Posts

Showing posts from May, 2012

64 Tahun Nakbah Palestin

Image
NAKBAH bermaksud malapetaka, bencana besar dan kecelakaan. Nakbah Palestin merujuk kepada peristiwa orang-orang Yahudi kembali ke bumi Jerusalem secara beramai-ramai dantertegaknya negara haram Zionis Israel di Palestin yang diistiharkan pada 15 Mei 1948 serta diikitiraf oleh Amerika Syarikat.

Tertubuhnya Negara Haram Israel pada tahun 1948 juga merupakan petanda besar kepada kemusnahan dunia. Kembalinya golongan Yahudi ke bumi suci ini juga merupakan derita tangis ke atas umat Islam yang belum bernoktah sehingga ke hari ini. Orang-orang Yahudi dihalau oleh Allah SWT 2000 tahun yang lampau akibat perbuatan mereka membunuh para Nabi AS, membuat kerosakan di muka bumi serta mengingkari perintah daripada Allah SWT.

Penubuhan Zionis Antarabangsa dan Deklarasi Balfour

Pertubuhan Zionis Antarabangsa telah ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1897 melalui persidangan pertamanya di Basel. Pertubuhan ini telah melantik Theodor Herzl sebagai Presiden yang pertama. Tujuan utama ditubuhkan pert…

Pendidik Penyambung Risalah Nabawiyyah

Image
Institusi pendidikan merupakan institusi sosial yang berperanan mengurus dan mentadbir pendidikan secara sistematik. Sejarah melakarkan bahawa Tamadun Arab dan India melahirkan banyak institusi pendidikan yang berobjektifkan melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang syaksiah seiring dengan kecemerlangan akademik.

Golongan pendidik yang berilmu tinggi mempunyai kedudukan yang mulia di sisi Allah SWT. Firman Allah SWT bermaksud : "Sesungguhnya Allah mengangkat darjat orang yang beriman dikalangan kamu dan mereka yang diberi ilmu beberapa darjat”.

Apabila seorang pendidik melaksanakan kewajipannya mendidik para pelajar dengan mengikhlaskan amal baktinya hanya untuk Allah SWT serta membentuk mereka dengan acuan Islam maka mereka akan menikmati kebahagiaan di dunia mahupun akhirat kelak. Di samping itu, mereka mampu mengubah lanskap sesebuah negara sehinggakan berupaya melonjakkan transformasi kehidupan masyrakat.

Peranan pendidik cukup besar dalam membentuk nilai murni manus…

Militan Syiah 'Hizbullah' dan Tentera 'Mahdi' Memperkosa Wanita Syria

Image
Kelompok persatuan hak asasi manusia menuduh militan yang dikaitkan dengan Syiah Lubnan Hizbullah dan Tentera 'Mahdi' yang disokong oleh Iraq dan Iran, melakukan pemerkosaan terhadap wanita Syria di Aleppo.

Persatuan hak asasi manusia menerusi salah satu aktivisnya Abdul Majid al-Halabi, menyatakan bahawa perempuan Syria di Aleppo telah diperkosa oleh ahli-ahli dari kumpulan 'Hizbullah' dan Tentera 'Mahdi'.

"Dalam satu peristiwa komander militan telah memaksa seorang isteri warga Aleppo dan memperkosanya di depan suami serta anak-anaknya," ujar Halabi.

Menurut laporan, kebanyakan wanita-wanita Syria yang usianya belum melebihi 18 tahun telah diperkosa oleh militian 'Hizbullah' dan tentera 'Mahdi' dan sebahagian daripada mereka telah hamil.

Tidak sekadar memperkosa, Halabi dengan Persatuan HAM nya mengatakan militan gerila Hizbullah dan Tentera 'Mahdi' memaksa para perempuan Syria untuk berkata "tiada Tuhan selain Bashar&q…

Kepulangan Bekas Pengerusi Felo MANHAL- Jasamu Dikenang

Image
KAHERAH, 9 Mei -Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir PMRAM mengucapkan sekalung penghargaan kepada jasa dan bakti Ustaz Mohd Haniff bin Haron yang telah dicurahkan selama hampir dua tahun memegang amanah sebagai Pengerusi Felo MANHAL PMRAM yang bermula sejak 23 Ogos 2010 sehingga 22 April 2012 yang lalu.

MANHAL atau nama penuhnya Markaz Pengumpulan Kajian dan Hasilan Penyelidikan merupakan satu badan yang bernaung di bawah Badan Pengetahuan dan Penyelidikan BPAP PMRAM yang bertindak sebagai pusat yang mengumpul dan mengeluarkan bahan kajian ilmiah.

