Posts

Showing posts from November, 2012

RAMAH MESRA BERSAMA TKM 1 MERIAH

Image
KAHERAH, 22 November 2012 : Ramah Mesra bersama YB. Dato` Dr. Mansor Othman, Timbalan Ketua Menteri 1 dan delegasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang berlangsung meriah  anjuran Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir ( BKPPPM ). Majlis yang diadakan pada 19 November itu telah berlangsung di Dewan Kristal Sally Mall. Majlis yang dihadiri lebih dari 150 orang anak-anak Pulau Pinang dari seluruh muhafazah bermula pada Jam 8.00 malam dengan nyayian Nasyid Asma Ul-Husna, Lagu Negaraku dan Lagu Rasmi Pulau Pinang. Kemudian majlis diteruskan lagi dengan bacaan Al-Quran oleh Saudara Basri B. Abdul Rasyid pelajar Maahad Qiraat Shuobra. Kalam pembuka pada majlis tersebut telah disampaikan oleh Saudara Azwan B. Azman, Yang Dipertua BKPPPM. Beliau mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh ahli delegasi di atas kesudian mereka menjenguk anak-anak Pulau Pinang di Mesir ini. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan oleh YB. Dato` Mohd Salleh Man Yang Dipertua MAINPP d

LAWATAN KERAJAAN NEGERI ERATKAN LAGI HUBUNGAN DUA HALA

Image
AJKT BKPPPM BERSAMA DELEGASI DI AIRPORT KAHERAH 19 November 2012 : Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir ( BKPPPM ) telah menerima kunjungan delegasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang baru-bari ini yang diketuai oleh YB. Dato` Dr. Mansor Othman, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang. Turut bersama beliau, YB. Dato` Abdul Malik Abul Kasim ( Exco Hal Ehwal Agama ), YB. Dato` Mohd Salleh Man ( YDP MAINPP ), YB. Hj Makhtar Shafie ( TYDP MAINPP ), Ybhgia Dato Haji Yusof Wazir ( Timbalan SUKPP ), Tuan Mohd Redzuan Abdul Wahab ( Pegawai Hal Ehwal Pelajar MAINPP ), Tuan Haji Muhammad Anuar Abdul Hamid ( Pengurus Besar YIPP ) dan En. Mohd Fitri Ibrahim Pegawai Khas YIPP. Dalam siri lawatan 3 hari 2 malam, delegasi kerajaan negeri telah mengadakan ramah-mesra bersama mahasiswa/wi Pulau Pinang yang merupakan tujuan utama ke sini di Dewan Kristal Sally Mall di bawah anjuran BKPPPM. Selain mengadakan ramah mesra bersama mahasiswa/wi di sini, delegasi juga turut mengadakan lawatan rasmi

TIDAK MENGENAL ERTI KALAH

Image
Jangan Mengalah. Ya. Itulah pegangan saya sepanjang permusafiran menuntut ilmu. Banyak sungguh suka duka dan ujian sepanjang saya di bumi Kinanah ini. Kadang-kadang macam tak percaya bahawa Kalau Kita Nak, Kita Tetap Nak. Akhir tahun 1999, saya tiba di Mesir. Semangat berkobar-kobar untuk menuntut ilmu hampir padam sebaik sahaja saya tiba di Lapangan Terbang Kaherah petang itu. Gelagat orang Arab Mesir yang ganas ditambah dengan suasana berdebu dan berhabuk di padang pasir Hayyu Asyir (sekarang ini dah jadi pasar kereta @ Suk Sayyarat) cukup menyesakkan saya yang berjiwa zapin ini. Bulan 11 1999 hingga tahun 2003 adalah masa perkelanaan saya ke bumi Tanta. Paksa diri ke kuliah, membaca buku sekitar 100 muka surat sehari, dipaksa oleh Naqib tercinta Us Zul Janggut untuk sentiasa hasilkan kertas kerja ilmiah, berulang-alik ke Markaz Bait Izzah (Markaz pentadbiran Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta) dengan basikal dalam mengikuti agenda tarbiah dan thaqafah, menghadiri mesyuara

MOTIVASI KECEMERLANGAN & COMBO CAMPAIGN

Image
KAHERAH, 06 November 2012 - Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir ( BKPPPM) telah berjaya menganjurkan sebuah program Motivasi Kecemerlangan dan Combo Campaign yang dianjurkan oleh gabungan antara Biro & Unit Pendidikan, Dakwah, Ekonomi dan Perumahan sesi 2012/2013.  Program dimulakan dengan Motivasi Kecemerlangan yang disampaikan oleh Saudara Zuhaili Zainal Ali yang bertajuk "Teknik Pembelajaran Berkesan". Antara isi yang dapat disimpulkan ialah berkenaan teknik pembacaan yang memerlukan ketenangan, study group dan setiap pelajar perlu membuat nota sebagai menambahkan pemahaman diri. Selain itu, antara tips lain ialah menghadiri kelas tutorial sebagai pemahaman disamping tidak mengabaikan kuliah, mengajar pelajar lain dan mencari sesuatu perkara yang boleh memberikan ketenangan.  Seterusnya, majlis diteruskan dengan pelancaran Combo Campaign yang dimulai dengan ucapan Naib Pengerusi Hewi, Saudari Intan Syahirah bt Sudin yang menjelaskan berkenaan Kemp

PENGUMUMAN TAWAQUF PROGRAM SETIAP PERINGKAT

Image
Saudara Zulhafeez Ahmad Zahidi Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir ( PMRAM ) sentiasa memastikan setiap aktiviti yang dijalankan dapat memberikan kebajikan kepada mahasiswa Islam sama ada dalam bentuk pendidikan dan seumpamanya. Peringkat PMRAM dibawah Lajnah & Unit Perancang dan Panitia telah menetapkan bermula 6 November 2012 segala aktiviti dan program yang melibatkan keterlibatan semua ahli ditangguhkan sementara waktu. Ini kerana memberi laluan kepada mahasiswa Islam untuk menumpukan perhatian kepada pembelajaran sebagai persediaan menghadapi peperiksaan fasa satu tidak lama lagi. Hanya aktiviti yang berbentuk akademik sahaja boleh diadakan sebagai membantu ahli seperti kelas tutorial , ceramah, motivasi dan sebagainya. Semoga masa dan ruang waktu yang ada ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin oleh seluruh ahli PMRAM bagi melakar kejayaan cemerlang dalam peperiksaan kelak. Zulhafeez Ahmad Zahidi Timbalan Presiden Lajnah Perancang & Panitia Persekutuan M