IDEOLOGI DAN PEMIKIRAN YANG MERUNCINGKAN


Dewasa ini mahasiswa sering terdedah dengan permasalahan percanggahan ideologi dan pemikiran yang meruncingkan. Dasar serta teras dalam fahaman ideologi yang tidak konkrit akan melahirkan mahasiswa yang berpemikiran tidak sejajar dengan apa yang dikehendaki oleh Al-Quran dan Sunnah.

Baru baru ini Malaysia dikejutkan dengan himpunan remaja aties (Atheist Republic Consulate)  yang kebanyakannya terdiri dari anak muda melayu yang murtad. Hal ini amat dikesali kerana kebanyakan mereka merupakan remaja yang pada awalnya beragama islam. Permasalahan  yang berpunca daripada kurang kefahaman serta ilmu pengetahuan yang mendalam tentang agama akhirnya melahirkan remaja dan mahasiswa yang pincang. Tidak cukup dengan permasalahan aqidah mahasiswa yang menimbulkan kerisauan. Anak muda kini lebih mudah terdedah kepada ideologi yang sama sekali tidak selari dengan ajaran al-quran dan sunnah seperti liberalisma, pluralisma, feministma dan sebagainya.

Allah swt berfirman : 

وَلَوِ اتَّبَعَ الْحَقُّ أَهْوَاءَهُمْ لَفَسَدَتِ السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ وَمَنْ فِيهِنَّ ۚ بَلْ أَتَيْنَاهُمْ بِذِكْرِهِمْ فَهُمْ عَنْ ذِكْرِهِمْ مُعْرِضُونَ
"Dan kalaulah kebenaran itu tunduk menurut hawa nafsu mereka, nescaya rosak binasalah langit dan bumi serta segala yang adanya. (Bukan sahaja Kami memberikan agama yang tetap benar) bahkan Kami memberi kepada mereka Al-Quran yang menjadi sebutan baik dan mendatangkan kemuliaan kepada mereka; maka Al-Quran yang demikian keadaannya, mereka tidak juga mahu menerimanya." [ Surah al-Mukminun ayat 71 ]

Mereka yang beraliran sebegini tidak pernah puas sebenarnya dengan apa yang mereka telah tentukan dalam sifir hidup mereka, undang-undang mereka akhirnya meranakan diri mereka sendiri, apabila diteliti dengan lebih mendalam cara fikir mereka akhirnya mereka itu telah pun mencipta agama aliran faham mereka sendiri.

Dr Yusuf al-Qaradhawi menaqalkan kalam ahli falsafah,

"Telah aku lalui semua pusat-pusat pengajian aliran falsafah itu semuanya. Ku renung terhadap pandangan-pandangannya, yang aku temui pencipta segala aliran itu kehairanan menongkat dagu atau menggigit gigi sesalnya " (Rujuk: Bagaimana Manusia Mencari Erti Kebenaran, m/s 84, Pustaka Ilmi)

Dalam mendepani cabaran munculnya pelbagai fahaman firqah ini mahasiswa perlulah mengambil berat soal ilmu, pengajian-pengajian ilmu perlu diperkukuhkan lagi. Tambahan pula, kita berada di zaman teknologi semakin canggih, gunakanlah kesempatan yang ada untuk memenuhi tuntutan fardhu kifayah dengan menyebar luaskan pengajian ilmu. Pengajian kitab-kitab turath, kitab pemikiran, public speaking, halaqah santai dan pelbagai lagi program-program yang dianjurkan boleh dihadiri bagi memperkukuhkan jati diri yang bebas dari ideologi yang pincang.

Peranan Badan Kebajikan Anak Negeri dilihat sangat membantu bagi menggerakkan suasana belajar serta menanamkan rasa minat kepada ilmu sebagai langkah kearah penulinan fikrah dan pembentukan corak fikir mahasiswa melalui program-program berbentuk ilmiah yang dianjurkan. Mahasiswa perlulah mengambil tahu perkembangan isu semasa bagi melahirkan mahasiswa yang celik informasi.
Antara perkara yang menyumbang kepada perpecahan umat ( firaq ) ialah apabila ilmu telah diabaikan, buah fikiran tidak dikocakkan untuk mencari solusi dan tidak menjadikan AlQuran dan sunnah sebagai benteng ketahanan fikrah daripada dilontar dengan pelbagai dakyah songsang dan perpecahan yang mencelarukan kefahaman  .

Justeru, dalam mendepani cabaran fikrah dan firqah masa kini mahasiswa perlulah memainkan peranan masing-masing dengan mewujudkan alternatif yang pelbagai dalam memperkukuhkan asas fikrah dan mahasiswa perlulah bersama bersatu dalam satu wadah. Tanpa ilmu manusia mudah untuk terhoyong-hayang mengikut apa sahaja yang ia dapat, dengan zaman yang penuh sulit dan mencabar ini bekalan ilmu itu perlu untuk menjadi tembok pemisah supaya tidaklah muncul isu-isu syi'ah, liberal, plural, dan sebagainya.

Allah swt berfirman :

وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ ۚ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَٰئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا
"Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya." [ Surah al-Isra' ayat 36 ]


وَالَّذِينَ اجْتَنَبُوا الطَّاغُوتَ أَنْ يَعْبُدُوهَا وَأَنَابُوا إِلَى اللَّهِ لَهُمُ الْبُشْرَىٰ ۚ فَبَشِّرْ عِبَادِ [17]  الَّذِينَ يَسْتَمِعُونَ الْقَوْلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحْسَنَهُ ۚ أُولَٰئِكَ الَّذِينَ هَدَاهُمُ اللَّهُ ۖ وَأُولَٰئِكَ هُمْ أُولُو الْأَلْبَابِ  [18]
"Dan orang-orang yang menjauhi dirinya dari menyembah atau memuja Taghut serta mereka rujuk kembali taat bulat-bulat kepada Allah, mereka akan beroleh berita yang menggembirakan (sebaik-baik sahaja mereka mulai meninggal dunia); oleh itu gembirakanlah hamba-hambaKu. (17) 
Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum agama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna." (18) 
[ Surah al-Zumar ayat 17-18 ]

Akhir kata, Mahasiswa perlulah bijak dalam meneliti permasalahan mengikut kondisi serta konsisten dalam menimba ilmu dan berada bersama Badan Kebajikan Anak Negeri sebagai satu wadah dan platform dalam membentuk penyatuan ummah.

Wallahu'alam.

Nurul Asyiqin binti Sazali
Timbalan Lajnah Perumahan BKPPPM sesi 2016/2017

"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"
"Ribat Ukhuwah Teguh Wehdah"
"Rabbani Thaqafi Khairi"




Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963