneroka bumi (tanah) serta memakmurkannya lebih daripada kemakmuran yang dilakukan oleh mereka, dan orang-orang itu juga telah didatangi oleh Rasul-RasulNya. Dengan membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (lalu mereka mendustakannya dan kesudahannya mereka dibinasakan). Dengan yang demikian, maka Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri." Semoga perjalanan ini, mendapat  p

Minda Pimpinan | Salah Faham Konsep Tawakal Sempena Imtihan

Image
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته     الحمد الله رب العالمين والصلاة والسلام وعلى أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين، قالوا سبحانك لا علم لنا إلا ما علمتنا إنك أنت العليم الحكيم، رب اشرح لي صدري ويسرلي أمري واحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي. أما بعد  Segala puji bagi Allah S.W.T Tuhan sekalian alam yang mengajar manusia dengan pena dan mengajar manusia erti perjuangan. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, kaum keluarga, dan para sahabat serta orang-orang yang mengikut jejak langkah mereka hingga hari akhirat. Selawat kesyukuran dipersembahkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya kita masih lagi diberi kesempatan merasai nikmat iman dan Islam dan masih diberi peluang untuk bertaubat kepada-Nya. Allah S.W.T berfirman dalam surah Ali ‘Imran ayat 159 : فَاِذَا عَزَمۡتَ فَتَوَكَّلۡ عَلَى اللّٰهِ‌ؕ اِنَّ اللّٰهَ يُحِبُّ الۡمُتَوَكِّلِيۡنَ … Maksudnya : “Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk

UIGHUR, KAMI TAK BUTA!

Image
Pada 15 Oktober lalu, dilaporkan bahawa kerajaan membebaskan 11 etnik Uighur yang ditahan di negara ini kerana tidak melanggar sebarang undang-undang Malaysia. Mereka ditahan dan didakwa memasuki Malaysia secara haram April lalu, selepas berjaya melarikan dari penjara di Thailand pada November 2017.                             Sebelum ini, China didakwa mencabul hak asasi etnik Uighur di Xinjiang, tetapi Beijing menafikannya. Antara dakwaan penindasan ke atas   Uighur ialah golongan wanita dipaksa membuka hijab, remaja dilarang memasuki masjid, penjawat awam beragama Islam tidak dibenarkan berpuasa dan generasi muda dilarang mendapat pendidikan agama.                              Pada 13 Disember ini, Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid mendakwa bahawa China telah memenjarakan hampir sejuta etnik Uighur sehingga kini, atas alasan mereka menghidap penyakit mental. Beliau berkata, “Kerajaan China kononnya mendakwa mereka