Posts

Showing posts from August, 2017

IDEOLOGI DAN PEMIKIRAN YANG MERUNCINGKAN

Image
Dewasa ini mahasiswa sering terdedah dengan permasalahan percanggahan ideologi dan pemikiran yang meruncingkan. Dasar serta teras dalam fahaman ideologi yang tidak konkrit akan melahirkan mahasiswa yang berpemikiran tidak sejajar dengan apa yang dikehendaki oleh Al-Quran dan Sunnah. Baru baru ini Malaysia dikejutkan dengan himpunan remaja aties (Atheist Republic Consulate)  yang kebanyakannya terdiri dari anak muda melayu yang murtad. Hal ini amat dikesali kerana kebanyakan mereka merupakan remaja yang pada awalnya beragama islam. Permasalahan  yang berpunca daripada kurang kefahaman serta ilmu pengetahuan yang mendalam tentang agama akhirnya melahirkan remaja dan mahasiswa yang pincang. Tidak cukup dengan permasalahan aqidah mahasiswa yang menimbulkan kerisauan. Anak muda kini lebih mudah terdedah kepada ideologi yang sama sekali tidak selari dengan ajaran al-quran dan sunnah seperti liberalisma, pluralisma, feministma dan sebagainya. Allah swt berfirman :  وَلَوِ اتَّ

LAPORAN RELAX'S (JAULAH FAYYOUM)

Image
LAPORAN RELAX'S (JAULAH FAYYOUM) Firman Allah S.W.T: ( سنريهم اياتنا في الافاق وفي أنفسهم حتى يتبين لهم أنه الحق ) Maksudnya: " Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) kami di segala wilayah bumi dan pada diri mereka sendiri, hingga jelas bagi mereka bahawa Al-Quran itu adalah benar. (Surah Fushshilat ; ayat 53). Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) dibawah kelolaan Unit Sambutan dan Rehlah (USR) sesi 2016/17 telah menganjurkan RELAX'S '17 (Jaulah Fayyoum) kepada semua mahasiswa BKPPPM. Jaulah Fayyoum ini telah diadakan pada hari Sabtu, 26 Ogos 2017, disertai seramai 38 orang peserta. Rombongan bertolak ke Fayyoum seawal 7.45 pagi dan doa menaiki kenderaan dibaca oleh Ustaz Mohd Danial Bin Mohd Kassim. Daerah Fayyoum terkenal dengan kebun sayur yang subur dan lembah yang terkenal dengan hasil pertanian dari zaman dahulu hingga sekarang. Ia terletak 105 km ke arah selatan bandar kaherah. Destinasi pertama yang kami

KELEBIHAN SEPULUH HARI AWAL BULAN ZULHIJJAH & KORBAN.

Image
KELEBIHAN SEPULUH HARI AWAL BULAN ZULHIJJAH & KORBAN. بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على سيد المرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين. وبعد Di antara kelebihan dan kurniaan Allah untuk hamba-Nya ialah dijadikan bagi mereka beberapa musim untuk memperbanyakkan amal ibadat dengan dijanjikan pahala yang berganda banyaknya. Salah satunya ialah: Sepuluh hari yang terawal pada bulan Zulhijjah. Beberapa dalil daripada Al-Quran dan Hadis telah menyebut tentang kelebihannya: 1. Firman Allah SWT:   وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْر     Maksudnya: {Demi fajar dan malam yang sepuluh.} [Al-Fajr: 1-2] Kata Ibnu Kathir:  Yang dimaksudkan di sini ialah sepuluh malam yang pertama pada bulan Zulhijjah. Demikian juga tafsiran Ibnu Abbas, Ibnu Az-Zubair, Mujahid dan lainnya. [HR: Imam Bukhari]. 2. Dari Ibnu Abbas RA, Rasulullah SAW telah bersabda: (( مَا مِنْ أَيَّامٍ، الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهِنَّ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ هَذِهِ الأَ

LAPORAN RELAX'S 17 (REHLAH SOIFIYAH MATRUH DAN SIWA)

