Posts

Showing posts from December, 2014

MUZAKARAH BERKELOMPOK GABUNGAN RIBAT UKHUWAH SESAMA AHLI..!!

Image
Jumaat 14 Disember 2014; Jabatan Fasilitator (JATA) BKPPPM 2014/15 telah menganjurkan Muzakarah Berkelompok Gabungan yang bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah diantara ahli BKPPPM. Sehubungan dengan itu, Antara objektif program ini dianjurkan adalah untuk membentuk individu yang bukan sahaja berthaqafah bahkan aktif didalam bersukan. Program ini bermula pada jam 8.00 malam dan berakhir pada 10.00 malam hari yang sama. Antara pengisian yang dimuatkan termasuklah perlawanan futsal, sesi penyampaian hadiah, dan jamuan makan. Program ini diakhiri dengan ucapan penutup daripada Yang Dipertua BKPPPM, Ustaz Mohd Jasry Raimy Bin Johari. Program ini mendapat sambutan yang menggalakkkan daripada ahli. Disediakan oleh : Setiausaha Jabatan Fasilitator 2014/15 Unit Penerangan & Penerbitan BKPPPM .

UCAPAN INNALILLAH KEPADA BUKAN ISLAM DARI FATWA KEBANGSAAN MALAYSIA

Image
ISU: Kebelakangan ini saya lihat banyak perkara yang agak pelik berlaku di kalangan umat Islam Malaysia. Dengan terjadinya tragedi MH17 dan pulangnya jasad-jasad dan abu mayat mangsa, saya terlihat ramai orang Islam mengucapkan RIP atau rest in peace kepada jasad-jadad dan abu-abu mangsa bukan Islam. Malah ada yang ucapkan Innalillah... kepada mereka. Sedangkan dalam forum-forum Islam di tv dan masjid, ustaz-ustaz jemputan mengatakan perbuatan itu adalah salah dan haram. Demi menjaga akidah kita umat Islam, tolong berikan pandangan tuan. Terima kasih. PENJELASAN: Ucapan Innalillah adalah salah satu bentuk doa yang dibacakan kepada orang Islam yang meninggal dunia atau apa-apa musibah yang berlaku kepada orang-orang Islam. Ia diambil dari ayat al-Qur’an į¹£urah al-Baqarah; ayat 156 yang bermaksud “Orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan innalillah wa inna ilayhi raji’un. (Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadaNya lah kami kembali) Walau