Posts

Showing posts from February, 2016

FIQH DAULAH : FIQH BERNEGARA

Image
1. KEDUDUKAN DAULAH (NEGARA) MENURUT PERSPEKTIF ISLAM Imperialis barat yang menguasai masyarakat Muslim mampu menanamkan satu pemikiran yang aneh dan menjijikkan di dalam akal dan jiwa mereka, bahwa Islam adalah agama dan bukan daulah. Agama itu sendiri menurut pengertian barat, bagaimana mereka mengertikan agama. Urusan daulah tidak ada kaitannya dengan agama. Hal ini merupakan produk akal atau hawa nafsu manusia semata, sesuai dengan pengalaman dan keadaan di sekitarnya. Apa yang terjadi terhadap agama Nasrani di Barat hendak mereka terapkan terhadap Islam di Timur. Kebangkitan di sana tidak tercipta kecuali setelah membebaskan diri dari kekuasaan agama, maka begitu pula yang harus terjadi di negara kita di dunia timur, Arab dan Islam, kita harus menyingkirkan agama. Pengertian agama di sana adalah Gereja, kekuasaan Biskop, para paderi dan pastor yang hanya berkaitan dengan urusan perasaan dan rohani. Agama macam apa jika dibandingkan dengan agama di sini, yang

With Islam We Unite Together (WARRIOR ’16)

Image
Saban tahun Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir(BKPPPM) menganjurkan hari keluarga bagi meraikan anak-anak Pulau Pinang yang berada di Mesir bagi merapatkan lagi ukhuwah yang telah terbina.Tahun ini juga, Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir tidak ketinggalan untuk menganjurkan aktiviti tahunan itu yang diberi nama With Islam We Unite Together (WARRIOR ’16) dengan membawa tema “Kasih Disemai, Ukhuwah Dituai” . Program tersebut telah berlangsung selama 4 hari yang bermula pada 17 Februari 2016 dan menutup tirainya pada 21 Februari 2016 , pelbagai aktiviti menarik yang telah dijalankan bagi meraikan anak-anak Pulau Pinang. Tanggal 17 Februari, WARRIOR ’16 membuka tirai dengan pengisian yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Halim Zakaria Bin Yusuf mengenai Ruqyah; Mengenali asas –asas perubatan islam.Seterusnya majlis diserikan lagi dengan perasmian WARRIOR 16  oleh Ustaz Jasry Raimy Bin Johari selaku Ketua Lembaga Penasihat BKPPPM sesi 15/16. Pengakhiran hari pertama dir

Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day

Image
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam  Menyambut Perayaan Valentine's Day. Muzakarah berpandangan bahawa  ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya. Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Keterangan/Hujah: Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan, budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam. Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dala

KEBEBASAN BERSUARA DIKALANGAN MAHASISWA

Image
KEBEBASAN BERSUARA DIKALANGAN MAHASISWA.. AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (AUKU) DI MANA HAK MAHASISWA UNTUK BERSUARA?? Mahasiswa sebagai tunggak harapan negara mempunyai tanggungjawab yang besar untuk memimpin negara pada masa hadapan. Oleh yang demikian mahasiswa seharusnya mempunyai hak untuk bersuara dalam pelbagai hal yang berkaitan dengan mahasiswa mahupun negara. Namun, mahasiswa negara pada masa ini dilihat sukar untuk menyuarakan pendapat mereka terutama sekali dalam hal politik. Mengapa hal ini terjadi??adakah mereka tidak mempunyai hak untuk terlibat dengan lebih mendalam dalam hal politik? Memang tidak dinafikan mahasiswa negara pada zaman sekarang telah lebih berani dalam menyuarakan pendapat mereka terutama sekali apabila wujudnya teknologi blog. Blog telah memainkan peranan dan memberikan impak yang begitu besar terhadap perjalanan politik negara pada masa kini. Mahasiswa lebih cenderung untuk meperolehi fakta dan maklumat berkaitan politik negara mela