Image
MAC 2016: Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir di bawah Unit Sambutan dan Rehlah telah menganjurkan jaulah yang diberi nama RELAX'S 17 (Rehlah Soifiyah Matruh & Siwa) khusus buat akhawat pada tarikh 19 Ogos hingga 21 Ogos 2017. Jaulah ini dianjurkan bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah dikalangan ahli akhawat BKPPPM dan juga ahli- ahli dapat mengambil ibrah daripada sejarah yang terdahulu. RELAX'S 17 telah disertai oleh 4O akhawat BKPPPM, 3 musyrif dan diringi satu pasangan mutazawwijin bersama 3 orang cahaya mata . RELAX'S 17 bermula sekitar jam 12.30 pagi bertarikh 19 0gos 2017. Seusai peserta-peserta menaiki bas, doa menaiki kenderaan dibaca oleh Ustaz Muhammad Safwan Bin Azzmi. Sekitar 4.30 pagi, bas diberhentikan untuk memberi laluan kepada peserta menunaikan solat subuh. Selepas itu, diteruskan perjalanan ke destinasi yang pertama iaitu Hamam Cleopatra. Cleopatra merupakan nama seorang Ratu Mesir yang cantik jelita. Kecantikannya mampu memik

MERDEKA SOCCER TOURNAMENT BKPPPM 2017

Image
MERDEKA SOCCER TOURNAMENT BADAN KEBAJIKAN PELAJAR PULAU PINANG MESIR 2017          KAHERAH-19 OGOS 2017, Julung kalinya Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) telah menganjurkan “Merdeka Soccer Tournament” di bawah seliaan Unit Kebudayaan,Kesenian & Sukan (UKKS) BKPPPM sesi 2016/17 yang bertempat di padang futsal Liverpool berokjektifkan menyemai semangat kesukanan disamping memperingati kemerdekaan tanah air tercinta. Sebanyak 4 pasukan telah menyertai iaitu Kaki Tausil FC, Qheba FC, Mamu Sabi’ek FC dan Black Panthers FC  bagi merebut kejuaraan yang dipertandingkan. Perlawanan tersebut bermula pada pukul 4:00 petang dengan kehadiran ahli dan diteruskan dengan majlis perasmian yang dirasmikan oleh saudara Dr Muhamad Iman Bin Fadzil Selaku Ketua Penasihat Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir Sesi 2016/17. Pembukaan pertandingan  dimulakan  dengan sepakan mula antara pasukan daripada AJKT BKPPPM  menentang peserta. Perlawanan diteruskan an

KENYATAAN BERSAMA YANG DIPERTUA BADAN KEBAJIKAN ANAK NEGERI

Image
KENYATAAN BERSAMA YANG DIPERTUA BADAN KEBAJIKAN ANAK NEGERI KELANGSUNGAN PROGRAM BERSAMA BADAN KEBAJIKAN ANAK NEGERI 11 Ogos 2017(Jumaat). Perjumpaan Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Negeri telah diadakan bertempat di Asrama Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Hayyu Sabiek Kaherah. Perbincangan  yang telah dipengerusikan oleh Ustaz Muhammad Arif bin Hamzah selaku Yang Dipertua Badan Kebajikan Pelajar Johor Di Mesir (BKPJM)  adalah bertujuan  menyelaraskan beberapa program  mega secara bersama.  Perbincangan ini bagi menekankan berkenaan kelangsungan kebersamaan Badan Kebajikan Anak Negeri dalam membawa  kebajikan kepada ahli disamping memperkukuhkan ukhuwah diantara mahasiswa/wi sebagaimana yang telah di bawa dalam resolusi Kongres Badan Kebajikan Anak Negeri yang lepas. Sebagaimana program-program yang telah dilaksanakan sebelum ini, peringkat yang Dipertua telah bersetuju untuk melaksanakan beberapa program sama ada melibatkan semua negeri atau beberapa negeri

LAPORAN JAULAH ISKANDARIAH

Image
LAPORAN JAULAH ISKANDARIAH Firman Allah S.W.T: ( سنريهم اياتنا في الافاق وفي أنفسهم حتى يتبين لهم أنه الحق ) Maksudnya: " Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) kami di segala wilayah bumi dan pada diri mereka sendiri, hingga jelas bagi mereka bahawa Al-Quran itu adalah benar. (Surah Fushshilat,ayat 53) Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) dibawah kelolaan Unit Sambutan dan Rehlah  (USR) dengan kerjasama Unit Sambutan Mahasiswa/wi Baru (USMB) telah menganjurkan Jaulah Iskandariah khusus buat Mahasiswa/wi baru dan terbuka kepada ahli BKPPPM yang lain. Jaulah ke Iskandariah telah diadakan pada hari Sabtu, 8 Julai 2017 buat akhawat dan 29 Julai 2017 buat ikhwah, peserta di sebelah akhawat seramai 22 orang serta diiringi empat orang musyrif, manakala sebelah ikhwah seramai 26 orang. Jaulah dimulakan seawal 6.30 pagi bertolak ke Iskandariah dan dibawa oleh musyrif ke destinasi yang masyhur iaitu Muntazah, Qal'ah, Library Ale