MOTIVASI KECEMERLANGAN & COMBO CAMPAIGN



KAHERAH, 06 November 2012- Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir ( BKPPPM) telah berjaya menganjurkan sebuah program Motivasi Kecemerlangan dan Combo Campaign yang dianjurkan oleh gabungan antara Biro & Unit Pendidikan, Dakwah, Ekonomi dan Perumahan sesi 2012/2013. 

Program dimulakan dengan Motivasi Kecemerlangan yang disampaikan oleh Saudara Zuhaili Zainal Ali yang bertajuk "Teknik Pembelajaran Berkesan". Antara isi yang dapat disimpulkan ialah berkenaan teknik pembacaan yang memerlukan ketenangan, study group dan setiap pelajar perlu membuat nota sebagai menambahkan pemahaman diri. Selain itu, antara tips lain ialah menghadiri kelas tutorial sebagai pemahaman disamping tidak mengabaikan kuliah, mengajar pelajar lain dan mencari sesuatu perkara yang boleh memberikan ketenangan. 


Seterusnya, majlis diteruskan dengan pelancaran Combo Campaign yang dimulai dengan ucapan Naib Pengerusi Hewi, Saudari Intan Syahirah bt Sudin yang menjelaskan berkenaan Kempen Biah Solehah, Kempen Jom Hadir Kuliah, Kempen Membaca, Kempen Biah Solehah dan Kempen Jumaat Sifar Hutang. 

Program diteruskan dengan majlis penutup yang disampaikan oleh Yang Dipertua BKPPPM 2012/2013, Saudara Azwan b Azman yang mengharapkan semua ahli BKPPPM dapat menjayakan bersama-sama kempen yang dilancarkan ini. Kekuatan sesebuah jemaah itu tidak dapat tidak memerlukan kepada ahli-ahli yang terus thabat dalam perjuangan dalam menaikkan nama BKPPPM seiring dengan kegemilangan Islam.

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL