IMTIHAN vs KESIHATAN

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani,

Alhamdulillah selaut kesyukuran dipanjatkan kepada Allah swt kerana dengan limpah kurnia serta inayah daripadaNYA dapat kita meneruskan kehidupan sebagai khalifah di muka bumi ini, selawat dan salam kepada junjungan mulia nabi Muhammad saw, sahabat-sahabat baginda yang sentiasa bersama dalam menyampaikan dakwah islam seterusnya muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah swt sekalian.

Rasulullah S.A.W telah bersabda yang membawa maksud:

"Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu."(Hadis Riwayat Bukhari)

Mahasiswa mahasiswi Islam yang dirahmati Allah swt sekalian,

Dalam kita sibuk mempersiapkan diri kita untuk menempuhi imtihan, jangan kita lupa penjagaan kesihatan juga perlu diutamakan kerana kesihatan adalah satu anugerah istimewa yang Allah kurniakan kepada kita. Berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W di atas dapatlah kita katakan bahawasanya penjagaan kesihatan tubuh badan kita adalah tanggungjawab yang mesti ditunaikan.

Semenjak kebelakangan ini, seringkali Kebajikan PMRAM di peringkat cawangan melaporkan kepada Kebajikan PMRAM Pusat tentang beberapa kes yang melibatkan mahasiswa mahasiswi di peringkat masing-masing, yang mana mengalami masalah kesihatan, antaranya demam selesema, tibi, sakit-sakit sendi dan sebagainya. Hal ini kerana memandangkan cuaca dan persekitaran yang agak tidak stabil melanda bumi Mesir.

Saya selaku Ketua Unit Kebajikan Dan Kemanusiaan HEWI PMRAM menyeru diri saya sendiri serta sahabat-sahabat semua untuk kita tingkatkan lagi tahap penjagaan kesihatan bagi mencegah penyakit-penyakit yang tidak diingini.

Bertepatanlah dengan pepatah arab yang mengatakan:

"الوقاية خير من العلاج"

Mencegah lebih baik daripada mengubati.

Ini kerana mencegah daripada sesuatu penyakit itu lebih mudah daripada menyembuhkannya, buktinya bilamana kita diserang sesuatu penyakit maka kita perlu jalani beberapa langkah untuk sembuh kembali dan tidak semestinya kesembuhan kita itu sama dengan kesembuhan sebelum kita sakit.

Oleh kerana itu kita mestilah mencegah dan menjaga kesihatan diri kita sebelum datangnya pelbagai penyakit yang sukar diubati.

Mahasiswa mahasiswi sekalian,

Sebagaimana yang saya sebut sebelum ini, dalam kita sibuk mengulangkaji pelajaran untuk kita bersiap sedia di dalam imtihan nanti jangan pernah kita mengabaikan pengjagaan kesihatan terhadap diri sendiri, kerana anugerah kesihatan yang Allah berikan ini begitu berharga.

Saya rasa cukup setakat ini sedikit pesanan daripada Ketua Unit Kebajikan Dan Kemanusiaan HEWI PMRAM, semoga segala usaha yang dilakukan beroleh keberkatan daripada Allah swt. InsyaALLAH.

Siiru Ala Barokatillah….



Norlida bt Kelima
Ketua Unit Kebajikan & Kemanusiaan
HEWI PMRAM 2012

"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"
"Julang Keilmuan Jana Keizzahan"

Sumber : HEWI PMRAM

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963