Ustaz Mohd Haniff bin Haron telah selamat berangkat pulang ke tanah air pada jam 6 petang semalam . Keberangkatan pulang beliau diiringi oleh rombongan AJKT BKPPPM dan puluhan rakan-rakan yang lain.

Beliau merupakan anak kelahiran negeri Pulau Pinang dan belajar dalam bidang Usuluddin (Hadith), Universiti Al-Azhar Kaherah. Beliau pernah menyandang jawatan Yang Di-Pertua Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir BKPPPM dari tahun …

Batu Bata dari Runtuhan Rumah Osamah bin Ladin Dijual Sebagai Cenderatamata

Image
Pihak yang bertanggung jawab atas penghancuran rumah yang pernah menjadi tempat tinggal pemimpin Al-Qaeda Usamah bin Ladin di Pakistan pada bulan Februari lalu, dilaporkan telah menjual sisa batu bata dan bahagian lain dari sisa rumah tersebut kepada para pelancong, Telegraph melaporkan.

Shakeel Ahmad mengatakan kepada surat khabar Inggeris tersebut bahawa sisa-sisa rumah Usamah bin Ladin di Abbottabad, di mana Usamah bin Ladin tinggal bersama keluarganya selama bertahun-tahun sebelum dibunuh dalam operasi AS pada tarikh 2 Mei tahun lalu, telah menjadi bahan pameran bagi pengunjung yang mencari kenang-kenangan.

Ahmad menyimpan sekitar 200.000 batu bata dari sisa rumah tersebyt di mana katanya boleh digunakan untuk membina rumah lagi, menambah bahawa beberapa tetamu bahkan ada yang membeli batu-bata itu sebagai kenang-kenangan atau hadiah. Dia turut bekerja sebagai kontraktor untuk menghancurkan rumah Usamah bin Ladin.

Secara umumnya, runtuhan rumah akan dilelong namun dalam kes ini, …

IMTIHAN vs KESIHATAN

Image
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani,

Alhamdulillah selaut kesyukuran dipanjatkan kepada Allah swt kerana dengan limpah kurnia serta inayah daripadaNYA dapat kita meneruskan kehidupan sebagai khalifah di muka bumi ini, selawat dan salam kepada junjungan mulia nabi Muhammad saw, sahabat-sahabat baginda yang sentiasa bersama dalam menyampaikan dakwah islam seterusnya muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah swt sekalian.

Rasulullah S.A.W telah bersabda yang membawa maksud:

"Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu."(Hadis Riwayat Bukhari)

Mahasiswa mahasiswi Islam yang dirahmati Allah swt sekalian,

Dalam kita sibuk mempersiapkan diri kita untuk menempuhi imtihan, jangan kita lupa penjagaan kesihatan juga perlu diutamakan kerana kesihatan adalah satu anugerah istimewa yang Allah kurniakan kepada kita. Berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W di atas dapatlah kita katakan bahawasanya penjagaan kesihatan tubuh bada…

Trivia ARMA : Merungkai Sejarah

Image
1. 22 Februari 1992 adalah sejarah hitam bagi PMRAM apabila pihak Kedutaan secara rasmi tidak membenarkan PMRAM menggunakan kemudahan di Asrama Rumah Melayu.

2. Pada tarikh 28 April 1992, pintu pejabat PMRAM dipalang setelah mendapat notis supaya mengosongkan pejabat di Asrama Rumah Melayu ( ARMA ). Ekoran itu, sebahagian ahli PMRAM mengadakan himpunan bantahan yang dibenarkan oleh pihak keamanan Mesir untuk menuntut kembali hak PMRAM.

3. Bersempena 28 April 2012 pada hari ini, genaplah sudah 20 tahun hak PMRAM dinafikan.

4. 1993, berlaku gempa bumi yang menyebabkan kerosakan besar pada struktur ARMA, pejabat PMRAM terpaksa dipindahkan ke tempat baru iaitu di Masakin Othman bagi kerja baik pulih dijalankan.

5. 1994 proses pemindahan sempurna dan ARMA telah dikosongkan.

6. 1996 Walaupun proses baik pulih telah selesai namun ARMA masih belum boleh diduduki sehingga tahun 1999.

7. 1998 ARMA telah dibuka semula pada tahun ini untuk penggunaan dewan. Antara program yang telah dijalan…